Bab 39

117 8 0
                                    

Sehari selepas kejadian Farhan tegur nenek dekat meja makan tu, nenek merajuk dengan Farhan dan nenek terus nak duduk dekat rumah auntie su pula. Iffah ingatkan suami dia ni nak pujuk lah nenek dia ke apa, tapi tidak ya! Farhan dengan rela hati pergi hantar nenek dia ke rumah auntie su tu. Geram pulak Iffah dengan Farhan ni! Geram sangat! Sangat sangat sangat geram!

Sekarang ni Farhan terlebih rajin tolong mama kemas kawasan taman rumah parent dia pulak, sebabnya majlis kahwin abang dia tu nak buat dekat rumah minggu depan. Puas dah Iffah tu nasihatkan abang dia supaya buat majlis menyambut menantu dekat dewan je lah, kalau buat dekat dewan ni senang dan tak ada lah penat sangat, kita ni hanya datang je ke dewan yang lain semua ada orang uruskan. Tapi tu lah Izat ni sama je degil dengan suami dia tu, kata nak ada kenangan buat dekat rumah ni, jimat sikit duit dan kalau buat dekat rumah baru rasa kenduri sikit. Habistu kalau buat dekat dewan tak rasa kenduri ke? Iffah gelengkan kepala dia tanda dia bengang sangat. Entah lah, sekarang ni dia rasa semua benda tak kene je dekat mata dia hahahahaha. Ke dia yang problem ni?

"Farhan, kamu rehat lah dulu dari tadi kamu dah tolong mama kan." yalah sampai je Farhan dekat rumah pagi tadi terus dia sapu longkang, sapu daun yang gugur dekat taman rumah tu. 

"Ehh tak apa mama, sikit je ni."

"Pergi lah teman Iffah duduk dekat gazebo tu, dari tadi muka isteri kamu tu terlebih masam tu dah kenapa? Kamu tengah bergaduh ke?"tanya mama. Bergaduh ke apa laki bini ni, baru kahwin dah bergaduh? Haihhh macam-macam lah.

"Mana ada gaduh lah mama, muka anak mama tu bukan ke sejak azali memang dah masam?"

"Ehh haah lah, lupa pula mama hahahahahaha." 

"Tak apa lah, Farhan pergi dekat Iffah sekejap ya." Farhan mengelap peluh di dahi dengan tangannya sambil dia pandang Iffah yang duduk tak jauh dari dia di gazebo tu.

"Pergi lah, mama nak rehat dengan ayah kamu dekat dalam. Dekat dalam tu ada aircond sejuk sikit." mama terus berlalu pergi tinggalkan Farhan dan Iffah dekat luar.

Farhan terus mendekati gazebo dan terus dia duduk di sebelah isteri dia.

"Pergi lah duduk dalam dengan mama tu." Iffah halau suami dia, sibuk je nak duduk dekat dengan orang kan. Pergi lah bermanja dengan mama tu. Ishhh, saja je nak kacau orang kan!

"Marah lagi ke?"

"Tak pun." mana ada marah, cuma tengah geram je.

"Ye ke?"

"Ya lah." 

Farhan pandang wajah isteri dia tu, nampak sangat muka macam tak puas hati. Ya lah tu tak marah, kalau nak tipu tu pun cover lah sikit tapi ni jelas sangat kot.

"Cuba awak cakap, apa yang awak marah sangat dengan saya ni?"

Iffah mengeluh, saja je kan nak suruh orang bebel. Padahal dah tahu salah sendiri tapi buat-buat tak tahu salah sendiri pulak.

"Malas nak cakap, awak tahu kan apa salah awak."

"Apa yang saya buat tu benda betul kan."

"Tak betul, Farhan! Patutnya awak pujuk nenek bukannya hantar nenek dekat rumah mak saudara awak tu."

"Nenek bahagia duduk dekat sana, jadi biar lah kalau itu yang boleh buat nenek bahagia."

Tergelak Iffah dengan jawapan suami dia tu.

"Farhan, kalau awak tak tahu meh sini saya nak terangkan dekat awak." nak sangat orang bebel kan, okay dia bebel sekarang.

"Apa? Cakap lah."

"Nenek awak tu tak suka dekat saya sebab dia sayang awak, seorang nenek mesti lah dia nak yang terbaik untuk cucu dia. Dia risau dekat cucu dia ni, yalah penat balik kerja lepastu kene pula buat kerja rumah kan. Nenek awak tu prihatin dekat awak tapi awak pulak kecikkan hati dia. Tak baik lah macam tu, Farhan."

Perlu kejar ke?Where stories live. Discover now