Bab 16

112 6 0
                                    

Iffah termenung sorang dalam bilik, apa yang patut dia buat ni ya? Farhan kenalan masa dia sekolah dulu tiba-tiba ajak dia kahwin. Just kenalan sahaja ya bukannya rapat pun, logik ke ajak kahwin tiba-tiba macam ni? Siap dah bawa parent dia datang rumah Iffah lagi. Apakah ini? Mengarut! Hmmm.

Ehh kejap! Misi mengorat Ayaz tu macam mana pulak? Hmmmm. Iffah ketuk kepala dia sendiri dengan telefon bimbit di tangan nak menunjukkan betapa serabutnya otak dia sekarang ni. Tengah Iffah serabut tu tiba-tiba telefon Iffah berbunyi. Iffah nampak je nama yang tertera di skrin telefon terus dia angkat. 

"Finally, kau dah unblock aku kan Iffah." suara siapa lagi, suara si Farhan tu lah.

Memang lah kene unblock si Farhan tu. Kalau tak nanti kerja gila apa lagi lah yang mamat tu nak buat. Aduhhhh, Farhan tu bukannya boleh percaya sangat. Orang tak betul! Gila!

"Farhan kau ni memang sejenis suka call orang ke?" apa yang Iffah perasan kan, Farhan tu sejenis yang suka call bukan whatsap atau mesej. Iffah pula sejenis yang suka whatsap berbanding dengan call ni. Dia tak tahu nak berborak dengan orang macam mana. Hmmmm.

"Tak lah, aku suka call kau je Iffah."

"Hmmmm." mula dah Farhan tu buat loyar buruk. Aduhhhhh, pening kepala Iffah ni nak layan perangai Farhan tu. Kalau kahwin dengan Farhan tu macam mana lah hidup dia nanti. Iffah menggelengkan kepala dia untuk buang imaginasi tu jauh-jauh. Buang jauh-jauh! 

"Iffah."

"Ya?"

"Kau fikirkan apa tu?"

Nak cerita ke tak ya dengan Farhan tu? Cerita je lah, lagipun Iffah rasa Farhan tu berhak untuk tahu.

"Farhan, aku nak cerita dekat kau something ni dan aku nak dengar pendapat dari kau boleh?"

"Boleh je, cerita lah aku dengar."

"Macam mana nak start ni?Hmmm." Kan iffah dah kata dia lagi prefer whatsap sebab kalau whatsap dia boleh fikir nak buat ayat macam mana. Kalau call macam ni lah, loading kene fikir nak buat ayat dalam kepala on the spot.

"Take your time Iffah."

Iffah tarik nafas dan hembus, okay dia dah ready untuk cerita semua nya dekat Farhan tu. Dia nak dengar pendapat dari Farhan, dah alang-alang orang tu dah call kan jadi dia cerita je lah.

"Farhan, aku ni single sejak lahir tahu. Aku sentiasa rasa diri aku ni tak menarik sebab tu sepanjang aku hidup selama 27 tahun ni tak ada sorang lelaki pun pernah datang approach aku ke apa. Masa aku sambung belajar dulu dekat universiti pun aku banyak sorang je. Boleh dikatakan yang hidup aku ni bosan Farhan."

Farhan diam dan dengar apa yang Iffah cuba nak luahkan.

"Sebelum kau tiba-tiba muncul ni kan, kalau kau nak tahu aku tengah approach sorang lelaki ni. Sebab aku ada minta nasihat dekat Izat, Izat kata tak salah kalau nak cuba nasib untuk buat first move walaupun aku ni perempuan. So, aku pun try lah cuba nasib nak mengorat laki tu hahahaha." tergelak Iffah bila dia ingat balik ayat yang dia whatsap dekat Ayaz. Macam kelakar je ayat yang dia buat tu.

"Kau minat ke laki tu?" soal Farhan.

"Nak kata minat tu tak ada lah minat sangat. Dia tu dari dulu aku just anggap crush je dan tak pernah lebih pun. Saja sekarang ni aku nak try nasib dan cuba keluar daripada comfort zone aku."

"So, macam mana misi mengorat kau tu?"

Iffah tergelak bila dapat soalan daripada Farhan tu.

"Entah lah, macam tak ada progress je Farhan. Aku tak tahu sama ada nak teruskan ataupun tak je sekarang ni."

Perlu kejar ke?Where stories live. Discover now