#22

36 6 0
                                    

MALAM menjelang. Aku sedang berehat di bilik. Rayden keluar pergi berjumpa dengan kawannya di korea ini. Telefon menjadi teman aku sekarang ini. Kdrama menjadi pilihan untuk menghiburkan diri.

Sedap berbaring di atas katil sambil melayan  drama, pintu bilik diketuk. Terus aku bangun dan menyarungkan tudung sebelum membuka pintu bilik.

Tombol pintu dipulas, figura seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan ku ini membuatkan aku terkaku.

Ariana?

Ariana juga turut terkejut melihat diriku. Mulutnya terbuka, matanya terbeliak besar.

"W-what? Apa yang you buat kat sini? Kenapa you ada dalam bilik rayden?" Kuat suara bertanya.

Aku tidak menjawab. Masih terkaku di situ. Macam mana sekarang ni? Apa alasan yang aku nak kasi? Rahsia akan terbongkar ke?

"I tanya you ni, kenapa ada kat bilik rayden? Macam mana boleh masuk mansion ni?"
Tanya ariana bertubi-tubi. Mimik wajahnya menunjukkan dia sedang marah dan tidak berpuas hati.

"Saya-" Belum sempat aku menjawab, puan seyoung datang ke arah kami. Matanya memandang tajam ke arahku. Seakan-akan aku diberikan isyarat supaya jangan memberitahu perkara yang sebenar.

Aku menunduk ke bawah. Puan seyoung memeluk ariana dan membawanya pergi. Walaupun, ariana dibawa pergi, aku semoat melihat dia menjeling kepadaku.

Aku menghela nafas lega. Dada dipengang. Detak jantung berdegup kencang. Hampir-hampir sahaja semua rahsia terbongkar. Nasib baik puan seyoung datang  terlebih dahulu. Kalau tidak, aku tak tahulah apa yang akan jadi dengan minah saleh tu bila dapat tahu yang aku isteri rayden.

Persoalanya, kenapa dia ada kat sini juga?  Puan seyoung ajak dia datang korea ke?

Aku kemudian masuk kembali ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat dan dikunci. Aku duduk di bucu katil. Cuba menenangkan diri. Niat ingin menyambung semula drama, tetapi dibatalkan. Aku memutuskan untuk tidur.

Sinaran matahari memenuhi seluruh ruangan bilik ini. Aku baru selesai mandi. Rayden masih tidak pulang. Subuh tadi, dia memberikan mesej kepadaku yang dia akan bermalam di rumah kawanya.

Baju dipakaikan, tudung disarungkan. Aku melihat dahulu pintu bilik sebelum memulaskan tombol. Perasaan gementar muncul di diri.

Mengingatkan rayden yang tiada di sisi, membuatkan aku takut. Nak-nak pula, ada ariana dan puan seyoung yang semestinya membencikan aku.

Langkah perlahan menuruni setiap anak tangga. Mata melilau mencari jika ada orang di bawah. Namun, mansion kelihatan sunyi sepi. Hanya ada beberapa pekerja yang kelihatan sedang membersihkan ruangan.

Aku senyum kepada pembantu yang ada. Kemudian, aku menuju ke dapur. Setelah memasuki pelbagai ruangan, akhirnya sampai jua di dapur.

Besar giler!

Di dapur, beberapa orang chef sedang menyiapkan sarapan. Makanan dihidangkan di atas meja. Mereka mempelawakan aku untuk menjamu selera.

Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka. Sudu dipengang, pancake yang di letakkan madu itu dipotong sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

Sedap! Aku melilau melihat persekitaran dapur ini. Perhiasan agak moden dan kemas. Seluruh peralatan masakan di susun rapi. Tiada langsung kotoran dilihat.

Selesai makan, aku berjalan hingga ke ruang tamu. Langkah terhenti apabila ariana dan puan seyoung sedang bergelak ketawa bersama di atas sofa.

Aku terasa dipalaukan. Melihat betapa mesranya mereka, membuatkan aku sedar akan diriku. Benar apa yang dikatakan puan seyoung, ariana lebih pantas menjadi isteri rayden.

Aku berjalan perlahan ingin naik ke atas. Kemudian, aku ditegur oleh ariana.

"You ni memang tak reti malu kan? Ada ke patut you paksa rayden bawakkan you pergi korea." Ucap ariana.

Aku memberhentikan langkahku. Mata memandang ke arah mereka berdua.

"Mana ada saya paksa rayden." Balasku perlahan.

Ariana ketawa. "You tak payah nak bajet baik la, I tahu, sebenarnya you rapat dengan rayden sebab nak harta je kan? You memang tak sedar diri."

Kata -katanya sungguh menyakitkan. Sejak bila aku rapat dengan rayden sebab nak harta?

"Mana ada. Saya tak pernah terniat pun nak buat macam tu."

Ariana bangun dari duduknya, mendekatiku.

"You ingat boleh tipu ke? Mama sendiri yang bagi tahu. You jangan nak putar belitkan cerita. You tu, tak layak jejak kaki kat sini. Apatah lagi tidur dalam bilik rayden." Ujarnya lancang.

Aku tidak membalas. Sebaiknya hanya diam. Aku sudah agak, mesti puan seyoung akan bercakap buruk pasal aku.

"You ingat rayden akan suka kat you? Mimpilah. Rayden tu, tak pernah pun nak dekat dengan you. Jadi jangan nak perasan hanya sebab rayden selalu ada dengan you. Macam la I tak tahu, you dengan rayden selalu berkepit time kerja." Daguku dipegang, hingga membuatkan aku terdonggak.

"Ya Allah, sumpah saya tak anggap rayden ada hati kat saya." Nafiku. Daguku dipengang kuat hingga aku merintih kesakitan.

"Lawak la you ni. You ingat I akan termakan dengan kata-kata palsu you? Hey, cermin diri tu kalau nak ngorat lelaki macam rayden. Perempuan murah macam you ni, jangan nak perasan sangat. Berlambak kat luar sana spesis macam you. Berangan je la, kalau nak kahwin dengan rayden. Rayden pun jijik la tengok perempuan macam you ni! Ewww!"

Daguku dilepas kasar. Aku memandang ke bawah. Air mata kembali berlinang. Hinaan yang di kata sangatlah melampau. Tapi, apakah daya. Aku hanya boleh berdiam diri. Terpaksa memakan segala hinaan dan cacian.

Aku lemah. Aku tak mampu untuk melawan. Hati terluka lagi dan lagi. Dengan rayden yang tidak ada disamping ku ketika aku dihina, lagi membuatkan aku sedih.

Kalau rayden ada, pasti dia akan membela diriku.

"Biar je la perempuan tu, ari. Dia kan memang tak sedar diri. Buang masa je , cakap dengan dia. Bukannya dia nak dengr pun." Puan seyoung menyelit.  Mestilah akan membela 'bakal menantunya' itu.

Lutut menjadi lemah. Tangan mengigil. Mulut cuba menahan dari suara esakan. Tiba-tiba, ke dengaran suara rayden datang menyapa.

Rayden berlari ke arah ku. Memengang dan memusingkan tubuhku menghadap dirinya. Mata yang dipenuhi air mata ditenung.

"Sayang kenapa? Apa yang berlaku? Kenapa sayang menangis?" Pelbagai soalan ditanya. Kemudian rayden memelukku. Aku melihat matanya penuh kerisauan ketika memandangku.

"What? Kenapa y-you panggil perempuan ni sayang? Kenapa you peluk dia?" Ariana bersuara. Terselit getaran.

"Because she's my wife." Tegas suara rayden menjawab.

Ariana menutup mulut tidak percaya akan kata rayden. Dia hampir terjatuh ketika mengetahui jika aku adalah isteri rayden. Puan seyoung juga terkejut dengan perakuan anaknya itu.

"A-a-pa semua ni? Dia ke i-isteri you?" Ariana masih dalam keadaan terkejut. Masih tidak dapat mempercayai kebenaran.

"Yes, she is. Perempuan yang I maksudkan masa event tu, adalah keysha Adelia. My wife." Jawab rayden dingin.

"No, no way! I tak percaya! You tipu I kan! Mustahil you kahwin dengan perempuan murah ni!" Jerit ariana.

Rayden mengempal tanganya. "Sapa you, nak cakap isteri I , perempuan murah? Watch your mouth." Penuh dengan amaran.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now