"Kenapa mereka tu,bang? Gaduh ke?" Tanya Zetty kepada suaminya. Razin mengangkat bahu.

"Dah. Jangan kacau hal mereka. Rumahtangga mereka. Pandailah mereka uruskan." Pujuk Razin. Dia tidak mahu isterinya mencampuri urusan rumahtangga Fayyadh dan Dahlia.

Dahlia memasuki biliknya. Fayyadh sudah pun berada didalam. Sedang bersiri di balkoni bilik mereka. Dahlia mengeluh kecil sebelum mendekati suaminya.

"Err.. Haidar? Mandi dulu,ye? Nanti saya cerita." Pujuk Dahlia. Fayyadh mencerlung kearah Dahlia. Pantas isterinya itu didekati. Dahlia mengambil beberapa tapak ke belakang.

"Baik kau cakap dengan aku! Kau pergi mana semalam?! Balik jam berapa?!" Bentak Fayyadh. Habis sudah tahap kesabarannya apabila Dahlia buat perangai. Dahlia dia tidak terkutik. Terkejut dengan Fayyadh. "Jawablah!" Bentak Fayyadh lagi. Dahlia masih terfikir-fikir. Adakah dia patut beritahu Fayyadh sekarang. Fayyadh terus menjauhi Dahlia. Tangannya meraup mukanya kasar. Nampak begitu tertekan wajahnya. Nafasnya Cuba diatur kembali. Dahlia mendekati Fayyadh apabila lihat suaminya sudah sedikit tenang. Lengan Fayyadh Cuba disentuh.

"Haidar. Dengar penjelasan aku dulu. Jom. Duduk." Ajak Dahlia sambil menarik lengan Fayyadh. Fayyadh menurut sahaja. Malas ingin bazirkan air liurnya. Mereka kini dusuk diatas kati berhadapan. Tangan Fayyadh digenggam Dahlia.

"Saya keluar semalam,pergi kerja. Balik jam 11:30 malam. Masa tu,kau dah tidur pun. Sorry sangat-sangat buat kau risau." Fayyadh terkejut mendengar penjelasan Dahlia.

"Kerja? Kau kan dah siapkan kerja kau tahun lepas. Tahun ni kau break kan? Kau nak tipu aku ke?!" Amarah Fayyadh naik kembali. Tangannya direntap kasar. Dahlia menarik nafas sedalam-dalamnya. Bersedia until mengaku. Tangan Fayyahd diraih kembali.

"Aku kerja lain. Selain daripada uruskan syarikat,aku bekerja sebagai..urm...se...sebaga..."

"Sebagai apa?!" Bentak Fayyadh. Penat dengan isterinya yang terlalu banyak memendam rahsia.

"Sebagai model!" Jawab Dahlia sekali nafas.

"Sebagai mo..what?!" Jerit Fayyadh. Dahlia tertunduk. Takut melihat Fayyadh yang seperti itu. Mata Fayyadh membulat. "Model? Ouh yeke? Ingatkan apa tadi." Ujar Fayyadh secara tiba-tiba. Nadanya kembali tenang. Dahlia memandang Fayyadh. Tidak percaya Fayyadh boleh berubah sekelip mata.

"Kau tak marah? Kau tak benci aku?" Tanya Dahlia bertubi-tubi. Fayyadh tergelak sedikit dan menggeleng.

"Tak. Aku tak kesah. Kenapa pula kau fikir aku akan benci kau semata-mata kerana kau bekerja sebagai model?" Balas Fayyadh pula. Pelik fikiran bini aku ni.

"Kau pernah cakap. Ingat tak masa Jumaat lepas."

**********Flashback start**********

"Lawa gila model tu." Puji Dahlia. Fayyadh memandang isterinya pelik.

"Apa benda yang lawanya? Jalan sway sana sway sini. Geli aku tengok." Komen Fayyadh pula ketika mereka bersama-sama melihat rancangan televisyen 'Model of Runway'. Dahlia pula memandang Fayyadh.

"Kau tak suka model ke? Kalau aku jadi model macam mana?" Tanya Dahlia ingin menduga Fayyadh.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now