#40

26 3 0
                                    

AKU masih tidak keluar dari kereta. Seperti yang dikatakan rayden, harini aku akan bertemu dengan makcik keya.

Setengah jam aku berada di dalam kereta. Memikirkan adakah patut aku berjumpa atau tidak? Rayden yang tiada di sampingku lagi lah membuatkan aku gementer dan takut.

Rayden tidak dapat menemani aku kerana atas urusan kerja. Dan, akhirnya hanya aku seorang diri bersama kereta lamborghini ku sahaja.

Aku gigit kuku. Tanda aku sangat gementar. Aku pandang cermin hadapan. Mata cuba melihat dan mencari sosok perempuan paruh baya yang ingin ku temui.

Dalam hati berdoa agar aku dapat berjumpa dengannya. Walau bagaimana pun,  aku perlu merungkaikan rahsia ini.

Dengan segala keberanian, aku memutuskan untuk keluar jua dari kereta. Beg tangan di pegang, kunci kereta ditekan.

Aku berjalan seraya memandang kekiri dan kekanan taman tasik ini. Kerana hari Selasa, tidak ramai orang yang ada di sini. Hanya segelintir sahaja yang ada.

Cari punya cari,  akhirnya aku jumpa orang yang aku sangat ingin temui. Dia sedang menyapu daun pokok-pokok yang jatuh berguguran disekitar taman.

Jarak aku dan dia tidak berapa jauh. Aku tarik nafas dalam-dalam. Okey keysha, you can do it!

Dengan langkah yang perlahan, aku mendekati makcik keya, dia yang akan tersedar dengan kehadiran ku lalu tersenyum manis.

"Eh, kamu rupanya."

Aku senyum. "Assalamualaikum, makcik keya."

_________

Kami duduk bersebelahan di kerusi awam yang tersedia. Dari tadi aku hanya diam memandang tasik dihadapanku. Makcik keya juga turut diam.

"Dah lama makcik tak nampak kamu. Makcik ingat, kamu tak nak datang ke tasik ni lagi." Makcik keya membuka suara. Lega rasanya. Kalau tak, memang aku akan diam tak berkutik sampai tengahari nanti!

"Eh takdelah makcik. Keysha selalu je pergi sini. Tapi tak pernah nampak makcik."

Makcik keya ketawa. "Lah, ye ke? Mungkin makcik dah tua sangat sampai tak nampak pun kamu datang."

Aku turut ketawa kecil. "Mana ade makcik. Makcik tak nampak tua pun.  Macam masih 30 an lagi."

Memang tidak dinafikan. Wajah makcik keya masih berseri muda. Cantik. Sekarang aku tahu, kenapa aku cantik.

Erk, hihihi. Betul kan?

"Ada-ada je lah kamu ni."

Kemudian suasana kembali sunyi. Aku dan makcik keya kembali tidak bersuara. Entah kenapa, rasa janggal diantara kami secara tiba terasa kuat.

Aku juga perasan dengan makcik keya, selalunya dia akan sentiasa menanyakan soalan kepadaku. Tapi, harini dia senyap.

"Ehemm..! Makcik keya, boleh keysha tanya sesuatu?" Aku pula yang buka suara.

Makcik keya menoleh kearahku. "Ada ape?"

Aku telan air liur terlebih dahulu. Gementar sungguh! "Erk, makcik pernah cakap, yang makcik ada anak perempuan kan?"

Aku nampak tubuh makcik keya mengeras. "Kenapa kamu tanya?"

Aku diam seketika. Jantung berdegup laju. Nervous tahap maksimum!

"Nama anak makcik, keysha... Kan?" Soalku. Huaaa! Rasa nak tercopot jantung!!

Kali ini, reaksi makcik keya jelas terkejut. Aku nampak dia juga seakan-akan turut gementar seperti ku.

"Y-ye.." balasnya.

"Ibu... Ibu kenal keysha kan?" Ucapku perlahan.

Dug!

Mata makcik keya membuntang. Dia memandang kearah ku seperti tidak percaya dengan kata-kata ku tadi.

"A-apa maksud kamu? Anak makcik da takde. Makcik takde anak." Nafinya. Dia terus berdiri lalu mengambil barang-barangannya.

Melihat itu, aku pun turut mengikuti makcik keya. Aku tahu, dia berbohong. Dia berbohong akan tidak mengenali ku. Reaksinya tadi adalah jawapan.

Aku pegang tangannya. "Ibu.. keysha tahu ibu kenal keysha! Tolonglah jangan tipu ibu." Rayuku.

Makcik keya kaku berdiri. Dia kemudian menggeleng-geleng kan kepalanya berkali-kali.

"Macam mana.. macam mana keysha.. tahu?"  Dipandangnya mataku dalam-dalam.

Kaki aku terasa ingin jatuh. Tiba-tiba seakan tulang kaki terasa lumpuh. Jika itu yang dijawabnya, bermakna benar lah yang dia adalah ibu kandungku.

"M-maksud ibu.. betul lah? Ibu...  Ibu kandung keysha kan?" Penglihatan mula kabur dengan air mata.

Dia tersenyum. Makcik keya mendekati ku sambil mengengam tanganku erat. Kepalaku diusap perlahan. Entah kenapa, aku merasa nyaman. Aku dapat rasa kebezaan diantara usapan ummi dan ibuku.

Aku suka usapan ibu.

"Keysha, kita bincangkan hal ni dekat tempat lain ye. Kalau keysha nak tahu semua, bukan dekat sini."

_______

Aku dan ibu.. haih. Kenapa rasa akward sangat nak sebut 'ibu'?.

Kami berada dirumahku. Lagipula, apa salahnya membawa ibuku sendiri datang kerumah.

Air teh yang dibawa bersama dulang diletakkan di atas meja. Aku menuangkan air teh itu kedalam cawan.

"Ibu, minumlah dulu." Aku menghulurkan cawan kepadanya.

"Terima kasih." Ibu menyambut. Lalu diteguk sedikit air teh.

Aku diam. Tidak tahu ingin membicarakan apa. Keheningan terasa kembali.

"Keysha, ibu nak minta maaf. Ibu, haih. Ibu takde pilihan lain. Ibu cuma nak keysha membesar macam orang lain. Ibu minta maaf, kalau keysha rasa ibu ni pentingkan diri sendiri." Ujar ibu. Aku nampak keikhlasannya dari bicara.

Aku mengeluh kecil. Aku faham akan keadaan ibu. Aku duduk disebelah ibu. Tangan ibu yang lembut itu aku pegang.

"Ibu, keysha faham apa yang ibu lalui. Keysha tahu semua perkara yang terjadi. Sebab apa ibu bagi keysha dekat ummi. Jadi, jangan salahkan diri ibu. Ini bukan salah sesiapa pun. Ibu dah buat yang terbaik.ibu sanggup bagi kesyha dekat orang lain semata-mata nak keysha membesar dengan gembiranya. Ibu lahirkan keysha pun, keysha dah beruntung sangat-sangat."

Air mata ibu jatuh di pipi. Perlahan-lahan aku mengusap air mata ibu. Tak sangka, akhirnya aku dapat hidup dengan tenang kembali. Terima kasih kepada suamiku, rayden. Tanpa dia, aku tak rasa aku akan dapat bertahan sehingga kini. Segala rahsia akhirnya terbongkar jua.

Cuma, ummi dan abi masih tidak mengetahuinya.

"Ya Allah, rindunya ibu dengan anak ibu ni! Keysha dah besar. Ruginya ibu tak dapat tengok anak ibu ni membesar." Ibu mengelus-elus pipiku.

"Keysha dah tahu, kenapa kesyha cantik. Rupanya sebab ibu." Gurauku. Kami ketawa.

"Keysha rinduuuuu ibu." Aku kemudian peluk tubuh ibuku. Rasa seperti tidak ingin aku lepaskan. Sudah berapa tahun aku tidak dapat kehagatan pelukan ibu.

Alhamdullilah, aku lega sangat!

Tiba-tiba, pintu rumah dibuka. Spontan aku dan ummi memandang kearah pintu.

"BONDAAAAA!! Kayla dah balikk school! Eh, siapa tu bonda?"

Aku pandang jam, oh patutlah kayla dah balik. Sudah pukul 12 tengahari. Aku juga turut lihat suamiku rayden, sedang berada di tepi kayla sambil memegang beg sekolah barbie kayla. Kami semua berpandangan sesama sendiri.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now