Bab 38

7.1K 438 6
                                    

Wajah Attar yang sedang memandu direnung Yara dengan perasaan tidak puas hati. Demam baru je nak baik dah diajaknya keluar. Bila tanya pergi mana, jawapan suaminya cuma ‘ada la.’ Geram betul Yara. Pandangan dilontarkan ke luar tingkap apabila jejaka itu seakan-akan mengelak untuk bertentang mata dengannya. 

“Alahai, small butterfly ni. Nak ajak dating pun monyot je muka. Cuba senyum sikit. Hmm?” Attar mengemam senyum. Tangan isterinya dicapai lalu diletakkan atas ribanya. Diusapnya tangan kecil Yara. Mahu memujuk wanita itu. 

“Senyum la sikit untuk abang, wahai isteriku yang garang lagi comel ni.”

“Yara cuma risaukan abang.” Balasnya senada.

“Abang pun risaukan awak sayang.” Attar perasan isterinya asyik termenung di hadapan MacBook kelmarin. Tak ada sebab lain punya. Mesti overthinking pasal apa dia sorokkan daripada pengetahuan wanita itu walaupun tak terluah melalui tutur bicara. 

“Kenapa abang pulak yang nak risaukan Yara?” Bukan dia yang sakit. Haish, pelik-pelik betul suaminya. 

Enjin kereta dimatikan saat tibanya mereka ke destinasi yang dituju. Pelitup muka dipakai sebelum dia menanggalkan tali pinggang keledar. Keluarnya Attar daripada perut kereta, langkah diatur laju ke arah Yara. Dibukanya pintu kereta itu untuk isterinya keluar. 

“KLCC Park?” 

“Yup, petang-petang dating dekat sini macam best. Tempat pun cantik.” Tangan si isteri diraih ke dalam genggamannya. 

“Abang tau Yara mesti tertanya-tanya kenapa abang boleh kena panic attack lepas tengok gambar Emir dengan perempuan tu. lepas tu pasal abang meracau dalam tidur sampai demam semua. Itu yang mengganggu fikiran dear kan sebenarnya?” Yara tersenyum nipis. Tahu rupanya. 

“Tak apa. Yara tak paksa abang cerita pun. Kalau abang nak cerita, mungkin abang dah cerita but still, it hurts me knowing that you know about my pain while I do not know yours.” 

Firasat Yara mengatakan yang Attar juga ada traumanya sendiri. Serangan panik tak akan berlaku tanpa sebab. Ia  boleh terjadi disebabkan tindak balas semula jadi tubuh terhadap bahaya. Tapi kenapa? Apa yang telah wanita itu lakukan sehingga mampu menyentak emosi suaminya sampai ke tahap tu? Dan apa yang Attar sorokkan daripadanya? 

“Abang minta maaf, sayang.” Hanya itu yang dia mampu ucap. 

Punggung dilabuhkan di atas salah satu kerusi panjang yang tersedia. Lengan Yara ditarik lembut agar si isteri ikut duduk di sebelahnya. Permintaan maaf Attar tidak terus dibalas wanita itu. Bibir dibiar kunci sambil matanya meliar ke sekeliling kawasan. Memerhati gelagat manusia-manusia yang tidak dia kenali. Nafas dihela berat.

“Abang tahu kan? berapa lama masa yang Yara ambil untuk serahkan sepenuh diri Yara pada abang.” 

“Long enough to the point that abang rasa abang boleh gila but it was worth the wait.” Tersenyum sinis wanita itu. Pandangannya masih tak beralih kepada si suami yang tidak lepas memandangnya sedari tadi. Dada diserbu sesak. Sesak dengan pemikiran-pemikiran negatif.

“Dah tak sudi nak pandang abang ke, Yara Ameena?” Dagu lancip isterinya dipaut dengan dua jari sehingga pandangan mereka beradu beberapa saat sebelum Yara menjatuhkan anak matanya. Tak selesa nak bertentang mata lebih lama dengan lelaki itu.

“Yara takut, abang. Takut tanpa sedar, garis yang Yara dah padam akan terlukis semula.” 

“Yara tak perlu risau pasal tu. Abang akan cuba padam semula. Tak kisah berapa kali pun Yara lukis semula.” Dahi si isteri dikucup Attar penuh kasih. Dia tak salahkan Yara walaupun sedikit. Yang salah adalah dia. Dia yang membuatkan wanita itu mahu menarik langkah ke belakang. 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now