"Alaa. Candy yang ringan je. Tak nak?" Pujuk Azim. Dahlia menggeleng lagi.

"Aku tak nak high. Aku bawah umur,okey? Bawah umur!" Ulang Dahlia tegas. Malas melayan Azim yang suka berparti. Azim mencebik bibir.

"Orang nak tolong dia release stress je. Tu pun kena marah." Gumam Azim perlahan tetapi cukup untuk didwngari oleh Dahlia. Dahlia memutarkan bebola matanya.

"Tolong aku bukan dengan cara ajak aku high. Kita keluar,jom? Hari ni kan last day aku duduk sini?" Ajak Dahlia. Azim pantas mengangguk. Dia memang mahu keluar dengan Dahlia sejak dulu lagi. Tetapi,kerap tiada peluang.

"Jom! Mike,kau nak ikut tak?" Tanya Azim. Belum sempat Mike menjawab,Raf memotong.

"Mike, Zaki,korang ikut. Aku,Jake dengan Zack ada bende nak handle. Jaga Ace baik-baik. Ace cedera,kepala korang aku pancung." Ugut Raf dengan suara yang sangat dingin dan membuatkan Azim,Zaki dan Mike kecut perut.

"O..okey. Jangan risau." Jamin Mike. Risau juga dia ingin keluar dengan Dahlia. Takut kepalanya hilang memandangkan di sini,ramai yang inginkan nyawa Dahlia. Mereka berjalan keluar daripada apartment menuju ke McDonald berdekatan.

"Kenapa Raf sayang sangat dengan Ace,ye?" Tanya Mike kepada Azim memandangkan dia ahli baru di dalam kumpulan itu. Azim yang hampir setahun menjadi anggota memandang Mike pelik.

"Kenapa kau nak tahu sangat?" Matanya sempat memandang Dahlia yang sedang menunggu pesanannya bersama Zaki. Zaki juga seperti Azim. Hampir setahun menjadi ahli.

"Aku pelik je. Akukan ahli baru. Tak sampai 4 bulan pun. Tu aku pelik." Terang Mike. Azim mengangguk kecil. Dia berfikir-fikir sebelum menjawab soalan Mike.

"Sebab dia 'Ace'. Aset utama kumpulannya."

"Kenapa boleh jadi aset? Aku tengok lemah je." Penytaan Mike membuatkan Azim tersedak. Sesuka hati dia je nak nilai Ace. Dah lah tak tahu sangat.

"Kau tak pernah nampak dia fight,kan? So,better kau diam. Jangan sesuka hati menilai Ace. Skill fight dia jauh lagi hebat berbanding kau. Dia pernah kalahkan 20 orang seorang diri,tahu? So, kau jangan sesekali pertikai kemampuan Ace." Mata Mike segera membulat mendengar penyataan yang baru keluar daripada mulut Azim. 20 orang seorang diri? Biar betul? Soal hatinya. Azim sedar Mike yang seperti ragu-ragu. Tergelak kecil dia.

"Zim,kau pergi teman Ace. Dia kata nak pergi beli casting phone baru. Aku penat nak teman dia. Tolong. Aku lapar ni." Pinta Zaki tiba-tiba daripada belakang. Azim mengangguk setuju. Punggungnya diangkat daripada kerusi dan melangkah mendekati Dahlia. Zaki mengambil tempat yang diduduki Azim tadi. Burgernya dimakan. Mike segera bertanya kepada Zaki pula mengenai Ace kumpulan itu.

"Err..Zaki?" Panggilnya. Zaki yang sedang enak menjamu selera berhenti suapannya.

"Apa?" Tanyanya sebelum menyambung suapannya kembali.

"Memang nama Ace tu 'Ace',ye?" Tany Mike perlahan. Zaki menggeleng.

"Tak. Tu nama panggilan je. Lea Allana nama yang dia guna masa jadi model. Nama sebenar dia tak ada seorang pun tahu melainkan tiga bos kita." Terang Zaki. Pelik juga apabila Mike bertanyakan hal tersebut.

"Kanapa 'Ace'?" Tanyanya lagi.

"Yang tu,aku tak tahu. Yang aku tahu,dia aset utama gang. Skill fight dia hebat sangat. Aku tak pernah tengok dia fight,but yang pernah tengok kata dia hebat."

"Apa yang sangat? Jujur,aku nampak dia macam lemah je. Kalau dia pergi hunter,mesti pergi dengan salah seorang bos." Komen Mike. Zaki terdiam sebentar memikirkan soalan itu.

"Hurm. Baru aku terfikir. Dia seorang je perempuan dalam kumpulan ni." Kata Zaki teringat akan hal itu.

"Dia seorang je?!" Tanya Mike terkejut. Zaki mengangguk kecil.

"Kumpulan ni tak terima perempuan sebagai ahli. Ace seorang je la. Kau pernah dengar tak yang dulu,bos ada Lima orang?" Tanya Zaki. Mike mengangguk. Dia memang pernah mendengar hal tersebut daripada ahli kumpulan yang lain.

"Tinggal tiga sebab seorang meninggal dan seorang lagi pengkhianat." Beritahu Mike kepada Zaki. Zaki mengangguk pantas.

"Betul tu. Dengar cerita,mereka berlima kawan rapat. Ace adik bekas bos yang meninggal tu. Yang pengkhianat tu pula teman lelaki Ace. Sekarang,tiga orang bos kita sayang Ace sebab Ace seorang sahaja yang mereka ajar. Skill yang mereka ada diturunkan kepada Ace. Sebab tu,Ace jadi aset. Jake ajar Ace menembak. Raf ajar Ace fight. Zack ajar Ace menipu dan tolong asingkan kehidupan harian Ace dengan kehidupan mafianya. Bos yang meninggal tu,namanya Aween. Aku tak tahu nama sebenar dia. Dia ajar Ace gunakan pisau. Sebabkan dia dah meninggal,tiada siapa yang boleh mengajar gunakan pisau melainkan Ace. Talk,dia tak nak ajar orang lain sebab dia kata,menggunakan pisau memerlukan kecekapan dan kepantasan yang tinggi. Yang bos terakhit tu, dia ajar Ace hack and track. Jadi,Ace memang trained assassin. Ada budak yang pernah tengok Ace lawan kata,Ace boleh gunakan pisau dan pistol sekali gus. Kau jangan tanya aku apa maksudnya sebab aku pun aku tak faham." Terang Zaki panjang lebar. Mike diam sahaja. Fokus dengan cerita Zaki itu. "Umur kau berapa?" Tanya Zaki tiba-tiba.

"17." Jawabnya sepatah. Zaki terdiam sekejap.

"Sebaya dengan Ace.Kau mungkin berguna nanti." Ujar Zaki menyebabkan Mike mengangkat sebelah keningnya. Dia ingin bertanya apakah maksud lelaki itu tetapi terhalang dengan kehadiran Dahlia yang semakin mendekati diikuti Azim.

"Dah jumpa?" Pertanyaan Zaki dibalas dengan anggukan oleh Dahlia. Dahlia mengambil tempat disebelah Mike. Juadahnya dicapai dan disua ke mulut. Mike memerhatikan sahaja segala kelakuan Dahlia melalui ekor matanya. Fikirannya mula melayang. Bahunya ditepuk oleh Dahlia.

"Termenung apa kau? Nak tidur sini ke? Kitaorang nak balik." Perli Dahlia. Mike tersengih kecil. Malu dirinya ditegur.

"Jom." Ajak Mike. Dahlia mengangguk dan memaut lengan Mike yang dilapisi jaket kulitnya. Mike tersentak dengan kelakuan Dahlia. Jantungnya nerdegup pantas sehingga terasa ingin meletup. Matanya pantas merenung Dahlia tetapi Dahlia tidak menyedarinya kerana sibuk membelek telefonnya dengan tangan satu lagi.

"Psst. Jangan fikir lain. Itu memang tabiat dia. Selalunya dia akan buat tanpa sedar pun memandangkan bos selalu suruh dia buat macam tu. Kalau keluar,dia akan paut tangan salah seorang yang temankan dia. Biasa lah tu." Nasihat Azim berbisik. Mike mengangguk perlahan. Biasa bagi dia,bukan bagi aku. Gumam Mike dalam hati. Entah kenapa dia selesa dengan keadaan itu. Jadi,Mike membiarkan sahaja. Mereka terus melangkah pulang ke apartment.

--------------------

Hye readers!
Chapter ni tak ada Fayyadh pula. Fayyadh berada di Malaysia.Tetapi,Mike yang ada. Siapa Mike ni? Saingan baru Fayydh mungkin. Hihihi. Nak tahu apa kaitan Mike? Tunggu next chapter okey. ;)
Read+Vote=Comment.

DJ<3

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now