Bab 27

7.7K 457 2
                                    

Yara mengetap bibir bawah sebaik sahaja wajah-wajah yang tidak dikenali menyapa mata. Masih belum ramai tetapi tetap sahaja membuatkan si gadis tidak senang duduk. Tangan Attar yang menggenggam lembut tangan miliknya ditarik lembut. Terhenti langkah si suami. Badannya dipaling 90 darjah. Wajah Yara yang tampak gelisah mengundang tawa halus di bibir Attar. 

"Dear, abang ada ni kan dengan sayang. Kenapa gelisah sangat ni?" 

"Yara segan. Mesti nanti akan ada mak cik-mak cik yang soal Yara macam-macam." Bukan dia tidak tahu benda macam tu selalu sangat terjadi dalam drama. Tak kisah la drama melayu ke korea ke. 

"Dear jawab biasa-biasa je. Sekadar nak sedapkan hati dia orang. Tak perlu balas lebih-lebih." 

"Tapi abang-" 

"Attar, Yara, dah sampai rupanya. Kenapa yang tercegat depan pintu tak masuk dalam?" Belum sempat Yara menghabiskan kata-kata, kelihatan walid sedang mengatur langkah menghampiri mereka berdua. 

"Walid." Tubuh si ayah dipeluk erat. Tuan Abbas dengan mesra menepuk lembut belakang anak lelakinya. Matanya jatuh pula pada seraut wajah Yara yang tersenyum melihat jejak kasih yang dipertontonkan di hadapannya. 

"Yara." Tangan dihulur untuk menyalam tangan tua itu. Bahunya ditepuk lembut. 

"Walid." Tegur Yara. 

"Ummi ada dekat dalam. Attar, bawa isteri masuk. Kaf dengan Emir belum sampai lagi tapi Elma ada dekat dapur. Ha, tu. Panjang umur." 

Wajah dipalingkan ke arah yang ditunjuk oleh Walid. Kelihatan seorang wanita sedang menapak ke arah mereka bersama senyuman yang sukar ditafsir. Terkejut Yara apabila tubuhnya tiba-tiba sahaja didakap si suami. 

"Dear, abang nak pesan... Elma kan, dia bengkok sikit bila nampak perempuan cantik. Hati-hati tau, dear." Bisik jejaka itu ke telinga Yara. Geleng kepala Tuan Abbas dengan sikap Attar. 

"Abang mengarut apa ni?" 

"Oi, mengutuk aku la tu. Ingat aku tak dengar?" Sergah Elma yang kini berdiri tegak di hadapan mereka. 

Attar mencebik. Elma tidak boleh dibiarkan. Kalau tidak, Yara pasti akan menjadi mangsa penculikan wanita sengal itu. Sudahlah isterinya nampak terlebih comel hari ini dengan abayanya.

"Celah mana aku kutuk kau. Aku cakap depan-depan kot." Attar menepis. Memang dia sengaja nak bagi Elma dengar. 

“Dasar tak matang!”

Yara tersenyum kekok menyaksikan perbalahan di antara dua orang itu. Tangan Attar yang masih melingkar dekat dengan lehernya ditampar keras minta dilepaskan. 

"Masha Allah. Your wife sure has Arabian Goddess punya genetik. Dah la kecil, comel lagi. Sini, bagi aku peluk pulak." Ligat Elma mengusik. Suka betul dia apabila Attar berasa tergugat dengan kehadirannya.

"Kenapa dalam banyak-banyak hari, hari ni jugak kau nak datang." Ucap Attar dengan nada pasrah. 

"Eh, dah ummi jemput. Aku datang la. Hari akad nikah kau hari tu kan aku tak boleh nak pergi, ada kes dekat Kuantan. Balasnya bersama kening yang terangkat sebelah. Lagipun, ni kan majlis sambut menantu kesayangan ummi." Kerjanya bukan mudah. Apabila diperlukan, dia harus segera pergi. 

"Sibuk betul Cik Peguam kita. By the way, kenalkan. My wife, Yara Ameena and dear, this is Elma. Adik Emir." 

Huluran tangan Elma disambut. Ketinggian wanita itu hampir membuatkan anak mata Yara tersenggol keluar. Rendah beberapa centimeter sahaja daripada suaminya. 

"At last, jumpa jugak kita. Nice to meet you, Yara Ameena. Psst, kalau suatu hari nanti Attar ada buat perangai, jangan malu-malu untuk cari saya." Jatuh rahang Attar mendengar. Bukannya nak doa baik-baik tapi ke situ pula perginya. Yara sudah pecah tawa. Hilang segala kerisauan yang ada. 

"Jangan nak lebih-lebih. Aku report dekat abang kau nanti. Dah jom." Langkah yang terhenti di muka pintu, dibawa masuk ke dalam rumah. 

"Dia merajuk ke tu?" Bisik Elma memandangkan Attar sudah meninggalkan mereka di belakang. 

"Yang itu, kena tanya tuan badan." 

"Tuan badan dah tinggal kita. Tadi bukan main takut wife kena culik. Sekarang, macam tu ja ditinggalnya. Awak dengan saya je la, Yara." Elma mengenyit mata. 

"Kalau Elma ok, saya pun-" 

"Elma tak ok. Come, sayang. Pandangan tajam Attar menusuk tepat ke dasar hati. Sejak bila jejaka itu bersandar elok pada dinding sambil menantinya? Terasa liurnya sukar diteguk. 

"Ceh." Belum sempat dia memaut lengan Elma, cepat sahaja wanita itu berlalu ke dalam meninggalkan dia dengan Attar berdua.

"Dear, dah tak menyempat ke nak duakan abang, hmm?" Isi dalam pipi ditolaknya dengan lidah lagak seorang ketua mafia celup. Tubuh si isteri didekati dengan tangan yang disilang ke dada. 

"Yara gurau ja." Degupan jantung mula hilang tempo. Sisi Attar yang satu ini belum pernah lagi dilihatnya. 

"Boleh tahan nakal isteri abang ni." Wajahnya dibakar kehangatan. Nada suara Attar kedengaran rendah dan dalam. Lembut lutut Yara kalau macam ini cara.

"Abang, Yara tak ada niat pun nak buat benda pelik-pelik. Yara cuma... Yara cuma nak-" Diluar sedar, tangannya naik menyentuh pergelangan tangan si suami. Mahu memujuk.  

"Pfft, Attar gurau je sayang. Comel la isteri abang ni. Tau takut." Pipi Yara dihenyek dengan dua telapak tangan sehingga termuncung bibir wanita itu. 

"Abang ni dah kenapa?" Dada Attar dipukul keras. Bukan dua, bukan tiga, tapi lebih. Geram betul hati Yara. 

"Oww! sakit sayang. Abang cuma nak dear tau je." 

"Tau apa? Ingat elok ke usik orang macam tu." Suara naik seoktaf. Matanya garang menikam sepasang mata milik Attar.

"Tau yang... You might be the loveliest small butterfly but it doesn't mean abang tak ada butterflies nak bagi dekat Yara. I will make sure to give you butterflies over and over again. Jangan letih dulu, rama-rama kecil abang."

Genggaman tangan si isteri berupa penumbuk yang melekat cantik di dada dibawanya ke bibir. Gerigi jari Yara dikucup berkali-kali. Dia hanya mampu mengeluh dengan perangai sengal Attar yang tak bertempat. Skala meter darah hampir sahaja mencecah tahap bahaya dek kesabaran yang lebih nipis daripada kulit bawang. 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now