Bab 30

119 9 0
                                    

Baru Iffah tahu keluarga belah papa Farhan yang besar, keluar belah ibu Farhan hanya ada dua beradik sahaja. Ibu Farhan dan juga Auntie Aminah, no wonder lah Farhan dengan Ayaz tu rapat. Bila jumpa dengan Ayaz tadi Iffah buat-buat tak kenal je. Ahhhh, lantak lah! Lagipun confirm Ayaz tu mesti dah lupa kan dia kan. Memori masa kecik dulu pun Ayaz tu boleh lupa. Short term memory Ayaz tu, Iffah menganggukkan kepala dia tanda setuju dengan andaian yang dia buat sendiri tu.

"Farhan, tandas dekat dengan dapur belakang kan?" tanya Iffah. Lama pula tok laki dia ni berborak dengan cousin dia. Tiba-tiba rasa nak guna tandas pulak.

"Haah, awak nak saya teman ke?"

"Tak apa, saya boleh pergi sendiri. Sambung lah borak." Iffah bangun dan terus pergi ke belakang sebab dia betul-betul tak tahan nak guna tandas ni.

Farhan hanya pandang belakang badan Iffah yang berlalu pergi.

"Kenapa dia buat-buat tak kenal dekat aku ni?" soal Ayaz bila dia nampak Iffah yang dah berlalu pergi.

"Ke dia memang dah lupa dekat kau terus ni?" Farhan tersenyum pandang Ayaz.

"Kalau kau nak tahu dia puji aku handsome masa dia nak mengorat aku dulu." Ayaz yang terkenangkan memori lama. Ehh, tak ada lah lama sangat baru je 4 bulan lepas.

"Baru tadi dekat kereta dia puji aku handsome."

"Cepatnya taste dia berubah hahahahaha." tergelak Ayaz.

"Biar lah, dia malu lah tu dengan kau."

"So, aku pun kene buat-buat tak kenal dia jugak lah ni?" tanya Ayaz. 

"Anggap je lah hari ni hari pertama kau kenal dia."

Iffah keluar je dari tandas dia terdengar suara orang tengah ralit berborak. Riuh sangat suara orang berborak dekat dapur tu. Iffah mendekati dapur dan dia sandarkan badan di dinding tangan disilang ke dada.

"Nek, perasan tak hantaran pengantin lelaki dan perempuan dekat masjid tadi?" tanya Safiya.

"Nampak, terkejut nenek bila tengok tadi."

"Kan nek!" Safiya sokong dengan kenyataan nenek.

"Hantaran jenis apa tu? Kenapa nenek tak pernah tahu pun."

"Kalau lah nenek nak tahu orang biasa guna kaedah tu bukan nak sorokkan barang hantaran pun tapi nak jimat je nek." 

"Nenek tak faham."

"Orang biasanya letak dekat dalam kotak tu plastik gula dan garam je nek, saja nak buat berat. Lepas tu balut lah kemas-kemas dengan kain supaya nampak lah lawa sikit. Macam nak tipu orang lah nek, padahal dalam tu tak ada apa pun." terang Safiya. 

"Zaman nenek dulu tak pernah pula buat macam tu, dulu kalau boleh kami semua nak tunjuk hadiah apa kita beli untuk pasangan kita." cerita nenek.

"Kan! Baru nampak gempak sikit kan nek."

"Nenek dengar majlis resepsi nanti semua guna duit Farhan tu je. Pokai lah duit cucu aku tu nanti bila dapat isteri yang macam tu."

"Serius lah nek? Tak akan lah majlis resepsi semua tu Farhan yang tanggung kot?"

"Nenek dengar dari auntie Amira kamu macam tu lah."

Iffah yang dengar perbualan tu hanya mampu tersenyum je lah. Best pulak bila dengar orang mengumpat pasal kita ni kan. Tapi dia malas nak dengar sambungan lagi so dia decide nak pergi dekat Farhan je lah. Baru lima langkah dia berjalan, Farhan dah ada dekat depan dia.

"Kenapa lama sangat?" 

"Rindu ke?" usik Iffah.

"Rindu lah, tadi awak yang kata nak duduk sebelah saya je, tiba-tiba awak yang menghilang lama." 

Perlu kejar ke?Where stories live. Discover now