#26

45 6 0
                                    

SEAWAL 9 pagi, kami sudah bergerak keluar. Aku ingat, tak jadi keluar sebab semalam syarikat rayden ada masalah. Baru nak merajuk dengan dia. Tak sangka, suami aku ingat lagi pasal janji semalam.

Aku dan rayden mengenakan baju matching. Tapi warna je la. Biar nanti kat luar, kalau ada orang nak mengorat suami aku tak boleh.

Aku akan gengam tangan rayden aje!

Sepanjang perjalanan, kami hanya senyap. Rayden fokus dengan memandu, aku pula sedang memandang bandar seoul ini.

Kruk!

Terus aku pegang perut sambil. Ya Allah, malunya. Aku toleh kat rayden, dia tengah tahan senyum. Ni la akibat tak makan malam semalam. Menyesal dan malu.

"Sabar ye sayang. Jap lagi kita makan." Ucap rayden sambil menahan senyum. Tak un nak gelak.

"Mana ade! Keysha lapar sikit je." Nafiku. Rayden ni saje je.

Selang beberapa minit kemudian, kami sudah pun tiba. Aku keluar dari kereta. Rayden membawa ku ke sebuah kedai makan.

Rayden memimpin ku hingga ke dalam. Kami mengambil tempat duduk di sebelah tingkap. Baru beberapa saat, makanan dah terhidang.

Hairan. Tak order lagi dah sampai? Pemilik kedai ni dapat baca fikiran pelanggan nak makan apa ke?

Makanan diletakkan di atas meja. Pelayan itu tersenyum kepadaku. Nasib bukan kat rayden.

"Abang, kita belum pesan apa-apa pun lagi."

"Sebab abang dah tempah dulu."

"Ooo." Aku mengangguk faham.

Aku mengambil chopstick. Lalu melihat makanan dihadapanku. Terkejut! Ada Jajangmyeon la!

Terus aku pandang rayden. Dia memberi isyarat mata menyuruhku untuk merasa Jajangmyeon itu. Terukir satu senyuman lebar dariku.

Pantas aku terus menyuapkan Jajangmyeon itu kedalam mulut. Sedapnya betul! Akhirnya, terwujud impian aku nak merasa mee ni.

Lahap aku makan. Perut lapar plus makanan idaman. Memang terbaik la!

Rayden ketawa kecil. Aku mengerut kening. Kepala mendongak. Apasal gelak tiba-tiba ni. Ada bende kelakar ke? Mee masuk hidung aku ke?

"Sayang, kenapa comel sangat ni?" Rayden masih lengkang ketawa.

Kemudian rayden mengambil tisu yang disediakan lalu membersihkan mulutku yang comot. Bila rayden buat ni, baru la aku faham.

"Okay, sekarang tak nampak macam budak kecil."

Aku memandang tajam.

"Ish abang ni. Sampai hati cakap macam tu. Buat keysha malu je."

"Buat apa nak malu? Abang cuma nak buat sayang cantik balik."

"Tadi kata orang comel. Lepastu kata cantik pulak. Mana satu ni?" Marahku. Sempat menjeling.

"Dua-dua abang suka."

Aku mencebik. Kesal dengan rayden. Lalu kembali menyuapkan mee itu.

_____

"Abang kita nak pergi mana pulak?" Soalku. Rayden fokus memandu.

"Pameran lukisan." Seraya stereng kereta dibelok ke kanan. Lalu rayden memarkingkan kereta.

Rayden menoleh kearahku. Aku memandangnya dengan penuh hairan. Rayden kemudian melepaskan tali pinggang dari badanku.

Kami keluar dari kereta. Tidak sempat aku ingin bertanya, rayden terus memegang tanganku dan masuk ke dalam muzium itu.

Masuk sahaja ke dalam. Aku melihat pelbagai lukisan-lukisan yang digantung dikeliling muzium ini.

Wow!

Walau masih berada di depan pintu masuk pun, aku dah rasa teruja tengok lukisan yang ada. Cantiknya!

Kami berjalan sambil meneliti dan melihat setiap lukisan yang ada di situ. Camera telefon tidak berhenti menangkap gambaf lukisan-lukisan di sini.

Kami masih erat berpengangan tangan. Mata   penuh dengan keterujaan. Aku ni bukan minat seni sangat, tapi aku suka tengok lukisan yang menarik dan cantik.

Sibuk berjalan, kaki terhenti di sebuah lukisan yang besar. Imej di dalam lukisan ini, sungguh menarik hati aku.

Automatik rayden terikut berhenti sekali denganku.  Dia berdiri di sebelah aku.

Di dalam frame besar itu, terdapat satu lukisan yang mengambarkan seorang perempuan berbaju gaun putih dan seorang lelaki berbaju sut hitam.

Background dilukis berada di pantai. Ditemani bintang-bintang di langit. Ombak juga dilukis. Tetapi itu tidak cukup menarik minatku.

Lelaki itu. Dia sedang melutut sambil cincin dihalakan kepada perempuan bergaun putih itu. Yes, ianya sebuah lamaran.

Dan ketika itu, kenangan masa kecil terlintas di fikiran. Dahulu, aku bercita-cita ingin mempunyai seorang jejaka kacak yang akan melamar aku ketika aku besar nanti.

Disebabkan selalu tengok cerita princess, wujudlah angan-angan aku tu.

Ketawa kecil bila teringat semula.

"Sayang kenapa gelak? Apa yang lawak?" Soal rayden bila tengok aku gelak sorang-sorang.

Risau la kot aku kene rasuk tertiba kan.

"Takdelah. Bila keysha tengok lukisan ni, teringat waktu zaman kecil. Keysha selalu berangan nanti akan ada lelaki kacak lamar keysha." Terangku.

Selepas rayden mendengar itu, dia pun ikut ketawa kecil. "Really? Mesti sayang selalu tengok Disney."

Aku menangguk tanda meniyakan. Memang pun!

Aku mengambil gambar lukisan itu sebelum bergerak ke lukisan lain. Rayden masih melihat lukisan itu. Lantas, aku memanggilnya.

Berjam-jam jugak la kami duduk di dalam muzium itu. Alang-alang dah masuk waktu zuhur, kami menunaikan solat di situ. Nasib la ada surau awam yang tersedia.

Rare thing la untuk aku.

Setelah puas, aku keluar dari situ. Rayden masih berada di dalam. Aku tak pasti kenapa. Dia suruh aku pergi masuk dalam kereta dahulu.

Aku hanya menurutinya. Enjin kereta dibuka. Aku menegus segelas air mineral yang aku beli semasa di dalam sambil menunggu ketibaan suami ku itu.

Lalu rayden pun keluar dari muzium itu dan berjalan ke arah kereta.

"Abang buat apa?" Soalku hairan.

"Ada urusan sikit." Tali pinggang dicapai lalu dipakai.

"Urusan? Urusan apa? Kat muzium ni?" Tanyaku bertubi-tubi.

Rayden mula memandu. "Secret."

"Ala, abang ni. Semua nak berahsia dengan keysha."

"You will know it, one day."

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now