#29

30 5 0
                                    

TERGAMAM bila rayden cakap yang mereka berdua adalah adik-beradik. Mata terbuka luas. Sumpah terkejut giler!

Plot twist?

Rayden yang melihat reaksi aku itu terus tergelak kuat.

Apasal gelak?

"Hahaha. Abang tipu sayang aje. Sayang percaya ek." Gelaknya. Sampai tergolek-golek dia ketawakan aku.

"Oohh. Abang tipu keysha eh. Rasakan!" Aku terus memukul badan rayden. Ada ke dia tipu aku! Aish, geram nyeee!

Mati-mati aku percaya.

"Aduh sayang! Jangan la pukul abang. Sakitlah!" Rintih rayden sambil cuba mempertahankan diri dari pukulan ku.

"Padan muka! Siapa suruh abang tipu keysha?" Tangan masih lagi memukul-mukul rayden. Tula, jangan main-main dengan keysha adelia!

Suami tak suami. Semua aku bantai!

Rayden menangkap kedua belah tanganku. Dengan itu, terhentilah pukulan maut ku.

"Ish, lepas lah! Keysha masih marah lagi."

Rayden diam dan dia mengeratkan lagi gengaman tanganku. Anak mata rayden dalam menusuk ke dalam mataku. Tiada riak muka ditunjukkan.

Aku menoleh ke kiri. Melarikan pandangan darinya.

"Look at me, dear.  Look into my eyes now." Suara yang begitu tegas dan dingin. Tertelan liur aku.

Perlahan-lahan aku memusingkan kepala menghadap rayden. Bulu roma berdiri serta-merta.

"Abang tak tipu. Kami memang ada pertalian darah."

Terkejut dan hairan. Itulah riak muka dan perasaan aku sekarang. real ke ni?

"Abang dengan dia sama ayah. Cuma mak yang lain. Daddy dulu kahwin dengan orang melayu. Dan perkahwinan mereka, dikurniakan anak lelaki iaitu, luqman. Tapi, sayangnya, ibu luqman meninggal setelah seminggu lahirkan luqman. After that, daddy pindah ke korea atas alasan kerja. Luqman pun ikut sekali. Bila daddy kat sana, daddy jatuh cinta dengan mummy, which mean my mum. Then, diaorang kahwin. And they have me. Jarak umur abang dengan luqman tak juah beza. Hanya 2 tahun muda."

Kusyuk aku mendengar rayden bercakap. Terkejut jugak bila dengar ibu luqman meninggal dunia. Membuatkan aku merasakan simpati dan sedih. Kesian luqman, tak dapat kasih sayang ibunya pada usia masih kecil.

Rayden mengeluh sebelum sambung penerangannya.

"Bila abang dah berumur 11 tahun,  baru abang tahu yang luqman adalah abang. Sebelum ni, abang hanya anggap luqman sebagai kawan. Sebab daddy tak bagitahu perkara yang sebenar. Tipu lah kalau abang tak terkejut. Abang memang tak percaya dan tak pernah tersangka yang kami ni adik-beradik."

Aku dapat mendengar keperitan dari suaranya itu. Riak muka rayden pun sedikit berubah. Walaupun mungkin bagi sesetengah orang, macam perkara biasa. Tapi bagi rayden, ini adalah perkara yang sangat sukar untuk dia menerima.

Aku memandang wajah rayden yang sedang menunduk. Lalu ditarik badannya kepada ku. Aku mengusap lembut belakang rayden. Rayden diam didalam pelukan ku.

______

Baju disidaikan di ampaian. Bakul yang telah kosong itu diambil lalu menapak masuk ke dalam rumah. Rumah ni ada je mesin pengering, cuma aku je tak guna.

Sebab tak tahu cara nak gunakan.

Habis itu, aku melabuhkan badan ke atas sofa. Sakit badan-badan aku. Mana tak nye, rumah 2 tingkat ni aku seorang je yang bersihkan. Rayden nak cari pembantu rumah, tapi aku tolak. Sebab aku taknak la menyusah rayden. Tapi alasan yang lebih tepat, taknak suami aku kene ngorat dengan pembantu tu nanti.

Kang tak pasal-pasal, kene bermadu. Uishh toksey!

Rayden dan luqman kerja. Luqman ikut rayden pergi Company RYD's. Jadi, tinggal seorang-seorang je la kat rumah ni. Dan aku? Aku tak payah pergi kerja. Boss sendiri yang suruh.

Senang hidup aku kan?

Mulalah terasa bosan. Lantas remote televisyen dicapai. Aku menekan button merah, lalu membuka apps netflix. Dah lama tak layan k-drama. Apa lagi, drama Strong girl Bong-Soon ditekan.

Tergelak-gelak aku dibuatnya. Melihat tingkah dua watak utama cerita itu. Memang kelakar. Selalu aku layan drama bila aku tak boleh solat, baru lah syok nak layan.

Masa berjalan dengan pantas. Aku memandang ke arah jam di dinding. 6:33 pm.
Terus aku tutup siaran televisyen dan berlari naik ke atas. 

Tudung disarungkan lalu aku terus keluar dari bilik menuju ke dapur. Alamak! Rayden dengan luqman nak balik. Makanan tak masak lagi!

Tergopoh-gopoh aku membuat kerja. Harap sempat la sebelum mereka balik. Rayden kata, pukul 7 diaorang balik. Berapa minit je lagi sebelum pukul 7. Rayden ni seorang yang menepati waktu. Karang, memang pukul 7 tepat dia dah parking kereta kat luar.

Mengelabah la nanti.

Huff!

Siap juga. Basah ketiak aku. Nasib sempat siap sebelum mereka sampai. Aku lirik jam, 7:15 minit. Kemudian terdengar enjin kereta dimatikan di hadapan rumah. Rayden dah balik!

Terus lari aku ke arah pintu. Ingin menyambut kepulangan suami tercintaku. Pintu dibuka, masuk je rayden aku terus memeluk tubuhnya. Memang ini yang aku akan lakukan setiap kali suami aku balik.

Luqman yang dibelakang tayang muka menyampah. Luqman meluru masuk ke dalam menghiraukan kami.

Dahi aku dikucup rayden. "I'm back, dear."

Sengih. "Welcome home, husband."

Kemudian aku ambil beg kerja rayden lalu diletakkan di atas meja kecil. Kerusi ditarik lalu aku melabuhkan punggung di situ. Rayden pergi membasuh tangannya dahulu sebelum ikut duduk disebelah ku. Nasi diletakkan diatas setiap pinggan.

Sebelum makan, seperti biasa sunnah nabi jangan dilupakan. Doa dibaca sebelum kami semua menjamah makanan terhidang.

Rayden dan luqman baru sahaja balik dari surau. Aku yang sedang duduk di atas sofa sambil melayan berita menoleh ke arah pintu apabila pintu dibuka.

Sejuk mata memandang. Rayden dengan jubah kelabu dan kupiah dipakai. Memang ayu betul! Luqman juga, menyejukkan mata. Dah macam aku tengok anak baru balik dari tahfiz pulak dah!

Rayden duduk disebelahku. Luqman naik ke atas. Ingin berehat agaknya. Takpelah, yang penting aku boleh berdua-duaan dengan rayden dekat sini.

Senang nak bersweet-sweet.

"Keysha suka tengok abang pakai macam ni. Nampak lagi kacak." Sambik meneliti atas ke bawah baju rayden.

"Kalau sayang nak abang pakai macamni kat rumah pun, abang sanggup." Ucap rayden.

Ketawa kecil. Anda pasti?

"Oh ye abang! Keysha lupa nak tanya semalam."

"Pasal semalam?" Jawab rayden hairan.

Aku mengangguk. "Kenapa abang dengan luqman tak nampak macam adik beradik pun?"

Rayden mengerut kening. "Hah? Maksud sayang? Abang tak faham." Rayden yang tadi sedang menyandarkan dirinya ke sofa, terus duduk menghadap kepadaku.

"Maksud keysha, waktu abang jumpa dengan luqman dekat dalam kapal terbang tu, kenapa keysha nampak abang layan luqman memang macam kawan? Tak macam adik dengan abang pun." Soalku pelik.

Memang betul pun. Waktu kat dalam kapal terbang tu, diorang layang sesama sendiri macam kawan je. Takkan la kalau dah adik-beradik layan macamtu kot? Rayden pun takde pun panggil luqman abang. Hanya man dipanggilnya. Masa diorang kat sini pun, vibe kawan je.

Tak ke pelik.

Rayden menoleh ke arah tangga sebelum memandang aku semula.

"Because...."

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now