Bab 50

119 9 0
                                    

Harini Iffah ikut Farhan ke universiti tempat suami dia ni bekerja. Dia malas nak ikut tapi tu lah kene paksa dengan encik suami, nak tak nak kene lah ikut. Nanti kalau tak ikut, tak pasal-pasal kene cop isteri degil dan tak dengar kata pula. Sejak Farhan jadi penasihat persatuan dekat universiti dia tu, hari cuti pun kene kacau ya. Tengok lah macam harini, hari ahad pun ada event. Tak boleh ke buat event hari kerja je, perlu ke nak kacau hari cuti orang. 

Iffah mendengus geram! Tak pasal-pasal dia punya cuti pun kene kacau sekali tau tak. 

Dari jauh Iffah nampak Farhan tengah rancak berbual dengan student dia tu, dekat banner di atas pentas tu ada tertulis 'run mathtogether'. So, event harini ada kaitan dengan sukan lah kot. Apa benda lah nama event tu pun mathtogether? hahahaha. Iffah tergelak sorang, memang tak lah dia nak ikut join berlari sekali dengan mereka semua tu. Biar lah Farhan tu buat kerja dia, dia malas nak kacau.

Iffah tiba-tiba rasa nak explore universiti tempat Farhan mengajar ni, so dia pun tinggalkan khemah yang terletak dekat padang tu. Dia malas lah duduk tak buat apa-apa kan, baik dia berjalan tengok pemandangan dekat dalam universiti ni. Acah-acah jadi student balik walaupun dia tengah mengandung sekarang ni. Tapi ada je kan student mengandung, boleh je nak kahwin masa belajar pun. Tak ada siapa yang menghalang pun, Iffah anggukkan kepala dia tanda setuju dengan kenyataan dia.

Iffah pun berjalan dekat depan library universiti, cantik sangat bangunan library tu. Dia nak masuk tapi tu lah kene scan kad matrik baru boleh masuk. Dia mana ada kad matrik so dia tak boleh nak masuk, hmmm tengok dari luar je lah. Dekat depan library tu ada air pancut, bestnyaaa dekat sini. Tempat dia belajar dulu kecik je sebab kampus cawangan je bukan main campus. So, library ke, bangunan ke apa semua kecik je. Tiba-tiba Iffah rasa nak rehat berdekatan dengan air pancut tu, mujur dekat situ ada kerusi batu so apa lagi dia terus lah duduk. Iffah pejamkan mata sambil dia hirup udara segar.

"Duduk sorang je?"

Iffah buka mata terus dia mengeluh, macam mana lah mamat ni boleh ada dekat sebelah dia pula.

"Tengah berdua ni, tak nampak ke?" Iffah jawab tanpa pandang pun laki dekat sebelah dia, marah lah dah cuti dia kene kacau kan.

"Mana lagi sorang?"

"Ni dalam perut ni." Iffah jeling Farhan, sibuk je kacau orang nak healing.

Tergelak Farhan hahahaha.

"Tu termasuk dalam kategori orang ke?"

"Tak akan lah termasuk dalam kategori alien pulak, baby ni gerak-gerak tau tak dalam perut saya. Awak apa je tahu?"

"Kenapa berjalan tak tunggu saya?" tadi Farhan pandang khemah bahagian belakang Iffah tak ada, terus dia tinggalkan event dekat padang tu. Lagipun urusan dia dah selesai, dia cuma perlu ada masa opening event tadi tu je. 

"Malas nak kacau kerja awak tu, lagipun saya nak explore universiti ni dan acah-acah nak jadi macam student balik hehe." Iffah tersenyum, dia muda lagi kan. Umur dia masih 20an lagi so nak menyamar jadi student balik ni mesti orang akan percaya punya.

"Betul ni, jom lah kita jadi student balik." ajak Farhan.

"Saya tak nak jadi student dengan awak." memang tak lah dia nak ikut Farhan tu.

"Laa kenapa pulak?"

"Saya trauma dengan awak." ingat Iffah tu lupa ke dengan apa yang Farhan buat dekat dia dulu, sampai mati pun dia tak akan lupa lah. Farhan memalukan dia dekat depan orang ramai dalam lecture hall. Iffah gelengkan kepala dia untuk lupakan memori pahit itu dalam ingatan dia. 

"Sorry, dulu saya jadi lecturer so kene lah acah macam garang. Sekarang kan kita nak acah jadi student balik jadi saya dah tak garang. Jom lah buat apa yang biasa student dating selalu buat."

Perlu kejar ke?Where stories live. Discover now