Bab 34

90 10 0
                                    

Apa yang Iffah perasan kan nenek Farhan tu tak suka dekat dia, tapi nak buat macam mana kan kita mana boleh nak paksa orang suka kan kita. Minggu ni seminggu nenek Farhan duduk sekali dengan dia. Parent Farhan pergi umrah dan bibik yang sentiasa jaga nenek balik indon sebab anak tak sihat, jadi nenek pilih rumah Farhan ni untuk duduk sekali sehingga parent Farhan pulang dari Mekah. Iffah ada juga tertanya-tanya kenapa nenek tak pilih duduk rumah auntie su dan uncle su iaitu mak dan ayah Ayaz, ke nenek Farhan tu saja je nak sportcheck dia jaga cucu dia ni macam mana? Mula dah dia fikir benda yang bukan-bukan, Iffah gelengkan kepala dia untuk buang andaian dia tu jauh-jauh sikit!

Iffah balik je kerja tadi terus dia ke dapur dan siapkan bahan untuk masak, kalau dia duduk berdua je dengan Farhan tu dapur rumah dia ni tak berasap pun kalau hari kerja. Ada nenek duduk sekali ni kene lah masak tak akan lah nak bagi nenek makan makanan luar hari-hari kan, macam tak best lah. Tengah sibuk Iffah masak kari ikan, dia terdengar bunyi enjin kereta Farhan dari luar. Dah balik lah tu suami dia.

"Sorry saya lambat. Kita nak masak apa harini?" Farhan masuk je ke dalam rumah terus dia soal isteri dia yang tengah sibuk siang ikan dekat singki dapur.

"Tak apa lah, kita masak kari ikan nak?"

"Jom." Farhan melipat lengan kemeja putihnya naik ke lengan dan dia ambil apron yang tergantung dekat almari dapur.

Iffah yang nampak tu terus bulat mata dia.

"Kalau nak tolong tu pun pergi lah tukar baju tu dulu." agak-agak lah nak masak dengan pakai baju kerja!

"Tak nak!" Farhan abaikan kata isteri dia tu dan dia pergi sambung buat kerja Iffah. Farhan siap tolak Iffah ke tepi lagi supaya jangan kacau kerja dia.

Iffah menggelengkan kepala dia, susah tahu tak dapat suami yang degil macam ni! hahaha.

"Kotor baju kerja awak nanti."

"Saya pakai apron kan." Farhan yang tak nak kalah.

"Ikut awak lah." Iffah pergi duduk dekat meja makan. Dah Farhan dah ambil tugas dia kan, dia nak buat apa lagi. Duduk je lah.

"Farhan, awak dah solat asar?"

"Dah, dekat ofis saya tadi."

Iffah menganggukkan kepala dia. Iffah ternampak ada plastik warna oren dekat atas meja makan, dia ambil je plastik tu terus tersenyum lebar Iffah.

"Farhan! Awak beli ayam gunting ke?"gembira Iffah bila nampak ada ayam gunting. Ahhhh, makanan favourite dia.

"Haah. Saya beli untuk awak, awak makan lah." balas Farhan dengan tangan sibuk siang ikan kembung.

"Thanks!!!!" Iffah terus ambil lidi yang ada dalam bag plastik tu dan cucuk ayam gunting masuk ke mulut dia. Sedapnyaa!

Farhan yang nampak reaksi isteri dia tu terus tersenyum, senang je nak buat isteri dia tu senyum macam tu. Bagi je lah makanan, terus senyum lebar. Apa yang Farhan perasan Iffah ni suka makanan yang bersalut tepung. Sotong celup tepung, udang celup tepung dan apa-apa yang berkaitan dengan goreng celup tepung.

"Awak beli dekat mana ayam gunting ni?" tanya Iffah.

"Dekat universiti saya tu ada buat karnival so ada orang jual-jual dekat situ."

"Serius lah?" bulat mata Iffah pandang Farhan.

"Haah."

"Farhan, ada jual makanan apa lagi dekat situ?" Iffah ni semangat kalau ada karnival jual makanan ni hahaha.

"Awak nak apa?"

"Churros ada tak?"

"Rasa macam ada tadi." Farhan yang cuba ingatkan balik tempat yang dia pergi tadi.

Perlu kejar ke?Where stories live. Discover now