Bab 9

85 4 0
                                    

Iffah terbaring di atas katil, kepala dia sibuk memikirkan sama ada perlu ke dia teruskan dengan rancangan bodoh untuk mengorat Ayaz tu? Agak-agak Ayaz tu ingat tak dekat dia ni? Orang yang macam dia ni ada ke orang ingat. Hahahaha, macam mustahil je ada orang ingat dekat dia ni kan. Sangat mustahil!

Tings Tings.

Iffah tersentak bila telefon dia berbunyi. Ayaz whatsap dia? Kenapa? Terus Iffah buka whatsap daripada Ayaz tu.

AY: Poster(Promotion Klinik Pergigian Bahagia, Discount 20% untuk Putihkan Gigi)

Tersenyum Iffah bila nampak poster yang Ayaz send tu.

Iffah: Gigi saya kuning ke Dr?

AY: Tak adalah, saja nak promote untuk awak datang lagi ke klinik saya.

Iffah: Kenapa? Awak dah mula rindukan saya ke?

AY: Belum lagi.

Iffah: Ohh jujur nya Dr, kalau Dr tipu sikit boleh lah saya habiskan duit saya dekat Klinik Dr tu je.

AY: hahahaha, dah awak kan sejenis yang cakap direct so saya ikut cara awak lah ni.

Iffah: Ayaz.

AY: Yaa.

Iffah: Awak ingat tak pertemuan pertama kita?

AY: Ingat lah.

Iffah: Bila?

AY: Saya tertumpah bubur jagung dekat baju awak. Sorry Iffah....

Iffah: Ohh.

AY: Kenapa? Ke saya salah?

Iffah: Tak ada lah, awak betul lah tu. Itu first time kita berjumpa.

AY: Tapikan kenapa awak kata yang awak kenal saya ya masa tu?

Iffah: Sebab mama saya selalu cerita tentang anak kawan dia.

AY: Ehhh, serious lah. hahahaha, segan pulak saya.

Iffah: Good night Ayaz.

AY: Awal awak tidur?

Iffah: Penat sikit harini.

AY: Good Night Iffah. Sweet dream and have a good rest.

Iffah: Thanks Ayaz.

AY: Welcome Iffah.

Iffah melepaskan keluhan yang berat, kan dia dah kata orang macam dia ni mana ada orang ingat. Dia ni siapa je untuk orang ingat kan. 

Iffah ikut mama dia pergi reunion sekolah di hotel. Dia betul-betul dipinggirkan oleh mama dia. Yalah, bila dah jumpa kawan ni, anak sendiri pun boleh lupa. Baik dia duduk rumah tengok karton lagi best! Tak pasal-pasal sekarang ni dia jadi tunggul kayu je dekat situ!

"Mama, Iffah nak pergi tandas boleh?"

"Haaa, pergilah. Nanti balik semula ke sini ya."

"hmmm, ok."

Iffah pun pergi ke tandas seorang diri, dia masuk je ke tandas terus dia mengeluh. Hotel ni nampak je macam mewah tapi kenapa lah dia tak sediakan singki yang rendah untuk budak. Yes, budak umur 7 tahun pun dah pandai merungut tentang singki ya. Iffah jinjit kaki untuk basuhkan tangan dia di singki. Selesai sahaja dia basuh tangan dan sapu tangan dia dengan tisu, terus dia keluar dari tandas. Dalam masa yang sama ada seorang budak lelaki turut keluar dari tandas lelaki yang berhadapan dengan tandas perempuan tu.

Perlu kejar ke?Where stories live. Discover now