IFFAT FARHAT 6

89 6 0
                                    

"Keep up the good work, Inas. Banyak improvement kamu ni." puji Sir Ahmad ketika pulangkan buku latihan matematik tambahan.

Mata Inas membulat bila tengok latihan yang dia hantar minggu lepas, semuanya ditanda betul. Serius lah!

Inas duduk di tempat duduknya. Masih lagi di fasa mahu percaya ataupun tak.

"Wehhh, ajar lah aku. Jangan lah pandai sorang-sorang!" kata Fatin kawan yang duduk di sebelah meja Inas.

Inas hanya pandang Fatin. Macam manalah dia nak ajar kalau dia sendiri pun meniru orang.

Sudahnya Inas hanya diam dan tiba-tiba dia teringat kata-kata dari Iffat.

"Well, kau boleh anggap your future husband is a genius."

Inas senyum, ye ke Iffat tu genius? Ke angkat bakul sendiri je.

Tanpa Inas sedar dia pandang bangunan blok sebelah atau lebih tepat pandang kelas Iffat.

Zap! Mata dia dengan Iffat bertembung.

Iffat tengah pandang ke arahnya sambil angkat satu tangan ala-ala tanda 'Hi!'. 

Macam mana dia boleh terlupa yang Iffat duduk dekat tepi tingkap bertentangan dengan kelas dia ni!

Cepat-cepat Inas pandang ke depan semula dan buat-buat macam tak ada apa yang berlaku.

Dasar mamat gila! Kutuk Inas dalam hati.

Iffat tersengih sorang. Kalau berkaitan dengan Inas ni, Iffat mudah terhibur sikit.

"Kau dah kenapa tersengih sorang ni?" tegur Daim.

"Tak lah, Inas tu pandang aku tadi."

"Move on je lah. Orang tak nak, tak akan kita nak terhegeh."

Kalau tadi Iffat tersengih, sekarang Iffat tergelak.

"Macam mana aku nak move on kalau mula pun belum lagi." Iffat gelengkan kepala, mengarut je kawan dia ni.

"Aku tak nampak bayang-bayang yang korang berdua ni akan mula pun." balas Daim selamba.

Daim ni tak pernah langsung nak support hubungan dia dengan Inas.

Tapi ada dia kisah? Sikit pun tak lah.

"Kau ni, cuba lah support member sikit."

Daim yang tengah menulis di buku latihan terus dia letak pen dan pandang Iffat

"Iffat, kau ni ada otak tau. Asal kau tak guna je otak kau tu. Kalau berkaitan dengan Inas tu kau automatik jadi bodoh eh?" direct je Daim sound Iffat.

Iffat mengecilkan mata dan tatap Daim dengan pandangan tajam. 

"Tak baik tau kutuk member sendiri bodoh."

"Dah tu memang hakikatnya."

"Apa yang kau tak puas hati sangat ni, Daim?"

"Dia tak pernah hargai kau."

"Siapa kata?" Iffat tak puas hati.

"Tak payah siapa kata, orang sekeliling kau boleh nampak lah."

"Kau hanya nampak luaran, dalaman kau tak tahu."

"Mula dah tu nak mengarut."

"Aku cakap benda betul lah."

"Apa-apa je lah." Daim yang malas nak layan Iffat, baik dia sambung buat homework yang dia tak siap lagi daripada bercakap dengan orang yang tak pernah nak dengar kata ni. Buang masa je.

Iffat pandang luar tingkap, dia tak terasa pun dengan Daim. 

Mungkin orang lain akan nampak macam dia je yang terkejar-kejar kan Inas tu, tapi ada je benda yang orang lain tak nampak.. Dan... Cuma hanya dia je yang nampak.....

Perlu kejar ke?Where stories live. Discover now