#20

58 6 0
                                    

MULUT cuba untuk mengeluarkan perkataan. Namun satu suara pun tidak dapat didengar. Kenapa susah sangat aku nak bagitahu kat rayden?

Soalan yang ditanya masih tidak boleh ku jawabkan lagi.  Mulut seakan-akan dikunci rapat. Aku cuba sedaya upaya mengeluarkan satu patah perkataan.

"Sayang? Susah sangat ke soalan abang?"

Aku menggeleng. Entah kenapa, aku tiba-tiba menjadi bisu. Sangat sulit inginku memberitahu.

"Keysha tak boleh." Aku merenung kebawah. Kecewa dengan diri sendiri.

"Just tell me, dear." Lembut sahaja suara rayden memujuk.

"Ini pasal mama."

Mata rayden jelas menunjukkan yang dia sangat terkejut. Bagaimana aku boleh tahu pasal mama, jika tidak pernah berjumpa. Bahkan segala peribadi mama tidak pernah kuketahui.

Rayden cuba mengawal riak wajahnya. Rahang diketap kuat. Matanya birunya memandang tajam.

Ini sebabnya aku taknak bagi tahu rayden!

"Then?" Suara dingin jelas didengar.

Gulp!

Aku menelan air liur. Aura rayden membuatkan aku meremang.

"Erk, mama ada kasi..."

"Mama kasi apa? Sayang boleh tak habiskan ayat dulu." Tegas dan dingin.

Okey.. aku menyesal.

"Mama kasi surat kat keysha minggu lepas." Mata menghindari dari panahan tajam rayden.

"Mana surat tu?"

Aku menujuk laci meja yang berada di sebelah pintu.

"Sana." Tangan dihalakan ke arah meja.

Rayden dengan pantas berdiri dan menuju laju ke laci itu. Setiap aras laci dibuka untuk mencari surat itu. Aku duduk di atas katil dengan perasaan gementar dan takut.

Laci ketiga dibuka, dimana tersimpanya surat berkenaan. Rayden mengambil lalu membaca setiap patah perkataan yang ditulis oleh mama nya.

Matanya membesar. Selepas itu, rayden terus mengoyokkan surat itu dan mengoyakkannya secara agresif. Rayden menghampiri aku. Wajahnya kelihatan marah.

Aku memejamkan mata takut jika rayden marah atau ingin memukulku. Tapi lain pula yang dilakukan oleh rayden. Tubuhku dipeluk erat. Aku dapat merasakan bajuku basah.

Rayden menangis?

"Kenapa ni abang? Kenapa nangis?" Soalku kepada rayden yang sedang menangis.

"Kenapa sayang tak bagitahu abang awal-awal? Kalau abang tahu bende ni, sayang tak akan jadi macam ni. You should tell me."

Aku terdiam. Ye, memang benar apa yang dikatakan oleh rayden. Sepatutnya aku bagitahu kat rayden sewaktu aku dapat surat ni.

"Kesyha taknak abang marah dengan mama."

Rayden melepaskan pelukan. Keningnya berkerut. Tidak faham apa yang dikatakan olehku.

"What do you mean?"

"Keysha cuma nak abang berbaik dengan mama. Keysha taknak hancurkan hubungan antara ibu dan anak. Jadi keysha rahsia kan perkara ini."

Rayden kemudian mendekatkan wajahnya. Aku pula sedikit menjauhkan diri darinya. Rambutku diusap lembut oleh rayden. Pipiku juga dipegang.

"That's why Rayden Lee will fall in love with Keysha Adelia every day. You are too kind. Dear." Suaranya begitu lembut.

Hatiku mula mencair. So sawit!

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now