Bab 51

108 9 0
                                    

"Iffah, macam mana lah kau boleh benarkan suami kau tu jadi pengapit si Amin?" tanya Alin sambil dia pandang Farhan yang tengah sibuk kipaskan Amin dekat atas pelamin di depan dewan.

"Amin kan bestfriend Farhan, mestilah laki aku tu yang kene jadi pengapit untuk Amin tu." apa punya soalan lah si Alin tu tanya.

"Kalau aku memang tak lah nak bagi Imran tu jadi pengapit untuk sesiapa." Alin gelengkan kepala dia tanda yang dia memang tidak akan setuju. Tidak akan and never ever!

"Kenapa?" 

"Yalah! Kau tengok lah tu baju Farhan tu sedondon dengan baju pengapit isteri si Amin tu. Kau ni yang isteri dia pun tak pakai baju warna yang sedondon dengan laki kau tu." Alin pandang Iffah yang hanya pakai abaya warna hitam. Isteri sendiri tak sedondon, tiba-tiba dengan perempuan lain nak pakai baju warna sedondon pulak.

Iffah pandang dekat atas pelamin, memang betul pun Farhan tu pakai baju melayu warna navy blue sama dengan pengapit belah perempuan. Tapi kalau fikir logik akal memang lah pengapit kene pakai baju warna yang sama untuk cantikkan dalam gambar kan.

"Amin yang sponsor baju Farhan tu." lagipun cantik kot baju melayu yang Farhan pakai tu, boleh lah tahun depan pakai baju raya warna tema navy blue je. Farhan tak payah beli baju raya dah, biar Iffah dengan baby je yang kene beli nanti. Dekat situ dah boleh jimatkan banyak duit dah. Iffah anggukkan kepala dan tersenyum sendiri dengan idea bernas dia tu hahaha.

"Yang kau tersenyum sorang ni dah kenapa? Kau ni sepatutnya tengah marah dan panas sekarang ni tahu tak, bukannya tersenyum-senyum macam ni." Alin yang tak puas hati dengan reaksi kawan baik dia ni.

"Itu baju je lah Alin, biar lah." Iffah yang malas nak ambil kisah tentang isu kecik macam ni.

"Tu lah kau, suka sangat ambil mudah je dengan semua benda kan. Kau tak tahu ke yang ramai orang bertemu jodoh dengan pengapit dan pengapit ni. Dari pengapit ke pengantin. Ahhh, so sweet gitu." 

"Farhan tu dah bertemu jodoh dah dengan aku."

"Kau lupa ke apa yang lelaki ni boleh kahwin 4?" selamba je si Alin tu kata.

Iffah jeling Alin, memang Alin ni saja je nak buat dia overthinking ke apa ni?

Malas nak kisah dengan Alin tu, Iffah terpandang pula Imran yang tengah sibuk tenang kan Inas yang tengah menangis dekat luar dewan. Iffah gelengkan kepala dia, dan dia pandang Alin pula yang tengah rilek sangat makan cendol dekat sebelah dia ni. Begitu lah Alin yang suka sangat bergosip ni sampai kan laki dan anak sendiri boleh lupa.

"Daripada kau sibuk pasal Farhan tu, baik kau pergi tengok suami dan anak kau tu. Kesian aku tengok anak kau menangis dekat luar tu, dari tadi aku tengok Imran tenangkan si Inas tu. Tapi tu lah tak tenang-tenang pun anak kau tu." Iffah halakan kepala dia dekat luar dewan iaitu di mana Imran tengah dukung Inas sambil tepuk-tepuk lembut belakang badan anak perempuan dia.

"Ya ampun, aku lupa pasal anak dan suami aku." Alin tepuk dahi dia sendiri.

"Tu lah kau sibuk pasal hal orang sangat kan."

"Aku sibuk sebab aku sayang kau, lelaki zaman sekarang ni kene hati-hati sikit. Kau tu jangan nak tenang sangat, laki kau tu dah lah banyak duit. Perempuan memang suka tengok laki yang dah stabil ni so aku nasihatkan kau supaya berjaga-jaga sikit." Alin yang tak berputus asa untuk ingatkan bestie dia.

"Haa, ya ya." 

"Aku keluar dulu, Inas nak susu kot."

"Haa ya ya ya, pergi lah menyusu kan Inas tu." Iffah buat gaya tangan menghalau bestie dia tu.

"Nanti kau juga akan hadap benda yang sama macam aku ni hahaha. Get ready tahu, tidur malam pun tak cukup tau tak kalau jaga baby ni. Mata jadi panda." Alin bagi amaran dan ketawa terkekeh-kekeh sebelum dia tinggalkan Iffah dekat meja makan.

Perlu kejar ke?Where stories live. Discover now