#38

26 1 0
                                    

TEPAT jam 12 tengahari, kami selamat sampai ke negeri Pahang. Sudah lama aku tidak menjeguk ummi dan abi. Rindu wajah mereka berdua.

Rayden mula memarkingkan kereta di hadapan halaman rumah. Barang-barang dikeluarkan dan dibawak naik ke dalam rumah.

Masuk sahaja ke dalam, ummi dan abi sudah duduk tersenyum melihat kedatangan kami. Aku mula menyalam ibu bapa ku. Ini baru kali keempat aku membawa kayla berjumpa dengan atuk dan neneknya.

Bayangkanlah, betapa lamanya aku tidak menziarahi mereka. Walaupun aku ada kereta, tapi rayden tidak membenarkan aku untuk pulang bersendirian.

Jadi, kalau nak balik kampung kena lah tunggu rayden off work dulu. Haih, apa lah daya dapat suami ceo ni.

Kemudian kami berborak seketika bersama-sama di ruang tamu. Seronoknya dengan suasana ini. Dapat dengar suara ummi dan abi lagi.

Malam tu, kami menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah. Gembira dan bangga bila tengok suami sendiri jadi imam. Merdu je alunan surah yang dibaca.

Siap solat, kami turun ke dapur. Tikar dibentangkan.  Makanan dihidangkan di atas tikar. Kami duduk bersila bersama-sama.

Bukan takde kerusi meja, cuma abi nak makan dekat bawah macamni. Katanya, nak bagi pengalaman untuk menantu dia dengan  tradisi kampung.

Ye lah, rayden kan 'modern' dari kecil.

"Kamu rayden. Esok tolong abi panjat pokok kelapa." Ucap abi ketika kami sedang makan.

Terus tersedak member. Nasib sempat telan. Aku menghulurkan air kepadanya. Ni tengok dari reaksi dia, mesti tak pernah buat. Haih, oppa, oppa.

Rayden senyum. "Rayden onz je abi, cuma rayden tak pernah panjat pokok kelapa. Jadi rayden tak tahu macam mana nak panjat."

Abi ketawa. "Kamu ni, kan ada ayah mentua kamu. Jangan risau lah, abi bagi tunjuk ajarlah nanti. Alah, setakat panjat aje, apelah sangat. Kamu ni badan tegap, sado. Nanti dah pandai, silap-silap, isteri kamu pun boleh kamu angkat sampai ke pokok kelapa."  Gurau abi.

Aku pulak nak tersedak. Amboi, siap boleh angkat aku sekali ek? Lain macam, abi ni.

"Apa yang awak merepek ni. Ada ke sampai boleh angkat keysha sekali." Ummi membalas.

Aku hanya menjadi penonton sahaja. Fokus makan dan anakku.

_______

"Sayang, abang takut lah!" Jerit rayden yang sedang berada di atas pokok kelapa. Tanganya dipeluknya batang pokok tu. Kelakar tengok rayden.

"Abang ni, tak jantan langsung lah." Balasku yang berada di pondok bersama ummi dan kayla.

"Ayahanda! Jangan takut tauu!" Kayla juga membalas.

"Kamu takyah takut lah. Berani kan diri tu. Sikit lagi nak dapat buah kelapa tu." Jerit abi memberi arahan.

Hahaha. Jarang nak tengok rayden macamni. Selalu mesti segak macho je. Mesti dia tengah regret setuju abi punya candangan semalam.

Nak aje aku ambil gambar dia.

Baru je nak tuangkan air teh ke dalam cawan, tertibe perut pulak mula memulas. Aduh, sekarang jugak lah kau nak keluar ye.

Terus cepat-cepat aku turun dari pondok kayu itu, dan berlari masuk ke dalam rumah. Selesai dengan hajat ku, aku baru teringat ingin mengambil telefon ku. Kan aku cakap, aku nak ambil gambar rayden.

Lantas aku bergerak masuk ke dalam bilik tidur ku. Merata-rata tempat aku cari, tapi masih tidak jumpa. Mana ek aku letak?

Kemudian baru teringat, pagi tadi aku leoak dekat bilik ummi. Saja nak bergosip , berborak dengan ibu sendiri.

Terus aku ke bilik ummi. Nampak casing berwarna hitam sedang berada di atas katil. Aku gapai telefonku. Baru je nak pusingkan badan, aku berhenti sekejap.

Satu gambar polaroid yang tidak ku ketahui berada di atas katil bersebalahan dengan telefon ku. Aku duduk di sisi katil. Gambar polaroid diambil.

Aku melihat gambar yang ada di situ. Terus aku tergamam dan terkaku. Air mata juga perlahan-lahan turun ke pipi. Sumpah, apa yang aku sedang lihat ini adalah sesuatu yang sangatlah mengejutkan untuk aku.

Jantung berdegup laju. Nafas pun mula tercungap-cungap. Aku gengam pakaian ku.

Aku mula beristigfar. Aku sesak nafas. Perlahan aku cuba mengawal kembali nafasku. Naik turun-naik turun dadaku.

Sedikit demi sedikit, nafasku kian normal. Tapi air mata masih tidak berhenti mengalir. Sakit. Sungguh sakit dan tidak percaya dengan semua yang kulihat ini.

Mana tidaknya, apabila gambar yang kupeggang merupakan gambar aku dan seorang wanita ketika aku masih bayi. Tetapi, apa yang lebih mengejutkan perempuan yang sedang mengendong ku itu adalah,

Makcik keya.

Ye, makcik keya! Aku kenal muka makcik tu walau aku jarang jumpa dia! Aku memang yakin. Kenapa? Kenapa aku ada dengan makcik keya? Mustahil bukan? Segala persoalan muncul di fikiran.

Adakan ia hanya satu kebetulan? Macam mana ummi tahu makcik keya? Kenapa aku ada dengan dia? Dan apa yang lebih ketara, nama kami hampir sama.

Keya, keysha.

Bahkan muka kami juga hampir serupa. Tidak, ini bukan seperti yang aku bayangkan bukan? Tidak mungkin...

Tidak berpuas hati dengan jawaban yang aku miliki, aku nekad untuk mencari bukti lain. Satu persatu laci ku selongkar.

Dan sehinggalah laci yang terakhir. Iaitu laci kesayangan ummi. Waktu aku kecil dahulu, ummi selalu melarang ku untuk membuka laci itu.

Dan sekarang, aku seperti tahu kenapa ummi melarangku. Ada sesuatu yang dirahsiakan dariku.

Dengan berat hati aku membuka laci itu. Dan, benar. Ummi memang menyimpan rahsia dariku. Rahsia yang amat besar dalam hidupku.

Air mata makin banyak turun. Bila aku melihat sijil kelahiran ku itu sedang berada di dalam laci. Nama ibu ku bukan lah ummi.
Melainkan, Keya Asiah Binti kodir.

Ye, keya. Bukan Fatihah iaitu nama ummiku.

Dang!

Aku terus terduduk di lantai. Sungguh aku tidak menyangka semua ini. Benarkan ini? Haruskah aku percayai nya?

Beberapa keping gambar aku dan makcik keya juga ada di dalam laci itu. Ianya lagi membuatkan hati aku sakit.

Kemudian aku ambil sesampul surat yang berada di dalam laci itu. Aku buka sampul surat itu. Aku sudah tidak menghiraukan jika aku akan bertambah sakit apabila melihat isi surat ini.

Segala kebenaran akhirnya terbongkar jua. Aku keluarkan sekeping surat didalamnya.

"Tihah, ini aku keya. Aku nak minta maaf sebab tak dapat datang waktu majlis perkahwinan kau haritu. Maafkan aku. Aku juga nak minta maaf. Aku terpaksa bagi anak aku, keysha adelia untuk kau jaga. Aku tak mampu untuk jagakan dia. Aku takkan dapat besarkan dia macam ibu lain. Aku taknak anak aku dapat kurang kasih sayang dari ibu dia sendiri. Kau je sahabat aku, tihah. Tolong jagakan anak aku. Besarkan dia dengan penuh kasih sayang. Tihah, malik dah tinggalkan aku. Aku takde sesiapa lagi. Aku tak cukup duit nak tanggung anak aku sendiri. Aku bukan ibu yang baik. Jadi, kau tolong aku. Besarkan dia macam anak orang lain."

Habis baca isi surat itu, lagi hancur remuk hatiku saat ini. Ya Allah, apa ini? Apa semua ini? Kenapa baru sekarang aku dapat tahu?

Aku sandarkan diri ke dinding. Lelah dengan semua yang terjadi. Terbayang wajah ibu ku, keya di fikiran.

Ujian ini terlalu berat untukku hadapi.

LAMARAN TUAN Onde histórias criam vida. Descubra agora