#45

173 6 0
                                    

KAMI sekeluarga segak memakai baju melayu dan baju kurung warna sedondon ke majlis perkahwinan dan akad nikah ariana dan kekasihnya pada pagi ini di dewan hotel.

Hebat ye kahwin dekat hotel, aku time kahwin dekat rumah kampung aje. Padahal suami ceo kot! Tapi, aku yang minta nak kahwin dekat kampung. Erk..

Suasana masih lengang. Ramai tetamu yang masih belum hadir ke majlis ini. Pengantin pun masih bersiap. Kami duduk di kerusi yang disediakan.

Bau makanan-makanan yang banyak dihidangkan menusuk hidungku.  Perut mula lah rasa lapar. Ada pelbagai makanan yang sedap dan mewah-mewah.

Lamp chop pun ada!

Rayden ajak aku untuk pergi mengambil makanan bersama. Kayla pula tak habis-habis tengok cerita barbie dia.

Satu persatu makanan aku letakkan ke dalam pinggan. Setelah itu, kembali duduk di tempat kami tadi.

"Abang, mesti kaya kan bakal suami ariana." Ucapku.

"Bakal suami dia, kerja sebagai doktor. Memang kaya lah. Ariana pun dia anak dato datin." Jawab rayden.

Lah, dia anak dato datin ke. Tak pernah pulak aku tahu. Patutlah pakaian nya selalu berjenama.

"Aik, pastu macammana abang boleh kenal ariana?" Soalku ingin tahu.

"Sebab keluarga abang dengan keluarga dia rapat. Lagi-lagi dato dengan daddy. Jadi, bila keluarga ariana datang Korea, diaorang akan menetap sekejap dekat mansion kami. Dari situ jugak lah abang kenal ariana." Terangnya. Woah, tak pelik lah kalau si ariana ni suka sangat dekat rayden. Puan Seyoung pun dia layan macam mak sendiri.

Aku angguk. Lalu kami mula menjamu selera. Suasana semakin ramai dan bising dengan suara budak bermain, suara anak kecil menangis, dan suara-suara orang bercakap.

Lagu cinta juga diperdengarkan. Lama jugak nak tunggu pengantin siap. Aku hanya asyik melihat sosial media di telefon. Sempat lah upload gambar dan story.

Maklumlah, setahun 6 kali je post story.

Akhirnya waktu yang ditunggu telah pun tiba. Pengantin bakal keluar sebentar sahaja lagi. Ramai orang sudah mula siap telefon ditangan untuk merekam dan mengambar pengantin.

Aku juga turut bersedia untuk merekam video. Haih, ariana a.k.a musuh aku dulu dah nak jadi isteri orang harini.

Dan keluar lah seorang pengantin lelaki terlebih dahulu disebalik tirai. Pasangan ariana itu segak memakai baju suit putih sambil berjalan menuju ke pelamin.

Selepas itu, pengantin perempuan pula keluar dibalik tirai itu. Baju gaun putih yang dihiasi bunga-bunga putih disekitar baju itu sungguh membuatkan ariana menonjol kecantikannya. Apa yang mengejutkan, dia pakai tudung harini. Lagi membuak-buak lah cantik dia tu.

Dia berjalan hingga ke pelamin. Selepas itu, tok kadi sudah pun tiba. Sekarang sesi akad nikah. Dan alhamdulillah, dengan satu lafaz, pasangan itu sah menjadi suami isteri.

Aku tumpang gembira melihat mereka.

_____

"Bonda! Tengok ni! Kayla dapat markah 100!!" Jerit anakku sesampainya di rumah. Aku yang sedang masak di dapur terus berlari ke ruang tamu.

Kayla memberikanku sekeping kertas markah ujiannya. Aku melihat dengan teliti setiap nilai markah yang diperolehi.

"Wah! Anak bonda dapat straight A! Bangga nya bonda!" Ucapku dengan perasaan yang sangat gembira. Aku terus mendukung anak perempuanku itu.

"Good job, kayla!" Aku cium puteri kecilku itu. Senangnya hati aku!

Rayden pun turut ikut berpelukan bersama kami. "Disebabkan puteri ayahanda dapat A, kita pergi bercuti esok!"

Terus menjerit seronok si kayla. Aku pun, turut berasa teruja. Dapat juga kami berfamily day setelah sekian lamanya. Kena ambil cuti banyak ni!

Keesokkan harinya, kami bertolak pergi ke Airport. Haa, bukan calang-calang rayden nak bawak kami pergi bercuti. Aku dah cakap yang bercuti je lah dekat Malaysia ni. Jawab rayden , dia kata tak feel la. Haih, macam-macam.

Selepas beberapa minit, kapal terbang yang dinaiki kami mula bergerak ke atas udara. Aku nampak keterujaan anakku ini. Kayla baru pertama kali naik kapal terbang. Reaksinya sama macam aku bila aku first time naik ni dulu.

Akhirnya kami sampai jua di Japan! Sesampai sahaja di airport negara jepun ini, kami menaiki teksi menuju ke hotel.

Semuanya sudah disiapkan dan ditempah oleh suamiku sendiri. Ye, dalam masa sehari tu dia settlekan semua benda.

Apa yang nak pelik, ni Rayden Lee kot!

Kami turun dari teksi apabila sudah sampai di hotel yang akan didiami. Rayden menyuruh kami untuk pergi ke bilik terlebih dahulu. Katanya, dia ada urusan.

Aku hanya membiarkannya. Aku dan kayla masuk ke dalam bilik VIP yang ditempah oleh rayden. Oh, patutlah semalam bila aku tanya dia, dia tak jawab. Ni kalau aku tahu, memang aku tak kasi.

Memang besar lah biliknya. Ada bathtub, balkoni menghadap bangunan-bangunan yang tinggi. Memang cantik bila malam. Lampu- lampu bangunan menghiasi bandar ini. Katil pun, besar. Boleh muat 6 orang. Dan ada 2 bilik kecil yang tersedia.

Dah macam apartment pun ada!

Aku letak semua barang. Terus menghempaskan dirinke atas katil yang besar lagi empuk itu. Penghawa dingin memang dah dibuka sebelum aku masuk lagi. Mungkin staf pekerja hotel ini yang on kan.

Kayla pula menonton televisyen. Aku cuma mahu berehat pada waktu ini. Pening sebab lama sangat dekat kapal terbang.

Kemudian aku dapat call dari seseorang. Malas-mala aku ambil beg tanganku lalu mencari telefon bimbitku.

Tengok nama di screen. 'My rich husband💸💚'

Aku terus menekan butang hijau itu lalu mendekatkan telefon di telinga.

In call

"Sayang, pergi ke tingkat 19 sekarang." Arah rayden. Lalu terus mematikan panggilan telefon tanpa membenarkan aku membalas.

Aku mengeluh. Aduh, dah lah penat dengan pening sangat ni! Suami suruh turun pulak.

"Kayla, tutup tv.  Jom kita turun. Ayahanda panggil." Ucapku. Kayla menutup siaran tv.

Aku malas-malas memakai tudung semula. Lalu kami pun keluar dari bilik menuju ke tingkat 19 seperti yang diarahkan oleh suamiku itu.

Apabenda lah, yang dia nak buat ni?

LAMARAN TUAN (Editing)Where stories live. Discover now