#42

25 3 0
                                    

TOK! TOK! TOK!

Ketika aku dan rayden sedang bersiap-siap untuk ke kerja, pintu bilik kami diketuk. Aku yang masih baru ingin menyarungkan tudungku, cuba membuka tombol pintu.

"Maaf ibu ganggu. Ibu dah nak kena pergi kerja, nanti jangan lupa sarapan ye. Ibu dah masakkan nasi goreng dekat bawah." Ujar ibu.

Aku mengangguk faham. "Terima kasih ibu. Tapi, ibu pergi kerja naik apa?" Soalku. Takkan lah jalan kaki kot? Agak jauh juga tasik dan rumah aku.

"Ibu naik bus je." Balas ibu.

"Eh, kalau macam tu biar keysha hantar ibu." Pelawaku.

Namun ibu menolak. "Tak payah lah. Nanti susahkan kamu lambat ke kerja. Ibu memang dah biasa naik bus."

Aku mengeluh kecil. "Ibu, tolong bagi keysha hantar ibu. Please?" Pujuk ku. Ditanyang juga muka kesian.

Ibu pula mengeluh. "Takpe ke? Nanti rayden kena hantar keysha lagi, pastu kayla. Tak terlambat ke?"

"Keysha dengan rayden naik kereta sendiri. Rayden hantar kayla ke sekolah, keysha hantar ibu. Okey?"

"Haih, ye lah-ye lah." Ibu mengalah. Aku tersenyum lebar. Sekurangnya, aku dapat melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang anak.

Selesai sarapan, kami bertolak ke tempat hala tuju masing-masing. Aku salam tangan rayden terlebih dahulu. Biasalah, taknak jadi isteri derhaka.

Rayden mula bergerak bersama dengan kayla. Aku dan ibu masuk ke dalam kereta milikku. Enjin kereta dihidupkan, lalu kami bertolak pergi.

________

Aku parking kereta di tempat letak kenderaan. Harini, hari pertama aku bekerja setelah sekian lamanya terperap di dalam rumah. Nasib, rayden dah tak marah. Dia pun tayang muka redho aje.

Aku berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah. Disebabkan hari ini, hari jumaat. Semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk membaca surah Al-kahfi beramai-ramai.

Aku ambil tempat duduk untuk guru. Sambil itu, bertegur ramah bersama para cikgu yang lain.

Bacaan surah Al-Kahfi dimulakan. Aku juga ikut baca bersama-sama. Selesai itu, ada sedikit ucapan yang diberi oleh guru-guru. Aku pun turut kena naik atas pentas bagi memperkenalkan diri. Agak malu sebab aku antara cikgu yang paling muda di sini. Biasalah, sekolah menengah.

Akhirnya, habis juga kerja seharian ku buat pertama kali sebagai seorang guru. Alhamdulilah, aku mengajar murid form 1. Jadi, takdelah rasa segan sangat berbanding form-form yang lain. Cuma, terlalu nakal. Dan aku tak suka.

Tapi, tetap kena bersabar.

Aku makan di kantin sekolah sebelum balik ke rumah. Makanan dekat sini pun, agak sedap dan murah. Jimat sikit duit aku. Bukan apa, malas sebenarnya nak minta dekat rayden.

Psss..bukan malas, tapi malu.

Sebelum pulang menuju ke rumah, aku harus mengambil anak kesayangan aku di sekolahnya dahulu. Lepastu, kena pergi ambil ibu pulak. Memandangkan rayden ada meeting dekat luar bandar, terpaksa lah aku yang jalankan semua tugas dia.

Isteri kena lah tolong suami.

______

Malam menjelang, bulan sabit yang cahayanya menerangi seluruh alam membuat kan aku terpesona. Boleh dikatakan, aku ni memang fans berat bulan.

I love moon sm.

Jadi, sambil buat kerja dekat koridor, sambil tu juga boleh tenangkan fikiran bila tengok bulan. Rayden pergi ke masjid bagi menunaikan solat fardhu isyak berjemaah.

Sambil sibuk buat kerja, rayden memeluk ku. Terus aku terjerit kecil sebab terkejut. Ingat hantu mana lah tadi peluk-peluk aku. Tambah pula, si rayden pakai jubah putih. Pergh, memang kalau tak dipandangnya wajah rayden, memang aku menggelupur dekat situ.

"Sayang!" Panggil rayden manja sambil masih lagi setia memelukku.

"Apa abang?" Jawabku tidak mengendahkanya. Mata hanya tertumpu pada skrin laptop dihadapan aku.

Rayden melepaskan pelukan. "Sayang, pandanglah abang!"

Lambat-lambat aku mengalihkan pandangan kearahnya. "Ye abang. Keysha pandang lah ni."

Secara tiba-tiba, rayden terus menutup laptop aku. Skrin berubah hitam. Aku terus pandang dia. Apahal si rayden ni?

"Finally, now only look at me. Focus on me." Ujarnya. Aku tayang muka menyampah.

"Ye lah encik rayden." Aku mengalah. Karang,  nanti tak berpeluk aku malam ni. Aku pusingkan badanku sepenuhnya.

Dia senyum. "Sayang, esok cuti kan? Jadi abang nak bawak kita semua pergi bercuti! Nak tak?" Soalnya dengan gembira.

Aku kerut kening. Lah, dia suruh aku fokus dekat dia semata-mata nak bagitahu benda ini je?

"O..ok." jawabku tanpa perasaan.

Riak muka rayden berubah sedih. "Kenapa sayang macam tak happy je?"

"Eh manaade. Keysha seronok je. Dah lama kita tak spent time together. Plus, sekarang ada ibu."

"Dear, can i ask you something?" Soal rayden. Aku menangguk. Menunggu soalan nya.

"What i am to you?" Soalnya dingin. Aku agak pelik kenapa dia tanya soalan ni.

"Ofc, sebagai suami." Jawabku mudah. Memang betul pun kan. Bagi aku, dia adalah suami.

Rayden diam. "Did you ever love me?". Kali ini aku memang tak faham dengan soalannya.

"Mestilah keysha sayang abang. Apa soalan yang apa tanya ni?" Jawabku pelik. Aik, tak pernah ditanyanya soalan KBAT cenggini, harini tertibe tanya.

Rayden pandang mata aku dalam-dalam. Rambutnya yang bergerak akibat ditiup angin membuatkan wajahnya saat ini, sungguh mempersona.

Dunia aku menjadi sunyi seketika.

"I'm glad to hear it. Abang saja je tanya." Balasnya. Dan aku masih merasakan rayden seolah-olah menyimpan kan sesuatu. Aku yakin, ada sebab dia tanya soalan-soalan pelik begitu.

"Abang tipu." Rayden tersentak. "Abang nak cakap apa sebenarnya?"

Rayden masih terkejut. Mungkin tidak menjangka bahawa aku akan sedar dan tahu akan dirinya.

"Abang, keysha sayang sangat-sangat dekat abang. Youre the only one. And always will be the one. Abang jangan lah fikir bukan-bukan. Kalau lah keysha tak sayangkan dan cintakan abang, keysha takkan ada dekat sisi abang mahupun waktu sekarang ini. But look, keysha ada kan dekat depan mata abang." Aku pegang tanganya.

Rayden terkelu. Aku nampak matanya mula bersinar-sinar. Namun rayden mengalihkan pandanganya dariku. Tidak mahu aku melihatnya dia menangis mungkin?

Sedar dengan itu, aku pegang pipi rayden lalu menghadapkannya kearah ku kembali. Aku nampak air mata rayden jatuh dipipi. Ini pertama kali aku melihat rayden menangis sepanjang kami bergelar suami isteri.

Tak sangka, rayden ni tahu menangis. Ingat air mata dia dah tak boleh dihasilkan.

Aku beri senyuman manis kepadanya. Rayden juga turut tersenyum manis hingga lesung pipitnya muncul.

"Abang, dont cry okey?" Aku usap air mata rayden.

"Sayang, thank you. I love you." Rayden kucup dahiku.

Aku mula jadi malu-malu. "Hihi, i love you more!" Aku pula hadiah satu ciuman dipipi rayden.

Rayden ketawa kecil. "I love you, more and more." Rayden cium pipi aku lagi.

"I love you more, more, more, more and moreeeeee!" Aku juga mencium pipi sebelahnya pula.

Kemudian kami berdua saling ketawa bersama-sama. Malam ini, malam yang paling terindah buat aku. Bulan sebagai saksi percintaan kami.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now