"Lea. Dahlia Ariana." Nama itu berulang kali disebut. Fikirannya menerawang mengimbas kembali pemakaian Dahlia. Jeans berwarna hitam dipadankan dengan kemeja berwarna kuning air. Tudung berwarna kuning terang itu menjadi fokus utamanya. Dulu,dia sering mengusap lembut rambut Dahlia yang kecoklatan itu. Kini,sehelai rambut pun tidak kelihatan. Kasut yang dikenakan adalah daripada jenama Prada.

"Hurm. Perfume pun masih menggunakan Channel No.5 ke?" Sempat dia terfikir kerana dia tiada kesempatan mendekàti gadis tersebut. Memori bersama Dahlia menjadi penemannya. Sehinggalah dia bertekad.

"Aku akan dapatkan Lea! Tak kira apa pun berlaku,Lea tetap milik aku! Milik aku seorang!" Dia berbisik pada diri sendiri. Dia bangun Dan keluar daripada bilik. Ingin ke dapur membasahkan tekak.

*************************

"Janganlah! Haidar!" Marah Dahlia. Fayyadh mengangkat tinggi cawan yang berisi jus Oren milik Dahlia itu. Dahlia berjengket-jengket cuba mencapai cawan tersebut.

"Hahaha.. Susahkan jadi pendek?" Kutuk Fayyadh. Dia sengaja meneguk sedikit jus tersebut sebelum memberikannya kepada Dahlai. Dahlia mencapai cawan tersebut dan meneguknya juga.

"Hello!I 169 okey?! Tinggi la tu! Dia je macam giant tinggi nak kutuk orang." Ujarnya sambil mencebik. Fayyadh tersengih menyebabkan Dahlia mengangkat sebelah keningnya.

"Kita dah K.I.S.S la. Hahaha."

"What? Dah kenapa? Bila masa pula kita kissing ni?"

"Kita indirect kiss la." Ujar Fayyadh sambil menunjukkan gelas yang mereka kongsi tadi. Dahlia membulatkan bibirnya sambil mengeluarkan bunyi 'oo' yang kecil.

"Okey la tu. Husband sendiri. Apa salahnya." Dahlia berkata selamba. Fayyadh memandang Dahlia tak percaya. Biar betul minah ni. Macam tak kesah me aku tengok.

"Next time kita buat direct kiss pula,ya?" Pesan Fayyadh sambil mengenyitkan matanya kepada Dahlia. Dahlia mencubit lengan suaminya yang berotot itu.

"Cubalah senonoh sikit perangai! Gatal!"

"Hahaha. Dengan sayang je." Jawab Fayyadh selamba.

"Ehem...ehem..." Gurauan mereka terhenti apabila terdengar deheman itu. Ryan yang berada disitu hanya memandang mereka. Fayyadh tersengih sahaja. Sebaliknya,Dahlia menunduk.

"Sorry,bro. Adegan ni kau tertengok." Dahlia menampar lengan Fayyadh. Ryan memandang Dahlia melalui ekor matanya. Dahlia santai memakai baju t berwarna ungu dan seluar berwarna putih polka-dots ungu. Rambutnya diikat satu. Masih seperti dulu. Makin panjang je. Sempat dia menkomen Dahlia.

"Kenapa ni?" Terdapat suara mencelah. Kak Zetty datang dan melihat apa yang sedang berlaku. Mereka semua menoleh kearahnya.

"Nothing." Ryan menjawab dan berlalu pergi. Hatinya sakit melihat tangan Fayyadh melingkari pinggang Dahlia yang remping. Dia juga sempat melihat adegan romantic yang dimainkan oleh mereka. Hatinya bagai dicarik-carik. No matter what happens,u will be mine,Lea. Only mine! Ryan berazam dalam hati.

*********************

"Esok start sekolah." Ujar Dahlia tiba-tiba.

"So?" Tanya Fayyadh sepatah.

"Tak risau ke diaorang tahu tentang perkahwinan kita?" Fayyadh terus memusingkan badannya bagi menghadap Dahlia. Dahlia masih dengan riak risaunya. Pantas kedua-dua pipi Dahlia diraih.

"Chill,wifey! Diaorang takkan tahu kalau kita tak beritahu." Jawabnya untuk cuba memadam gantar dihati Dahlia. Dahlia mengangguk perlahan.

"Dah la. Jom tidur." Dahlia mengajak Fayyadh untuk tidur.

"Baju aku kau dah iron?" Soalan tersebut dijawab dengan anggukkan sahaja.

"Dahlia?"

"Apa?" Tanya Dahlia malas.

"Aku nak peluk kau,boleh?" Pertanyaan itu membuatkan Dahlia memandang Fayyadh. Sebelah kening diangkat.

"Hurmm.. Peluklah." Balas Dahlia. Fayyadh terus mendekati Dahlia lalu melingkarkan sebelanghtangannya disekeliling pinggang Dahlia. Melihat Dahlia yang sudah terlena,dia bangun dan menghadiahkan kucupan didahi isterinya. Kepalanya diletakkan diatas bantal yang sama dengan Dahlia. Dia juga tertidur selepas merasa tangan Dahlia memegang tangannya.

***********************

Ryan menutup pintu bilik Fayyadh perlahan-lahan. Hatinya bagai dicarik-carik melihat adegan tadi. Dia mula melangkah kedalam biliknya. Laci dibelakang cermin dibuka dan tangannya mencapai sebotol pil. Sebiji pil dikeluarkan,lalu ditelan. Kakinya terus melangkah malas ke katil dan dia menghempaskan diri keatas katil.

"Kau takkan terlepas daripada genggaman aku,Lea. You will be mine and only mine." Ujarnya sambil tersenyum malas. Pil yang diambilnya mula memberikan kesan. Dia tergelak kecil lagi.

"Lea. Lea. Lea. Lea. Lea." Ulangnya beberapa kali sehinggalaha dia tertidur.

--------------------------

Holla readers,
Apa pemdapat korang about this chapter? Ryan dah balik! Omg! Komfem banyak persengketaan berlaku. Nak tahu? Tunggu next chapter okey. ;)
Read+Vote=Comment

DJ<3

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now