Bab 37

6.7K 408 10
                                    

“MELISSA!” Terpusing semua kepala dengan tengkingan Attar. Pandangan pelajar yang lain tidak sedikit pun dipedulinya. Tangan Melissa diheret ke luar kelas. Hatinya berasa tidak enak saat menerima pesanan pelik daripada Isaac beberapa minit yang lalu. 

[Isaac] I am sorry Attar. Just know that I adore you a whole lot. Till time allow us to meet again. Take care. =)

“You ni dah kenapa Attar? Sakitlah.” Cengkaman kemas pada tangan Melissa dilepaskan. Anak mata gadis itu ditenung garang.

“Isaac mana Isaac? I cari dia tak jumpa.” Soal Attar kasar. Tak ada kuasa dia nak berlembut lagi dengan wanita itu.

“Mana I tau. Kenapa you tanya I?” Tergelak sinis si jejaka tatkala Melissa melarikan pandangan. Dinding ditumbuk sekuat hati sehingga berdarah gerigi jarinya, mengundang jeritan halus daripada bibir gadis itu.

“I TANYA ISAAC MANA MELISSA? TELL ME RIGHT F**KING NOW!”

“ISAAC DEKAT ROOFTOP! DIA TERDENGAR I CONFESS DEKAT YOU. I tak sedar bila dia ikut kita. Look, I’m sorry okay? I tak-” 

“Sh*t sh*t sh*t” Lekas dia berlari ke arah bumbung. 

“Please, please, please, don’t die Isaac.” 

“NO NO NO! ISAAC. I BEG YOU…” Mata mereka sempat bertembung beberapa saat sewaktu Isaac menyedari kehadirannya. Sempat lelaki itu tersenyum kelat ke arah Attar sebelum tubuhnya dijatuhkan ke bawah. 

“ALLAHHHHH!” Lutut Attar rebah ke lantai. Dia terlambat. Isaac. Bunuh. Diri. Depan. Matanya. 

“Abang, bangun abang. Badan abang panas ni. Abang demam.” Tubuh Attar dikocak isterinya. Kepala terasa pusing yang teramat. Bajunya juga sudah lencun dengan peluh. Mata yang berat itu cuba dibuka sehingga wajah risau Yara mengisi matanya. Attar tersenyum dalam kepayahan. Lega sedikit hatinya setelah nampak wanita itu.

“Abang, kita pergi hospital nak? Yara drive. Badan abang panas sangat ni. Yara risau.” Dahi suaminya disentuh dengan belakang tangan. 

“Tak payahlah sayang, bahaya awak nak drive malam-malam. Esok baik la ni.” Telapak tangan Yara diciumnya. Mengeluh wanita itu dengan jawapan si suami. Nasib dia terjaga apabila terdengar suaminya meracau dalam tidur. 

“Abang tunggu kejap. Yara nak pergi ambil cool fever dengan panadol. Harap-harap turun la panas.” Belum sempat dia turun daripada katil, pinggangnya diraih Attar. 

“Abang! Yara turun kejap ja.” Dahi ditekan keras dengan dua jari. Geram pula dengan perangai suaminya. Sakit-sakit pun nak buat perangai. Buat dia risau je la. Kalau demam tak kebah macam mana?

“Tapi abang nak peluk.”

“Kejap lagi boleh peluk.” Tangan berat jejaka itu dirungkai Yara penuh kudrat.

“No! sayang come back.” Rengek Attar saat isterinya berjaya berlalu pergi. Terus menitik air mata. Kacau betul emosi bila demam macam ni. Tak sangka mimpi ngeri itu datang kembali merosakkan tidurnya. Mata yang sememangnya berat kembali dipejam. 

Matanya terbuka semula apabila dahi terasa sejuk. Kepala dipaling sedikit ke sisi. Kelihatan isterinya sedang mengeluarkan dua biji panadol daripada paket ubat. Attar mengubah posisinya daripada baring ke duduk. Badan disandarkan ke kepala katil. Lemah yang teramat. Itu yang dia rasakan saat itu. 

“Buka mulut.” Arahan si isteri diikut tanpa banyak kata. Dua biji panadol dimasukkan Yara ke dalam mulut suaminya. Air yang dirapatkan ke bibir diteguk Attar rakus. Lega sikit tekaknya. 

“Sayang, pergi mana lagi?” 

“Nak basahkan towel untuk lap badan abang.” 

Dalam beberapa minit dia menghilang ke dalam bilik air, Yara kembali semula bersama sebesen air dan tuala kecil. Besen diletakkan di atas meja pada sisi katil. Muka pucat suaminya ditatap penuh kegusaran. 

“Abang, angkat tangan. Yara nak buka baju.” Sekali lagi, dia hanya patuh arahan wanita itu tanpa membantah. Kepala Attar direhatkan pada bahunya. Dengan berhati-hati, muka dan tubuh tegap suaminya dilap Yara dengan tuala yang telah dibasahkan. 

“Mesti lenguh kan bahu Yara. Tampung berat abang.” Pinggang isterinya dirangkul erat. Yara tersenyum kecil. Ada-ada saja suaminya.

“Sikit. Tapi Yara ok ja. tunggu badan kering sikit abang boleh baring balik.” Attar mengangguk. Leher si isteri dikucup berkali-kali sambil rambutnya dielus oleh wanita itu. Dia tahu Yara kegelian biarpun tindakannya tak ditegah.

“Kalau macam ni, hari-hari abang sanggup sakit. Boleh bermanja dengan Yara.”

“Mudah je abang cakap macam tu. Bersyukur la Allah bagi abang sihat. Tak semua dapat merasai nikmat kesihatan yang baik. Kalau Allah tarik nikmat tu nanti, baru tahu sanggup ke tak menahan sakit. Kesihatan yang baik tu satu anugerah yang tak ternilai tau.” Bebel Yara. Dia tahu bukan itu yang Attar maksudkan tetapi dia cuma nak ingatkan lelaki itu supaya tak main-main soal kesihatan.  

“Ye la. Abang minta maaf.” 

“Maaf diterima.” Dahi suaminya dicium lembut. 

“I love you, sayang. Hanya Yara yang ada dalam hati abang. Abang harap sangat Yara tak overthinking pasal tadi.” 

Dia tak mahu Yara salah faham. Nak buka cerita tentang apa yang berlaku, dia belum kuat. Kalaulah dia tak ikut Melissa naik ke bumbung. Pasti semua itu tak akan berlaku tetapi siapa dia nak menentang takdir Allah. Dia cuma seorang hamba yang diciptakan untuk bersujud kepada Sang Pencipta. Selagi hidup, dia akan terus diuji. 

“Is she your ex crush? Ex fiance? or perhaps your Ex wife?” Tebak Yara sekalipun tak masuk akal.”

“ Dia mula dah. Tadi je abang cakap jangan overthinking. None of those sayang. Hati abang cuma ada pada si rama-rama kecil ni. Abang minta maaf, sampai masa abang sendiri yang akan cerita dekat Yara ok?” Yara mengangguk. Malas nak mendesak lebih. Dah Attar belum bersedia nak bercerita, apa yang dia boleh buat. 

“Abang… jangan tinggalkan Yara tau?”

“Maut pun tak boleh pisahkan awak daripada hati abang.” Pujuk jejaka itu. 

“I don’t want just words, abang.”

“Sayang, kenapa tak buat kerja dekat bilik je?” Terhenti pergerakan jari Yara saat suara serak basah suaminya menerjah ruang pendengaran daripada arah belakang. Bahunya dijadikan alas dagu Attar sebelum tangan jejaka itu melingkar dekat dengan lehernya. Pipi si suami disentuh Yara. Ingin memeriksa suhu badan lelaki itu.

“Yara takut abang terjaga. Abang nak makan? Yara ada buatkan sup ayam.” Ruang kosong sofa di sebelahnya dipenuhi Attar. 

“Boleh jugak. Nak isteri abang suapkan.” Sengihnya. 

“Mengada betul la baby tua ni kita ni. Kejap ya awak. Kita nak pergi ambil makanan. Nanti kita suapkan awak.” Satu flying kiss dilayangkan Yara kepada suaminya. Membesar mata Attar sebelum dia berpura-pura menangkap ciuman di isteri. Telapak tangan dibawa ke dada. Sempat lagi dia mengenyit mata. Tergeleng kepala Yara. Langkah disusun ke dapur bersama ukiran senyum yang lebar. 

“MELISSA! KAU TENGOK APA YANG KAU DAH BUAT?” Langkah dikorak laju untuk mengejar gadis itu. Semakin takut Melissa saat melihat keberangan Attar buat pertama kalinya. Attar nak cederakan dia ke? 

“You kejar I kenapa? Bukan I yang bunuh Isaac!” Bertambah laju langkahnya.

“Yang you lari kenapa? Sini la perempuan!” Tidak tahu bagaimana mahu melepaskan diri daripada Attar, Melissa berlari masuk ke dalam salah satu dewan kuliah yang dipenuhi orang ramai. Pintu dewan ditolaknya keras sehingga terpaling kepala mereka yang berada di dalam. 

“HELP! HE'S TRYING TO KILL ME.” Jerit Melissa kepada satu dewan. Dia sudah tidak peduli betul atau tidak. Dengan sekelip mata sahaja ruang itu bertukar kucar-kacir. Pelajar perempuan yang lain ikut sama takut dengan kehadiran Attar. Pelajar lelaki pula mula mendekat mahu mengunci pergerakannya.

“KAU DAH GILA KE MEL? BILA MASA AKU NAK BUNUH KAU? EH BODOH LEPASLAH!”

“Abang.” Tersentak Attar dengan sentuhan si isteri pada bahunya. Nafas ditarik dalam. Wajah Yara dipandang dengan senyuman kelat. 

“What’s wrong? Abang buat Yara risau la.” 

“Tak ada apa-apa sayang. Dah cepat! suapkan abang. Abang lapar ni.” Tangan Yara yang sedang memegang mangkuk ditarik Attar lembut. Dengan hati yang penuh dengan tanda tanya, kehendak suaminya diturut tanpa banyak kata. Isi dalam bibir diketap keras.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now