"Take care. Tunggang motor jangan laju-laju." Pesan Dahlia selepas Fayyadh melepaskan ciuman. Fayyadh mengangguk. Ego yang tinggi menyebabkan dia buat-buat marah. Tak mahu Dahlia sedar dia sudah tenang.

"Jumpa kat sekolah nanti. Jangan lewat. Aku malas nak ambil nama kau dan denda kau." Ujar Fayyadh pula. Dahlia menghadiahkan senyuman manis buat Fayyadh. Fayyadh terpana sebentar melihat senyuman itu. Kemudian,dia menunggang keluar morosikalnya ke sekolah. Dahlia menghantar kelibat Fayyadh sehingga bayangnya hilang. Senyuman terukir dibibirnya. Dahlia mengatur langkah memasuki rumah kembali.

"Adh dah gerak?" Tanya Datin Maya setibanya Dahlia diruang makan. Dahlia mengangguk sahaja.

"Kita pun geraklah kalau begitu." Ajak Rina. Dahlia mengangguk lalu menggalas beg sekolahnya.

"Jom." Ujarnya. Mereka seiringan berjalan kearah kereta Swift milik Rina.

"Kenapa akak selamatkan Ana?" Tanya Dahlia ketika dalam perjalanan. Rina memandang birasnya sebentar sebelum mengalihkan pandangan kearah pemanduannya semula.

"Akak macam abang Zin. We know you're Ace. And also know about Ian." Jawab Rina. Mata Dahlia terbuntang. Dia juga tahu? Soalnya dalam hati.

"Jangan risau. Akak,abang Zin dan Ryan je tahu." Sambung Rina ketika sedar Dahlia hanya terdiam.

"Macam mana?"

"Kami semua former members of Orion Knight. Tentulah kami kenal Ace setiap kumpulan." Jawab Rina selamba. Pantas Dahlia menoleh memandang Rina. Rina tersenyum sahaja. Tahu apayang bermain difikiran Dahlia.

"Akak akan cerita kemudian. But,not now. Akak cuba tolong Ana sebab Ana dah bersuami. Kalau akak tahu,tetapi tak menolong sama macam akak bersubahat bagi meruntuhkan masjid kamu berdua. Akak tak kejam." Dahlia hanya mengangguk sahaja apabila mendapat jawapan yang diingininya.

"Dah sampai. Habis sekolah abang Zin ambil. Take care." Ujarnya seraya melambai. Dahlia keluar daripada kereta dan melangkah masuk kedalam sekolah. Di pagar sekolah,dia sedar beberapa orang memandangnya. Aduh. Lupa pula pakai spek tebal aku. Dia sempat memarahi dirinya diatas kecuaian yang dilakukan. Dia terus mengatur langkah ke kantin. Pejabat akan dibuka pada jam 8 pagi. Dikerling jam ditangannya. Baru 7:12 pagi.

**********************

"Bro,tengok tu. Student baru ke?" Tanya Hakim kepada Fayyadh. Fayyadh memandang gadis yang ditunjukkan oleh sahabatnya,Hakim. Redza, Danial dan Aidil juga memandang kearah yang ditunjukkan oleh rakan mereka.

"Cun gile." Komen Aidil pula. "Ehh. Jomlah tegur dia." Cadangan Aidil disambut dengan anggukkan daripada Danial, Redza dan Hakim.

"Korang ni! Pantang je nampak awek dahi licin,laju je nak kenal." Bentak Amira yang sedang membaca novelnya. Dayana juga mengangguk setuju dengan Amira.

"Chill lah. Kitaorang nak kenal-kenal je. Jom lah." Ajak Redza. Dia juga tertarik untuk mengenali gadis baru tersebut. Amira dan Dayana memutarkan bebola mata mereka sebelum mengangguk juga.

"Yelah,yelah. Jom." Ajak Dayana. "Fay,kau tak ikut ke?" Tanya Dayana kepada Fayyadh. Fayyadh menggeleng.

"Nanti aku perlu naik beri ucapan. Teks ucapan aku perlu diberi kepada Cikgu Akmal untuk semakan." Ujarnya. Dia tidak berminat untuk mengetahui siapakah gerangan gadis tersebut.

"Herm. Yela. Bye." Lambai Amira kepada Fayyadh. Mereka berenam mendekati pelajar baru tersebut.

"Hai,awak! Awak student baru,ye?" Tanya Hakim kepada Dahlia yang sedang membelek buku ditangannya. Dahlia memandang lelaki dihadapannya. Hai. Baru sekejap dah ada yang menegur. Mesra alam betul student disini. Komen Dahlia dalam hati.

"Hak-a. Saya baru masuk hari ni." Jawab Dahlia sambil tersenyum.

"Saya Dayana. Awak boleh la panggil saya Yana." Dayana memperkenalkan diri seraya menghulur tangan untuk berjabat. Dahlia menyambut huluran tersebut dengan hati senang.

"Saya Dahlia. Selalunya,orang panggil saya Lea." Dahlia memperkenalkan dirinya pula.

"Yang tadi tak tahu malu menegur awak tu,Hakim. Yang pakai songkok tu Redza. Sebelah tu pula Aidil. Yang sedang tersengih macam kerang busuk tu Danial. Yang lawa tu Amira." Dayana baik hati memperkenalkan mereka semua kepada Dahlia. Dahlia hanya tersenyum manis sambil melambai kecil.

"Hai,guys. Saya Dahlia. U all boleh panggil saya Lea."

"Awak kelas mana?" Tanya Redza. Dahlia mengangkat bahu.

"Tak sure la. Sepatutnya pergi pejabat dulu. Tapi,pejabat buka jam 8." Mereka semua mengangguk mendengar jawapan Dahlia.

"Ehh. Perhimpunan dah nak dimulakan tu. Jom. Awak ikut je kitaorang. Lepas tu awak pergi pejabat selepas habis perhimpunan." Ajak Amira. Mereka bertiga terus beratur dibarisan kelas.

"Tak sabarnya nak dengar ucapan daripada Fayyadh." Dahlia menangkap perbualan gadis berdekatan dengannya. Pantas dia mencuit bahu Amira.

"Di sini, students memang beri ucapan,ya?"Tanya Dahlia. Amira menggeleng kecil.

"Fayyadh seorang je." Jawab Amira. Dahlia mengangkat sebelah keningnya."Dia ketua pengawas. Wajarlah jika dia beri ucapan."Sambung Amira. Dahlia sedikit tersentak. Ketua pengawas rupanya suami aku tu. Komennya dalam hati. Bibirnya mengukir sengihan kecil. Perhimpunan dimulakan. Dahlia senyap untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada majlis yang sedang berlangsung.

--------------------

Hello readers!
New chapter dipublish. Jangan marakan saya kalau anda sakit hati melihat Ryan menyakitkan hati Fayyadh. Kak Rina pun tahu rupanya. Nak tahu macam mana Rina boleh tahu? Tunggu next chapter ye.
Read+Vote=Comments

DJ<3

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Donde viven las historias. Descúbrelo ahora