#43

24 3 0
                                    

TIME SKIP!

Alarm telefonku berbunyi. Aku lambat-lambat mencapai telefon yang berada di sebelah ku. Screen telefon diturn onkan. Akibat cahaya screen telefon yang terang, menyebabkan aku tidak dapat membuka mataku.

Aku swipe ke atas, lalu mengontrolkan brightness ke perlahan. Lalu, aku tengok jam yang tentera di telefon. Alamak! Dah pukul 5:20!

Terus berdesung aku bangun pergi ke tandas ingin membasuh muka. Lalu aku turun ke dapur untuk membuat makanan sahur.

Harini, ramadan yang ke-18 sudah. Kalau rayden ada, bolehlah dia yang tolong kejutkan dengan masakkan sahur untuk kami sekeluarga. Tapi, rayden dia ada outstation dekat Cameron Highlands.

Ni pun, aku tak tahu nak masak apa!

Oh ye, lagi satu ibu sudah tidak tinggal bersamaku lagi. Ibu duduk dekat kampung dengan ummi dan abi. Bila aku cakap macamtu, semestinya mereka sudah tahu akan hal itu.

Tapi, malas lah nak cerita kan semula. Bukan apa, panjang sangat drama dia. Yang penting, semuanya sudah berakhir. Ibu dan ummi abi serasi sahaja. Malahan, ummi gembira bila ibu ada. Dapat duduk satu rumah dengan kawan baiknya lah katakan.

Aku memasukkan nasi dan sosej yang dipotong kecil ke dalam kuali. Nasi goreng aje yang dapat kulakukan sekarang. Masa dah tak banyak!

Siap masak, aku naik ke atas untuk kejut anakku kayla. Nak kejut kayla pula satu hal. Susah betul nak bangun. Kalau rayden ada ni, aku rasa rayden panggil dari bawah aje, terbangun budak ni.

Rayden! Cepat lah balikkk!

Nasi diletakkan ke atas pinggan. Doa makan dibaca. Lalu aku menyuapkan nasi goreng itu ke mulut. Selesai makan, air pula diteguk. Kembung perut aku sebab minum air banyak sangat. Ni sekejap lagi, mesti  rasa nak buang air kecil.

Aku tengok jam di ruang tamu, pukul 6:08. Fuh, nasib aku sempat juga bersahur. Kemudian, selang beberapa minit, azan berkumandang. Aku dan kayla solat berjemaah bersama-sama.

Tidak dilupakan juga, al-quran.

• • •

"Kaylaa!" Jeritku yang sedang mengemas.

"Ye bondaa!" Kayla berlari turun ke ruang tamu.

"Kayla, kan bonda dah cakap jangan lari bila turun tangga." Tegurku kepada anakku itu. Memang si kayla ni, suka sangat lari bila turun tangga. Kalau anak tangga ada 3 aje, takpelah juga. Ini, lebih dari 15!

"Sorry, bonda. Kayla tak akan lari bila turun tangga dah! Promise!" Sambil menangkat tangannya menunjukkan yang dia berjanji.

"Good! Kayla, sekejap lagi kita nak keluar. Bonda nak beli barang. Jadi, kayla pergi siap-siap okey!" Pesanku.

Kayla mengangguk lalu pergi naiknke biliknya untuk bersiap-siap. Aku juga turut naik ke atas.

Beberapa minit kemudian, kami bertolak pergi ke pasaraya yang berdekatan rumahku. Jangan risau ye, aku dah minta izin rayden. Taknak lah jadi isteri derhaka pulak nanti.

Kereta lamborghini ku memecut laju. Sejujurnya, aku rasa melebih bila bawak kereta mewah ini. Tapi, ini sahaja satu-satunya kereta yang aku ada.
Tambahan pula, kereta pemberian rayden sempena hari jadi aku. Kereta yang aku pakai masa belajar dahulu, sudah kuberikan kepada ummi dan abi.

Aku memarkingkan kereta. Lalu kami masuk ke dalam pasaraya. Tangan kayla aku pegang. Takut lah nanti, si kayla ni menghilang. Hari minggu pula, memang ramai orang lah dekat pasaraya ni.

Oh ye, sambil aku jalan pergi mencari barang, mesti korang ingat lagi kan mansion rayden. Ye, walaupun aku jarang giler ceritakan pasal mansion tu, tapi mansion tu masih ada tau! Cuma, aku tak tahulah,  sama ada rayden dia pergi ke sana ke tak. Lagipula, musuh aku menginap baik situ. Si luqman la.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now