"Pie, ingat lagi tak pada Syaq?" tanya angah. Aku hanya membalas dengan kerutan.

"Lupalah tu, ni kan skandal awak yang dulu tu..." kata angah...

"Oh, patutlah macam kenal.." kataku.

"Hurm, dah ada yang lain la tu.. Lupa kat saya.." kata Syaqir.. Aku memandangnya.

"Tak semestinya saya ada orang lain kalau saya lupa kat awak.." balasku dengan sindiran. Dia hanya tersengih.

"Nah angah.. Dah tak suprisekan, ambil je la.. Walau pape un , tahniah.." kataku sambil menghulurkan bag plastik.

"Saya?" tanya Luqman.

"Rasanya tahniah je cukup tak?" tanyaku.

"Hurm, nombor telefon cukup kot.." katanya. Aku hanya tersenyum.

"Minta kat angah.." kataku. Aku pandang Liana, pergh.. Memang tak cover pandang si Syaqir.. Aku mencubitnya.

"Apa ni? Sakitlah!" kata Liana..

"Kot ye pun, cover la bai.. Cover!!!" bisikku. Kami pun bercadang mahu dinner sahaja memandang sudah pukul 7. Aku hanya mengikut asalkan ada orang belanja.

Setelah kami selesai makan, mereka meminta kami tunggu kerana mereka mahu solat. Aku dan Liana yang sedang cuti hanya berkeliaran di sekitar shopping kompleks.

Tiba-tiba handsetku berbunyi, nombor yang tidak dikenali.. Aku pun mengangkatnya..

"Assalam, Luqman ni.." kedengaran suara lelaki di corong sana.

"Hurm, Pie ni.. Dah habis solat ye? Nak tunggu kat mana ni?" tanyaku.

"Tunggu di MPH la kot.. Kami baru nak pakai kasut." katanya.

"Ok, we'll meet you there.." kataku sambil mematikan panggilan.

AKU dan Liana pun bergerak ke kedai buku.. Kelihatan mereka sedang membelek buku-buku yang ada di situ. Aku pun menghampiri Luqman yang ada di bahagian novel.

"Minat novel ke?" tanyaku..

"Boleh lah.. Layan je sebab dah tak ada benda lain nak buat.." balasnya..

"Cepatnya angah bagi nombor dekat member abang seorang ni.. Tak sampai beberapa jam, dah bagi kat Luq.." kataku sambil mencubit angah apabila dia menghampiri kami..

"Dia yang minta.. Merayu-rayu lagi.." kata angah. Aku memandang Luqman. Dia hanya tersengih..

Selepas tiada apa-apa untuk dilakukan lagi, kami pun pulang...

KEESOKKAN harinya, aku pelik. Si Luqman bagi mesej.. Oh, tanya pasal Liana..

'Peliklah kau ni, nak kan Liana tapi mesej aku..' aku membalas mesej.

'Ala, aku segan la.. Dia uh pun macam dah berpunya.. Tu aku mesej kau.. Nak tanya-tanya dulu...'

'Oh.. Dia single.. but available uh aku tak pasti..'

'Macam tu pula.. Tak apalah..'

'Syaqir masih single ke?'

'Hai, berminat ke?'

'Tak adalah, bila jumpa balik.. Teringat jugalah kenangan dulu..'

'Hurm, kenangan terindah la tu kan..'

'Ish, ada-ada je.. Merepek!'

'Betul la.. So kau memang best friend ke dengan Liana??'

'Hurm, hampir tiga tahun juga.. Kenapa?'

'Maknanya kau selalu berkepit la dengan dia kan?'

'Lebih kuranglah... Kenapa?'

'Baik hati tak tolong aku?'

'Hurm, kalau tak memudaratkan, insya-Allah'

'Bagitahu aku kalau dia ada kena usha ke.. apa-apa je la..'

'Oh, kau nak aku jadi spy la ni?'

'Hehe, lebih kurang la tu..'

'Ok, sebagai balasan.. Kau kena buat kat Syaqir juga...'

'Ok, deal.. Simple je...'


****************************************************************************************

Hai guys... Terima kasih baca cerita ni.. Kalau enjoy, jangan lupa vote and jangan lupa promote k... Kalau ada masa, baca la stories saya yang lain..

Bila Kau Tahu

Suka.. Sayang.. atau Cinta..


Always Be Your SpyWhere stories live. Discover now