Bab 52

7.7K 452 7
                                    

Kaki papanya dibelit erat bersama perasaan gerun yang tak tertahan. Semakin nyaring tangis apabila lelaki separuh usia itu telah nekad hati untuk mencampaknya ke rumah orang sakit jiwa. Sungguh Melissa tak menyangka tindakan drastik yang dilakukan akan mengerkah dirinya kembali. Video yang dihantar kepada Attar telah sampai ke pengetahuan Tan Sri Mokhtar. Melissa fikir dia selamat kerana rakaman itu cuma dapat dilihat sekali. Langsung tak tergerak di akalnya akan ada yang merakam. Attar tidak berseorangan. Itu yang dia tahu. 

“Pa, Mel minta maaf pa. Sumpah Mel tak akan buat lagi macam tu. Mel dah tak ada siapa-siapa. Tolong jangan buang Mel Papa.” Rayu Melissa dengan tubuh yang menggeletar hebat. Tangan yang dikepal seperti buku lima dihentak keras ke kepala sehingga merah tangannya. Sakit yang kepala dan tangannya rasa tak akan mampu menyaingi perit di hati. Kau memang bodoh Melissa!

“You dah buat I hampir terkena serangan jantung tau tak? Tak cukup dekat mana lagi kasih sayang yang I dengan your mom dah bagi pada you selama ni? Semua kehendak you kita orang tunaikan. Nak apa semua dapat. Duit tak pernah tak cukup. Belajar punyalah tinggi but WHY MELISSA? How did you get this far

 Sisi kepala yang terasa sengal ditekan dengan jari. Nafas dihirup hingga ke dasar bagi mengisi ruang dada ketat dengan hampa. Bicaranya diteruskan lagi.

“Kenapa sampai sanggup mempersendakan nyawa untuk dapatkan cinta daripada jantan yang tak nak dekat you? You sedar tak yang you dah pijak-pijak maruah you sendiri? Bodoh sangat ni kenapa? Kalau budak-budak tu tak cekup you, you nak terjun betul la?” 

“Tak pa, Mel tak terjun. Mel ugut je. Mel pun tak nak mati macam tu. Mel minta maaf sangat-sangat pa. Sumpah Mel tak buat lagi benda bodoh macam tu.” Rayu Melissa lagi dengan saki-baki daya yang tinggal. 

“Boleh percaya ke? Tahu-tahu keluar berita dekat tv, anak perempuan Tan Sri Mokhtar, seorang usahawan yang berjaya ditemui mati bunuh diri di sebuah sekolah terbiar.” Tan Sri Mokhtar pasang senyuman sinis. Boleh gila dia kalau perkara itu benar-benar berlaku. Rosak reputasinya sebagai seorang ayah dan usahawan. Mana dia nak letak muka.

“NO! I WOULD NEVER DO THAT.” Keras Melissa menidak. Walaupun dia sedar dirinya jahil dalam bab agama, Melissa masih mengerti tempat kekalnya adalah neraka jika jalan itu yang dia pilih.

“You dah buat I kecewa Mel. Mama you pun rasa kecewa yang teramat. Dia sampai kurung diri dalam bilik. Tak sanggup nak tengok muka you. Enough means enough, Melissa. Drag her and lock her in her room sampai tiba hari orang hantar dia masuk ke hospital bahagia. Tan Sri Mokhtar mengeluarkan arahan kepada dua orang anak buahnya yang berada di situ. 

Terbeliak mata Melissa. Air muka berubah putih pudar. Kelam dunia terasa dengan ayat yang terpacul daripada mulut si bapa. 

“No papa! please, please, please…” Kepala digeleng tidak percaya walaupun semua sudah terlewat.

Akur akan arahan yang diterima, Lengan Melissa pantas dipaut mereka dengan ekspresi muka yang tak beriak. Mudah sekali gadis itu diheret mereka ke tempat yang telah ditetapkan meskipun Melissa meronta keras. 

“PA, DON'T DO THIS TO ME. PAPAAA!"

Kerana hati ini tak begitu mengenal erti kasih yang sebenar,
tak kikir aku mengemis kepada mereka yang tak sudi memberi,
minda diasak pertanyaan mengapa aku bukan pilihan dirimu,
tak mengerti yang ianya bukan soal aku tak pantas dimiliki,
tetapi soal obsesi tak bermoralku yang disalah tafsir sebagai cinta.

—Sabrina Marrose
⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Beberapa helai exam pad dan sebatang pen diletakkan Yara di hadapan suaminya. Leka lelaki itu memerhati dua ekor ikan emas di dalam mangkuk kaca di hadapan. Bibir diketap geram apabila Attar langsung tidak mahu panggung kepala saat dia mendekat. Merajuk tak habis lagi agaknya. Semua ni Kafeel punya fasal.

“Abang… sikit-sikit dah la merajuk. Please?” Wajah direndahkan sehingga anak matanya menyamai anak mata Attar. Mata dikerdip beberapa kali sebagai usaha untuk memujuk Encik Suami. 

Dalam hati, Attar menahan senyum daripada tergores di muka. Tersinggung kecil perasaanya bilamana Yara berani senyap-senyap campur tangan dalam halnya dengan Melissa di belakang pengetahuannya. Tak tahu erti bahaya ke isterinya yang seorang ini? Yara, Yara. Nasib sayang. 

“Sampai hati abang. Kita baru nak bermanja dengan dia. Tak tahu ke yang Yara rindu mati dengan abang?” Titisan-titisan jernih mula menakung di takungan mata. Yara putar semula badannya untuk berlalu pergi tetapi malangnya, si suami lebih laju menyeret tubuh genitnya sehingga terlabuh ke riba si jejaka. 

“Sikit-sikit nangis. Menang dia dengan menangis je. Tak bagi chance abang nak merajuk langsung.” 

“Suka hati la orang nak menangis ke tak. Mata Yara bukan-” 

Tak sempat mulut habis membangkang, percakapannya dimatikan Attar dengan mencantumkan ulas bibir mereka.
Terkelip-kelip mata Yara ketika itu dengan perlakuan suaminya. Kosong terus kepala.

"Mulut ni cepat betul nak melawan. Dah lupa ke siapa abang pada Yara?" Ibu jari Attar mengusap lembut bibir si isteri yang jelas terkedu.

"Yara minta maaf. Yara tau Yara salah. Yara cuma nak tolong abang. Lagipun, bukannya Yara campur tangan secara direct. Yara mintak tolong Kafeel. Dia yang buat kerja." Wajah disembam ke dada bidang Attar. Orang dah tolong bukannya nak cakap terima kasih. Dia boleh merajuk pula dengan kita.

"Siapa abang pada awak, sayang? Dear tak jawab lagi soalan abang."

"Suami."

"Pandai pun. Lepas ni jangan belakangkan abang macam tu lagi boleh? Kepala wanitanya digosok penuh cinta.

"Fine." Malas Yara nak berbalah.

"So, dear bawa kertas dengan pen ni semua nak buat apa, sayang?" Attar menarik sehelai kertas yang dibawa si isteri sebentar tadi.

"Oh, terlupa pulak. Yara sebenarnya nak ajak abang luahkan semua perasaan yang menggangu abang dekat atas kertas ni. Lepas tu, kertas-kertas ni semua kita bakar but Yara tak sure sama ada abang dah bersedia or you need more time for this. If possible, apa yang Yara nak buat dengan abang adalah Yara nak kita sama-sama lepaskan emosi-emosi negatif yang menggangu hidup kita selama ni bersama dengan kertas yang dibakar tu. Yara tau benda tu tak mudah and once in a while it might bother us again but the point here is, we're in this together. Yara ada abang dan abang ada Yara. Berjela Yara menerang.

"Sounds like a great idea to me." Tampuk kepala isterinya dicium mesra.

"Lepas ni bila kita pandang balik ke belakang, sakit yang kita pernah rasa dah tak sesakit apa yang kita rasa sekarang. Yara takut sangat abang. Takut kalau kita tak kuat untuk lepaskan trauma kita, anak-anak kita yang akan terkena tempiasnya kelak. Yara dah rasa benda tu and it pains me a lot."

"Kuatnya isteri abang. Let's do that then. Whatever makes sayang abang happy, I will be happy too and as long as Yara ada di sisi abang, abang tak gentar untuk hadap semua tu." Tubuh kerdil Yara didakap erat.

"Kita camping belakang rumah tau malam ni. Unggun api kita buat dalam tong drum besi yang ada. Letak dua kerusi pancing and then we can sit there and talk about a lot of things sampai pukul dua tiga pagi. Malam ni baru Yara wish birthday abang. Yara ada surprise tau. Mesti abang menangis punya." Sebelah keningnya menari-nari.

Attar ketawa halus. Hidung lancip Puan Isteri dicuit mesra. Geram pula dia apabila melihat mata Yara yang ketara menyinar waktu itu. Ingatkan dah lupa yang hari ini adalah hari kelahirannya. Teruja pula hati nak tahu kejutan apa yang wanita itu simpan untuknya sampai nak menangis bagai.

"Boleh sayang. Excitednya kita nak tunggu malam."

"Kita pun sama. Sekarang, abang tulis dulu tau. Tulis bagi habis sampai abang rasa puas hati. Yara pun nak pergi tulis. Malam nanti kita borak." Pipi suaminya dikucup sekilas sebelum Yara melarikan diri ke tingkat atas.

"I LOVE YOU, ABANG." Sempat lagi dia menjerit di tangga beserta dengan pakej flying kiss dan wink untuk si suami.

Attar geleng kepala dengan kerenah suri hatinya. Jika diikutkan perasaan, awal lagi dia kejar Yara dan gendong wanita itu ke bilik mereka.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now