Bab 32

107 8 0
                                    

Iffah tersenyum saat dia melihat Farhan keluar dari ruang solat bahagian lelaki. Padahal Farhan tu pakai kain pelikat dengan baju melayu je, tu pun boleh nampak handsome di mata dia. Haaa sudah! Dia tengah angau ke apa ni?

Farhan terus mendekati isterinya yang tengah menunggunya di depan masjid.

"Kenapa senyum sorang-sorang ni?" tanya Farhan.

"Awak handsome macam abah abah."puji Iffah. Apa ingat Farhan je yang boleh puji orang haa? Iffah pun boleh lah.

"Abah abah?"

"Macam bapak orang yang selalu pergi ke masjid." balas Iffah sambil ketawa.

"Taste awak abah abah ke apa ni?"berkerut dahi Farhan, tak akan lah dia nampak tua kot. Dia masih 20an kan!

"Ayah saya handsome."

 Farhan tersenyum, okay dia dah faham apa yang Iffah nak sampaikan. 

"Untunglah anak kita nanti kan."

"Kenapa?"

"Dah dia dapat abah yang handsome." tergelak Farhan.

Orang puji dia tiba-tiba otak travel sampai nak mention anak tu dah kenapa haa? Iffah jeling Farhan.

"Jom lah balik." Iffah jalan tinggalkan Farhan dekat belakang.

"Ehh, tunggu lah." Farhan berjalan beriringan dengan isteri dia. 

Best pulak kan jalan sama-sama dengan isteri time pagi macam ni.

"Farhan, sejuk je kan pagi-pagi macam ni." Iffah hirup udara segar, walaupun masih gelap tapi mata dia rasa sangat segar sekarang ni.

Farhan peluk bahu Iffah dari belakang. Buang tabiat ke apa tok laki aku ni?

"Awak buat apa ni?"

"Dah awak sejuk, so saya nak hilangkan sejuk awak lah ni." 

Iffah tampar tangan Farhan tu, agak-agak lah nak bersweet pun! Tengok lah tempat tu jugak! Nak kata bodoh rasa dah belajar tinggi dah kan.

"Uishhh, garang nya dia." Farhan ketawa ketika dia melepaskan pelukan dari bahu Iffah.

"Behave sikit perangai tu." arah Iffah.

"Baik madam!" 

"Farhan, awak selalu solat dekat masjid tak?" tanya Iffah.

"Solat jumaat."

"Ohhh." Iffah pun jarang juga solat dekat masjid ni, tapi bila ada teman ni rasa semangat pula nak ke masjid. Tapi Farhan nak ke? Hmmm. 

"Kenapa?"

"Haa?" Iffah pandang Farhan yang tengah berjalan di sebelah dia.

"Kenapa tanya?"

"Farhan, saya pun jarang juga pergi masjid ni. Biasanya, saya pergi masjid pun time solat terawih je la kot masa bulan ramadhan. Awak nak teman saya solat dekat masjid selalu tak lepas ni?"

"Kiranya saya ni lagi okay lah kan sebab setiap minggu pergi masjid daripada awak tu, setahun 30 hari je pergi ke masjid." tergelak Farhan.

Mula lah tu mamat ni nak berlagak kan! Iffah menggelengkan kepala dia, baru ingat nak ajak suami buat kebaikan tapi macam terbantut je niat dia tu.

"Hmmm, lupakan je lah."

"Gurau je lah sayang. So, kita nak solat 5 waktu dekat masjid ke apa ni?" 

"Awak nak ke?" Iffah ketawa dengan soalan Farhan tu. Mampu ke nak solat 5 waktu dekat masjid ni? 

Perlu kejar ke?Where stories live. Discover now