#31

36 2 0
                                    

HARINI, genap setahun sudah aku bergelar sebagai isteri Rayden Lee. Pejam celik- pejam celik, dah tahun baru. Kami juga baru habis pulang dari KL. Jalan-jalan dengan suami sempena tahun baru.

Namun, aku tidak berasa gembira. Walau sudah setahun kami bersama, masih tiada keluarga ketiga di kekeluargaan ini. Tipu lah, kalau aku tidak sedih. Perkahwinan mana je yang tidak mahukan zuriat?

Aku juga ingin menjadi seorang ibu. Tetapi, tiada rezeki lagi buat kami.

Di dalam perjalanan pulang, aku hanya memandang ke luar tingkap. Rayden yang melihat aku duduk senyap dari tadi memengang tanganku.

"Sayang kenapa?" Soal rayden. Masih fokus dengan memandu.

Aku toleh ke arah rayden. Riak muka sedih terpapar di wajahku. "Abang, kita dah setahun bersama, tapi keysha masih tak boleh nak bagi abang zuriat."

Dengar sahaja apa yang dikatakan olehku, rayden terus memberhentikan kereta di tepi jalan. Kedua tanganku digengam erat.

"Sayang, please jangan cakap macamtu. Mungkin masih belum ada rezeki untuk kita. Sekarang ni, abang cukup bahagia walaupun dengan sayang sahaja. Insha Allah, suatu hari nanti kita akan dapat. Abang taknak sayang cakap macamtu lagi, okey?." Sejurus dengan itu, rayden membawa aku ke dalam pelukanya.

Perasaan sedih dan kecewa kuat dihati. Aku berasa seperti bukan isteri yang sempurna untuj rayden. Aku tak mampu untuk memberikan apa yang diinginkanya.

Aku gagal sebagai seorang isteri.

"Abang, keysha minta maaf. Tak dapat apa yang abang nak. Mesti abang nak sangat jadi ayah kan? Keysha tak mampu , abang." Keluhku. Air mata mula membasahi pipi. Sungguh, aku merasakan bersalah terhadap rayden.

Rayden terus menguatkan pelukan. Dahiku dicium berkali-kali. "Sayang. Abang dah cakap kan,  jangan fikir macamtu. Sayang tak bersalah. Sekarang, kita hanya perlu berdoa dan bertawakal dekat Allah. Okey? Jangan sedih-sedih. Nanti sayang jadi buruk." Sempat mengata aku.

"Ish, abang ni. Ada ke cakap keysha buruk? Sampai hati." Aku lap air mata yang mengalir dipipi seraya melepaskan pelukan kami.

"Dah, taknak nangis-nangis. Kita sama-sama tempuhi ujian ni okey?" Kepalaku diusap lembut.

Aku mengangguk. Kemudian rayden mula memandu kembali sehingga kami sampai ke rumah.

______

Pagi tu, rayden terus suruh aku bersiap-siap.  Katanya harini kami bakal bertolak balik ke kampung ummi dan abiku! Yeay! Tak sabarnya nak jumpa mereka.

Selepas solat zuhur, terus kami bertolak ke Pahang. Rayden juga turut pergi ke Mansionnya. Ingin mengambil sesuatu.

Kami juga ada berhenti di RNR untuk mencari makan dan menunaikan solat fardhu. Disebabkan hari ini hari minggu, memang banyak la kereta di atas jalan raya ni. Jadi masa yang diambil untuk sampai ke destinasi pun agak jauh.

Aku sepanjang perjalanan, tidur aje. Ye lah, aku ni memang jenis yang mabuk kereta sikit. Jadi pening kepala kalau naik kereta. Tambah pula, matahari terik elok kat atas. Memang 5 minit naik kereta, dah masuk alam mimpi.

Rayden pula, masih segar matanya. Walaupun dah tak tahu la berapa kali dia menguap. Aku pun tolong-tolong lah urutkan dia supaya tak mengantuk.

Tengah malam nya tu, baru lah kami selamat sampai ke kampung halaman ku. Tak tahulah berapa jam masa yang diambil.

Masuk je rumah yang menjadi tempat membesarku, terpampang wajah yang kurindui sedang menunggu ku di pintu. Terus aku peluk dan salam ummi dan abi.

Hilang segala kepenatan yang ada di dalam diri.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now