Bab 34

6.9K 407 11
                                    

"Hara, sini." Elma melambai ke arah seorang wanita yang baru sahaja melangkah masuk.

"Sorry, saya lambat ke?" Soal Jawhara sedikit gelisah.

"Eh, tak. Kami pun baru je sampai. Kenalkan, isteri tuan besar awak yang selalu tuang kerja. Yara Ameena." Tangan yang dihulur oleh Jawhara disambut bersama senyuman.

"Saya, Jawhara Nour. Mesti Elma dah bagitau kan siapa saya?" Yara mengangguk.

"Dah, dalam kereta tadi."

"Memandangkan Kafeel dah gunakan Elma sebagai orang tengah, terpaksalah saya datang jugak. Kalau diikutkan, saya kena masuk pejabat hari ni. Tapi tak apa, Encik Attar masuk office. Lega sikit hati saya." Jawhara mengurut dada seakan-akan bebannya terangkat. Terlepas tawa Yara dan Elma. Nampak sangat wanita itu penat dengan perangai Kafeel dan mungkin juga Attar.

"Nanti kita borak lain. Kasi peluh dulu. Boleh pilih boxing gloves." Elma menaikkan sebelah kening lalu tersenyum sinis. Dia dapat merasakan betapa letihnya dua orang wanita itu nanti.

"Now, let's get into your boxing stance ladies. Boxing stance ada dua styles. Orthodox dan southpaw. Kalau Orthodox, tangan kiri dan kaki kiri ke depan. Southpaw, tangan kanan dan kaki kanan ke depan. Kita start dengan orthodox dulu lepas tu southpaw and after that, ikut la awak berdua selesa style yang mana." Terang Elma kepada dua wanita yang leka membetulkan sarung tangan tinju di hadapannya.


"Wahhh, nak pengsan boleh tak? Saya tak sangka Elma yang jadi coach kita." Ucap Jawhara.

Yara ikut sama terbaring di atas lantai. Cuma Elma yang masih mampu tersenyum. Penatnya tak boleh dibawa bincang lagi tetapi hatinya puas. Baju yang dipakai sudah lama lencun dengan peluh.

"Itu la pasal. Instructions Elma dah ada dalam kepala saya. Terngiang-ngiang perkataan jab, cross, uppercut, hook." Terhambur tawa Elma dengan penerangan senada Yara.

"Basic la tu. At least nanti kau orang berdua tahu cara nak defend diri. Kita ni perempuan. Nak harapkan pertolongan lelaki, tak ramai yang boleh dipercayai." Air mineral yang berada di tangan diteguk rakus. Jawhara tersenyum kelat apabila matanya bertentang dengan Elma. Ayat itu memang kena dengan situasinya sekarang. Tambah pula, wanita itu tahu apa yang dilaluinya.

"Tapi serious best. Patutlah Kafeel paksa saya datang. Eh, kalau masa pukul punch bag tadi sambil bayang muka orang yang kita tak suka, lagi puas hati saya rasa." Ucap Jawhara dengan harapan topik perbincangan dapat diubah.

"Saya pun rasa macam tu." Nak ketawa tapi tenaganya sudah menghampiri sifar. Elma sudah ikut baring di sebelahnya. Suasana dibiar hening seketika. Masing-masing sedang mengumpul semula tenaga yang hilang.

"Kalau Hara nak tanya satu soalan boleh?" Soal Jawhara membuatkan dua wanita itu memusingkan kepala ke arahnya. Yara mengangguk manakala Elma hanya memerhati. Menunggu dia meneruskan kata-katanya.

"Hara nak tanya apa?"

"Pada Yara dan Elma, lelaki yang baik tu macam mana ya?" Soalan yang diberikan mungkin nampak mudah pada mereka tetapi maksud di sebaliknya hanya dia yang tahu. Nak buka pekung sendiri, cukuplah Allah yang tahu. Yang terpaksa berhadapan dengan tanggapan orang nanti adalah dia."

"Lelaki yang baik adalah lelaki yang tak akan naik tangan dengan perempuan. Sayang atau tak belakang kira. Tak kisah la semarah mana pun dia. Yang angkat tangan tu semuanya hanya jantan pada telur. Tak boleh pakai." Jawab Elma penuh sinis. Langsung tak berlapik. Hampir tersedak air liur Yara kerana jawapan wanita itu. Lengan Elma ditamparnya. Hara cuma ketawa lemah. Nak dibangkang, dah memang betul pun.

"Betul la apa yang Elma cakap tu tapi biar Yara olah dengan cara yang lembut sikit. Hara nak tau, bila kita ambil air wudu' kan... air yang lembut tu kita hempas ke muka keras sikit je. Tu pun dah dikira memukul dan boleh jatuh hukum makhruh, apakan lagi kalau tampar muka seseorang. Haram hukumnya. Dalam islam, Perkara yang mengundang kemudaratan pada diri tak dibenarkan. Lelaki yang baik bagi saya," Terus wajah suaminya menjengah ke minda. Tersenyum malu wanita itu. Elma sudah buat muka seperti hendak muntah.

Jawhara diam. Hatinya seperti ditusuk sebilah pisau yang tak terlihat dengan mata kasar. Sikit pun dia tidak menyangka semudah itu jawapan Yara menggoyahkan hatinya untuk membuat keputusan yang bodoh sekali lagi.

"Seorang yang menjaga solatnya. Baik budi pekerti, lembut bicara, marah macam mana pun tak akan pernah naik tangan macam yang Elma cakap. Tak ada manusia yang normal suka dipukul. Yang pasti dia tak merokok. Yara benci bau asap rokok."

"Yang tu Elma setuju. Nak je cakap, hei bodoh. Nak mati, mati la sorang-sorang. Geram tau bila tengok seorang bapak yang mengasuh anak kecil sambil dia tengah merokok. Kau gila ke apa? Yang kau sedut dan hembus tu racun. Tak kira lagi yang merokok depan orang tua, dekat tempat awam. Langsung tak ada common sense." Bebelnya. Dia tahu bala yang dihisap itu tak akan pernah diharamkan. Almaklumlah, antara sumber ekonomi yang memuaskan. Hal hidup mati, halal haram, belakang kira.

"By the way, pasal angkat tangan dekat perempuan tadi... Kesian pulak dekat mereka yang tersalah pilih lelaki. Wanita yang terperangkap dalam keganasan rumah tangga. Suami sepatutnya jadi pelindung kepada seorang isteri. Alih-alih, isteri yang kena berlindung daripada suami sendiri. Lama-lama, bila dah terbiasa dipukul, benda yang salah pun akan dirasionalkan. Hari ni kena tendang, esok kena cekik, hati seterusnya kena tampar. Apabila kekerasan tu diulang-ulang, mesti perempuan tu akan fikir, tak apa la, hari ni kena tampar je. Kelmarin kena tendang. Sebab tu ke agaknya mereka susah nak tinggalkan hubungan tu. Sakit, tapi dah familiar sedangkan... tendang, salah. Tampar, tetap salah. Eh, sorry. Membebel pulak saya." Yara menepuk dahi.

Jawhara sudah berasa seperti tertelan seguni pasir. Tak semena-mena apa yang dituturkan Yara terkena tepat ke batang hidungnya. Dada dihempap sesak. Elma mengemam senyum. 'Nasib kau la Hara.'

"Eh, Elma ok ja dengar Yara membebel. Sambung la lagi. Macam kena pulak topik ni." Terasa dirinya amat jahat tetapi hakikatnya, dia cuma nak Jawhara sedar. Wanita itu berhak mendapatkan yang lebih baik.

"Elma perli saya ke?" Wajah Elma dijelingnya manja.

"Mana ada! Kita baik je." By the way, bulan depan birthday Attar."

"Hah! Biar betul?" Terkejut dia dengan kenyataan Elma. Teruknya dia Tarikh lahir suami sendiri pun boleh terlupa. Muka dijatuhkan ke dalam telapak tangan.

"Yup. 17 hari bulan 9. Don't tell me... Yara tak tau. Serius la Yara? Hara pun tau. Menangis Attar kalau dia ada sekarang." Semakin bersalah dia rasa saat itu. Hanya Attar yang bersungguh-sungguh cuba untuk mengenalinya. Apa yang dilakukan dia kepada lelaki itu masih dapat dikira dengan jari. Bibir diketap keras.

"Yara tau... cuma terlupa."

"Allahuakbar! Tak apa, Lagi pun ada sebulan lebih lagi masa untuk Yara prepare."

"Hopefully so..."

Iphone yang berada di sebelah dikerling lagi. Waktu bekerja hampir tamat. Punya dia menanti, tetapi langsung tidak ada walaupun satu mesej apatah lagi panggilan daripada si isteri hari ini. Hatinya sedikit sedih. Lupakah Yara kepadanya?

"Balik nanti jumpa la." Tegur Kafeel. Kepala digeleng. 'Haih, rindu isteri sampai macam tu sekali. Nak buat kerja pun tak tenang.' Parah betul sepupunya.

"Entah la. Kadang-kadang tertanya jugak, sejauh mana aku dah berjaya takluk hati bini aku."

"Kenapa? Kau rasa dia tak sayang kau ke?" Soal Kafeel terus terang. Malas dia hendak berdalih. Attar menggeleng laju. Bukan itu yang dimaksudkannya.

"Gila dia tak sayang aku. Mesti la sayang. Yara ok tapi kadang-kadang aku rasa macam... Tak apalah. Tak baik aku cakap belakang isteri aku. Nanti-nanti la aku tanya. Alahai, rindunya." Gambar perkahwinan mereka yang berada di dalam frame kecil itu ditenung sambil tersengih. Terubat sikit rindunya.

"Pirahhh! Siapkan kertas kerja kau tu sikit lagi lepas tu kau belah. Sakit mata aku tengok. Dah kahwin nak dekat sebulan pun angau dengan bini tak habis." Kafeel pamer riak geli. Boleh meroyan dia asyik menghadap muka gila bayang Attar.

"Kau kahwin nanti baru kau faham, Kaf."

"Kalau macam tu baik aku tak payah kahwin. Nanti orang ingat aku terlepas daripada hospital bahagia." Tembaknya lagi. Semoga dia dijauhkan daripada kaum wanita. Macam tak betul pula ayat tapi peduli apa. 'Haish, lantaklah!'

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now