#17

55 6 0
                                    

   "KEYSHA? Sedap nama kamu. Pandai ibu kamu pilih keysha." Makcik itu memuji.

Pujian itu membuatkan aku tersipu malu.

"Makcik pula, siapa?" Soalku pula.

"Nama makcik, keya."

"Wah! Nama kite hampir sama la." Ujarku teruja.

Ini kalau orang lain tanya, mesti ingat kami ni sekerluarga.

"Nama anak makcik pun keysha. Makcik letakkan nama anak makcik sepena nama makcik, keya."

Aku mengerutkan kening. Aik kalau ada anak, kenapa tidur dekat tasik ni?

"Makcik ada anak? Habistu, kenapa makcik tak duduk dengan anak makcik?" Soalku ingin tahu.

Makcik keya memandang ke hadapan. Melihat air yang bergerak dibawa angin. Lama sedikit, baru dijawab.

"Makcik dulu, ada anak perempuan. Tapi suami makcik meninggal dunia masa anak makcik baru 5 bulan. Makcik tak kerja, jadi kene la cari kerja supaya dapat menyara anak makcik. Selepas 2 tahun, makcik dah tak larat nak bekerja. Makcik dapat anak masa umur 46. Dia la satu-satunya anak yang makcik ada. Bila dah tua, mesti la penat. Makcik pun ada penyakit yang lagi membuatkan makcik dah tak boleh bekerja. Duit tak cukup nak tanggung kami berdua, jadi makcik terpaksa bagi anak makcik kat orang." Ujar makcik itu sendu.

Aku yang mendengarnya, turut berduka cita. Berat ujian yang dihadapi oleh makcik keya. Air mata pun berlinang.

"Makcik dah tak jumpa ke anak makcik tu?"

Makcik keya mengeluh. "Entahlah, keysha. Makcik pernah cari dia, tapi tak jumpa."

Aku dapat mendengar suara makcik keya perit mencerita.

"Keluarga angkat anak makcik tak beritahu ke?"

"Makcik takde nombor diaorang. Dulu, makcik takde telefon."

Ya Allah kesiannya.

"Makcik, saya ada. Anggap je la saya ni anak makcik. Lagipun nama kami kan sama." Aku memegang tangan makcik keya lembut.

"Terima kasih keysha. Makcik sunyi sangat kat sini. Tapi bila ada kamu, makcik seronok. Maafkan makcik kalau ada susahkan keysha."

Aku pantas menggeleng. "Mana ada makcik! Keysha tak kisah pun. Keysha pun seronok berbual dengan makcik."

Aku membuka beg tanganku, lalu mengambil sesuatu.

"Nah makcik, telefon ni, saya dah tak guna. Makcik guna la ye. Ada nombor saya kat dalam tu. Kalau ada apa-apa, makcik call je saya. Saya akan datang dengan kelajuan seratu kali ganda."

Makcik keya ketawa. Aku memberikan telefon itu. Makcik keya mengambil telefon itu seraya mengucapkan terima kasih kepdaku.

"Oh ye makcik keya, keysha dah kene balik.  Nanti suami mengamuk pulak kalau tak balik awal."

"Ye la. Sekali sekala, datang la kat sini."

"No hal la makcik. Call je keysha ok." Aku menyalam tangan makcik keya dan melambai sebelum pergi.

What a good day!

______

Aku terjaga untuk pergi ke tandas. Tangan mengapai telefon yang terletak di sebelah katil diatas meja. Cahaya skrin membuatkan aku menjauhkan telefon dari muka. Jam di skrin menunjukkan 3:33 Am.

Mata masih berat. Tapi, disebabkan perut sudah pun berproses. Kene la jugak paksa kan diri untuk bangun pergi ke tandas.

Selesai membuang hajat yang terperangkap di dalam usus kecil, aku tiba-tiba berasa dahaga. Niat yang ingin naik ke katil, terus dibatalkan.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now