#41

29 3 0
                                    

PINTU bilik dibuka. Rayden datang kearahku sambil membuka coatnya lalu duduk di atas katil.

"Jadi, sayang gembira tak? Kan abang dah cakap, trust me."

Aku jeling menyampah. Tak habis-habis. Dari tengahari tadi sampai lah ke maghrib. Bangga sangat kot dapat buat aku gembira?

"Oh, kayla mana?" Soalku. Selalu mesti diketuknya pintu bilik. Tapi, harini tak dengar lah pulak.

"Kayla dengan ibu dekat dalam bilik dia. Ibu tengah tolong dia buat kerja sekolah." Jawab rayden.

Aku mengangguk. Seronok lah kayla lepasni, ada kawan. Ibu akan duduk dengan aku mulai sekarang. Ye la, masih banyak benda yang aku ingin lakukan bersama ibuku.

"Oh ye abang! Keysha baru ingat sesuatu! Mulai esok,  keysha dapat kerja tau!" Ucap ku dengan gembiranya.

Rayden terkejut. "Hah? Kerja? Sejak bila pulak sayang pergi interview ni? Tak bagi tahu abang pun." Nampak dia sedikit marah.

Aku berundur jauh sedikit darinya. Takut pulak karang tertibe harimau muncul sekejap lagi.

"Erk, keysha tak bagi tahu ek? Keysha ada bagitahu laa! Haaa haritu! Abang tak ingat la tu." Nafiku. Menyesal pulak bagitahu dia yang aku dapat kerja. Sudahlah, dia tak kasi aku berkerja.

Masalahnya, aku bosan duduk rumah! Kayla pun pergi sekolah. Aku nak buat apa dekat rumah banglo yang besar ni seorang-seorang?

"Oh, sayang ada bagitahu abang ke? Maaflah abang tak dengar pulak." Senyuman misteri diakhir ayatnya. Terus meremang bulu roma aku!

Habislah keysha! Tu lah, gatal nak bagitahu!

Aku perlahan-lahan menurunkan kedua kaki ku ke lantai. Kemudian berjalan ke arah pintu.

Baru aje aku nak pegang tombol pintu, aku dengar rayden panggil. Suaranya dingin dan agak menakutkan!

Gulp!

"Sayang, nak pergi mana? Sinilah duduk dengan abang."

Perlahan-lahan aku pusing kembali. Lalu sengih dilontarkan kepadanya.

Mampus!!

________

Sedari tadi, aku asyik pandang bawah. Mana tidaknya, rayden merajuk dengan aku sampai taknak tidur sekatil dengan aku.

Aku sudahlah tak boleh tidur kalau takde bantal peluk. Tak bertutup mata lah malam ni jawabnya. Esok nak masuk kerja.

"Abang.." panggilku. Walaupun mata dia tertutup, aku tahu dia masih tidak tidur lagi.

Rayden tidak menjawab. "Abang, keysha tahu abang tak tidur lagi." Panggilku lagi.

Kali ni, dia masih tidak menyahut panggilanku lagi. Merajuk betul baby boy ni!

"Abang!" Kali ke-3 aku panggil dia. Rayden masih diam tak bersuara. Geram dengan kemerajukan dia, aku bangun dan ambil bantal tidurku lalu baring disebelahnya yang berada di bawah.

Haa, lantaklah kalau aku sakit pinggang pun.

Aku tarik selimut, namun rayden menariknya balik. "Okey, kalau abang taknak kasi. Biar keysha mati kesejukan!"

Ingat dia akan pujuk aku, rupanya boleh pulak dia mengiringkan badan dariku!

"Ish abang! Sampai hati! Sudahlah, kalau abang taknak layan isteri abang ni, biar keysha tidur dengan kayla." Aku bangun sambil memengang bantal ingin keluar dari bilik.

Namun, baru sahaja ingin melangkah pergi, rayden dengan secara tiba-tiba mengendongku, membawaku ke atas katil.

"Sleep at here." Setelah itu dia kembali tidur di bawah. Ingat, nak tidur sekali dekat atas katil jugak!

Haih, merajuk dia ni lebih dari kayla!

Tapi, ini keysha adelia lah. Dia ingat aku akan dengar ke cakap dia? Nak merajuk sangat kan! Aku sekali lagi mengambil bantal tidurku ingin kembali keluar dari bilik.

"Keysha adelia. I told you to sleep at here."

Aku pandang belakang, lalu menjelirkan lidah kepadanya.

"Blurkk! Keysha taknak! Abang kan merajuk dengan keysha, jadi merajuk lah seorang-seorang!" Aku buka pintu lalu keluar dengan selambanya. Tidak menghiraukan panggilan rayden yang memanggilku untuk tidak keluar.

Hahaha,  rayden 0. Keysha 1

Wait, wait!

Aku ubah fikiran! Rasa seram sejuk pulak seorang-seorang dekat tuang tamu ni! Nak tidur dengan kayla tapi ibu ada.

Haih, menyesalnya!! Kalau masuk bilik, mesti rayden gelak kan aku nanti! Malu laaaaa!

Kemudian aku dengar bunyi barang jatuh di dapur. Terus menjerit kecil aku! Kaki pun dah tak berani nak jejak lantai!

Aku pandang tangga, kenapa jauh sangat? Bantal kupenggang erat-erat. Otak pulak teringat segala cerita hantu yang aku tengok!

Lagi lah buatkan aku takut!

Nak jerit tak? Suruh rayden ambil? Tapi nanti ibu dengan kayla pun dengar. Aduh, apasal lah kau ni keysha!!

Cari penyakit aje.

Kemudian aku terdengar anjing menyalak. Aduh, kenapa lah masa-masa macamni lah nak ada anjing menyalak pulak? Lagi satu, sejak bila ada anjing dekat perumahan ni?

Haa sudah!

Aku tutup mata menggunakan bantal tidurku. Tolonglah, ada hamba Allah datang selamatkan aku!

"Sayang!"

"ARHHHHHHHHH! ADA HANTUUU!" Jeritku ketakutan. Hampir keluar air mata aku.

Kemudian aku dengar ada suara orang ketawa. Tapi yang peliknya, macam kenal lah suara ni...

Siape ye?

Aku memberanikan diri untuk melihat identiti suara yang berada di hadapan ku. Perlahan-lahan aku membuka mata dan...

"ABANG?!"

Rupanya suamiku sendiri! Aku ingat jelmaan mana entah yang menyamar jadi suami aku!

Ish, rayden ni kan!!!

Rayden masih tidak berhenti ketawa. "Ish, abang!! Abang buat keysha takut la!" Marahku! Namun dikontrol kan suara agar tidak menganggu ibu dan kayla.

"Tu lah, akibat taknak dengar cakap dan tidur dengan abang!"

Aku pukul rayden dengan bantal tidurku. Dia ingat kelakar ke? Pukul 1 pagi kot!

"Aduh,  sakitlah sayang. Sorry, dear." Rayden duduk melutut dihadapanku.

"Abang ni, tak baik tau! Keysha betul-betul takut tadi." Marahku.

Rayden pegang kedua belah pipiku lalu dicubitnya kecil.

"Alololo, sayang abang ni takut ke? Abang nak saje aje. Lagipun, abang dah warning sayang awal-awal. Sayang je yang tak dengar cakap."

"Sebab abang buat keysha annoying! Keysha cuba pujuk abang, abang buat tak endah je. Mana keysha tak marah? Bukannya keysha buat kesalahan yang besar pun." Rintihku. Tangan disilangkan.

Rayden ketawa kecil. "You know? You're too cute. That's why, i like to tease you more and more."

Aku jeling. Ye la tu, ke ayat nak pujuk aku?

"Tak percaya." Aku geleng.

"Habistu, macam mana nak bagi sayang percaya?"

"A proof, ofc!"

Rayden diam seketika. Kemudian dia mencium dahiku lalu memelukku erat.

"Is this, enough?"

Malu-malu aku jawab. "Yes."

Aduh, kembung perut aku sebab banyak sangat rama-rama dekat dalam!

Hihihi.

LAMARAN TUAN Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ