"So,u have your answer. Then, just leave me alone!"Sebelum Lea mengatur langkahnya untuk pergi,lengannya sekali lagi diraih.

" Wait. Kalau I berjaya penuhi permintaan u,u janji akan maafkan I and terima I?"Lea memutarkan bebola matanya.

"Kalau u berjaya." Provoknya. Lea tahu kemampuan Ryan. Mustahil baginya untuk memenuhi kehendak Lea.

"Deal. After I became a 'billionaire',I akan cari u and tuntut janji u. Kita akan kahwin selepas kita berjumpa. U kena tunaikan kata-kata u." Ujar Ryan yang kemudiannya melangkah pegi. Lea memandang Ryan yang semakin menjauh.

Dahlia terbangun daripada perbaringannya. Mukanya diraup kasar. Ya Allah! Kenapa aku dapat mimpi tersebut,ya Allah? Kenapa? Ujarnya dalam hati. Dia memandang Fayyadh disisinya yang sedang Lena diulit mimpi. Tersenyum kecil melihat mulut Fayyadh yang ternganga sedikit.

After I became a 'billionaire',I akan cari u and tuntut janji u. Kita akan kahwin selepas kita berjumpa. U kena tunaikan kata-kata u. Kata-kat Ryan seperti kaset yang berulang-ulang dimainkan dibenak kepala otaknya. Itulah janji yang dimanterai olehnya dengan Ryan. Senyumannya tadi memudar. Dia sudah mngahwini Fayyadh. Mustahil baginya untuk menunaikan janjinya. Dahlia turun daripada katil dan melangkah ingin keluar daripada bilik. Handphone Samsung S5nya diambil daripada dalam laci meja solekanya yang berada di sebelah cermin diambil dan dibawa bersama. Pintu bilik ditutup dan Dahlia melangkah menuruni tangga.

Fayyadh terbangun apabila terasa isterinya tiada disampingnya. Matanya dicelikkan lalu memerhati di sekeliling bilik tidur. Tiada? Dalam bilik-bilik tu juga tiada. Ke manakah si Dahlia? Dia berasa sedikit risau memandangkan Dahlia semalam menangis tiba-tiba. Kakinya melangkah keluar daripada bilik Dahlia menuju ke ruang bawah. Setibanya dibawah,dia terdengar suara Dahlia berdekatan kolam renang. Segera dia mengatur langkah ke sana. Dia ingin menegur Dahlia tetapi niatnya terbatal apabila dia terdengar perbualan Dahlia.

"I tak tahu kenapa I mimpikan dia, Jake. It's hurt. ........ I mimpikan tentang perjanjian kami. ....... I just,,don't know. ....... I'm afraid dia akan tuntut janji kami,Jake. ...... I dah nikah dengan orang lain. ..... What do u expect? ....... I cannot do that! ..... I dah ada suami! I takkan curang dengan suami I! ..... Hurm,bye." Dahlia mematikan talian. "Dah habis pasang telinga?" Tanya Dahlia. Fayyadh segera keluar daripada tempat persembunyiannya. Dia mengambil tempat di kerusi di sebelah Dahlia.

"Sorry. Aku tak bermaksud nak pasang telinga. Just curious." Fayyadh mempertahankan dirinya. Dahlia memandang Fayydh lalu tersenyum.

"Nah. It's okay. Jom lah masuk. Sejuk kat luar ni." Dahlia mengajak Fayydh masuk. Tidak mahu Fayyadh bertanya tentang perbualan telefonnya.

"Kenapa kau menangis semalam." Pertanyaan Fayyadh menyebabkan pergerakkan Dahlia terhenti. Dahlia duduk kembali. Wajahnya ditundukkan sedikit. Malu apabila Fayyadh melihatnya menangis semalam.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now