Bab 59

76 9 0
                                    

7 tahun kemudian....

"Bosan lah." kata Inas.

Iffat pandang Inas yang duduk bersebelahan dengan dia di atas tikar tepi pantai.

"Jom jalan nak?" ajak Iffat.

"Boleh ke?" Inas pandang papa dan Ibu dia dan juga uncle Farhan dan auntie Iffah yang tengah sibuk bakar ayam dan Ikan. Family dia dan Iffat ni memang selalu ada aktiviti sama-sama macam ni kalau cuti.

"Umi, Iffat nak jalan kejap boleh?" Iffat minta izin dari umi dia.

"Boleh, nanti bila ayam dah masak balik sini semula okay." Iffah nak ingatkan anak sulong dia.

"Farhat, pergi ikut abang sekali."arah Iffah bila nampak Farhat tu dari tadi tengok tablet dekat tangan. Entah apa yang dibuat pun tak tahu si Farhat tu.

Serentak mereka bertiga bangun dan tepuk-tepuk punggung untuk hilang kan pasir yang melekat di baju.

"Iffat, tolong tengok-tengokkan Inas tu ya." jerit Alin bila nampak anak dara dia pun ikut sekali.

"Apa ibu ni! Patutnya Inas yang tengokkan Iffat tu, Inas lagi tua lah dari Iffat dan Farhat ni." Inas yang tak puas hati dengan ingatan ibu dia pada Iffat. Patutnya dia yang jaga Iffat dan Farhat tapi dah kenapa ni terbalik pula. Mana boleh macam ni!

Memang dari dulu Inas ni tak habis-habis nak bagitahu yang dia tu tua dari Iffat. Padahal tua 5 bulan je tapi disebabkan terpisah tahun so nampak macam tua setahun.

Sekarang Iffat dan Inas berjalan berdua dan Farhat pula jalan sorang di belakang. Farhat ni memang lebih suka berseorangan dan buat hal sendiri ya.

"Kita nak buat apa eh?" tanya Inas.

Iffat angkat bahu tanda tak tahu.

"Kalau dekat tempat salji orang biasanya buat snowman, kalau dekat pasir ni orang buat apa eh?" tanya Inas lagi.

"Rumah kita kot." balas Iffat.

"Haaa?" Inas terkebil-kebil tak faham.

"sand castle."

"Sand castle tu apa?" Inas garu kepala, dia lemah lah bahasa english ni.

Iffat ketawa sambil gelengkan kepala.

"Sand tu pasir, castle tu istana. So, istana pasir." dengan sabar Iffat terangkan pada Inas.

"Macam mana nak buat istana pasir tu?" mata Inas bersinar bila dengar pasal istana pasir ni. 

"Jom lah kita buat." Iffat pergi ke tempat yang nampak teduh sikit dan terus duduk di situ.

Inas ikut Iffat dan terus dia duduk bersebelahan dengan Iffat.

Farhat pula terus jalan melepasi mereka berdua dengan kedua tangan di poket seluar.

"Farhat jom lah main sekali." ajak Inas bila dia nampak Farhat melepasi mereka berdua.

Farhat tidak menjawab dan terus dia berjalan ke batu yang sedikit tinggi yang berdekatan dengan mereka berdua.

"Dia mana suka main benda macam ni." Iffat yang tolong jawab kan bagi pihak adik dia.

"Ohhh, Iffat pula?" Inas pandang Iffat yang tengah sibuk menggali pasir.

Iffat berhenti sekejap dari mengali dan dia pandang Inas.

"Kalau dengan Inas, semua benda Iffat suka." 

Inas tersenyum, yeayy dari dulu dia suka sangat berkawan dengan Iffat ni sebab Iffat suka melayan dia. 

Perlu kejar ke?Where stories live. Discover now