Bab 49

7.1K 403 30
                                    

"Gila ke apa kayuh basikal laju-laju macam tu dalam kampus. Are you alright?" Soal Attar dengan ekspresi muka yang jelas risau. Tubuh wanita itu dilepas segera saat dia sedar akan tindakannya. Bukan dia suka-suka nak peluk anak dara orang. Nyawa kot.

Melissa terkedu sedetik. Kalau tidak kerana Attar menariknya cepat, mungkin saja tubuhnya dah dilanggar. Ais krim yang baru dibeli dan masih belum sempat mengena lidah sudah jatuh dulu ke tanah dek tarikan keras Attar. Tapi itu tak penting. Yang penting, jantungnya yang tak henti berdetak kencang saat mata mereka bertemu. Bukan kerana basikal sebab Melissa sendiri tak perasaan dari mana datangnya basikal itu.

"I okay, I okay. Thank you. Kalau you tak tarik I, mesti I dah luka teruk kena langgar." Rambut yang jatuh ke muka diselit ke belakang cuping telinga. Wajah membahang. Masih terasa kehangatan tangan yang memeluk tubuhnya sebentar tadi. Haish, sudahlah kacak habis. Kalau kena peluk lama-lama pun dia sanggup.

"It's ok. Bukan salah you. Tapi you pun, alahai. Cuba la pandang kiri kanan jugak masa berjalan. Mata tu jangan asyik sangat dengan fon. Nyawa ada satu je. You bukannya kucing." Attar membebel. Geram pula hati bila diingatkan balik. Orang dah letak had kelajuan, bukannya nak diikut.

"Ya, I salah. Once again, thank you. I tak sangka pulak you orang Malaysia kalau you tak sumpah dalam Malay tadi."

"Eleh, cakap gila je pun. Apa yang sumpahnya? Eh, ais krim you dah jatuh sebab I. I ganti balik." Dompet dikeluarkan daripada poket seluar. Dibukanya dompet itu sebelum beberapa keping not GBP ditarik keluar. Wang dihulur kepada Melissa yang merenung tingkahnya dengan dahi yang berkerut.

"Ais krim je kot. I boleh beli sendiri. You selamatkan nyawa"Eleh, cakap gila je pun. Apa yang sumpahnya? Eh, ais krim you dah jatuh sebab I. I ganti balik." Dompet dikeluarkan daripada poket seluar. Dibukanya dompet itu sebelum beberapa keping not GBP ditarik keluar. Wang dihulur kepada Melissa yang merenung tingkahnya dengan dahi yang berkerut. I pun dah cukup baik." Wang yang disua Attar ditolaknya mentah-mentah.

"Sebab Ais krim 'je kot' itu yang I nak ganti balik. Ambil jelah. Rezeki jangan ditolak."

Melisa masih tetap dengan pendiriannya. Duit itu ditolak berkali-kali. Ingat dia miskin sangat ke? Ais krim pun tak boleh beli.

"Ambil la cepat, Ya Allah. I nak pergi kelas ni. Nanti lewat."

"Ye lah, Ye lah. I ambil."

Terpaksa juga huluran wang kertas itu diterimanya apabila si jejaka langsung tidak mahu mengalah. Nafas dihela panjang.

"Good. I gerak dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Langkah Attar yang berlari anak diperhati dengan hati yang berbunga. Perasaan apakah ini? Takkan dia dah jatuh hati dengan Attar hanya sebab lelaki itu menyelamatkan nyawanya. Hati sedikit kesal kerana dia terlupa nak bertanya nama dan kursus yang diambil oleh lelaki itu.

"God, I want him already."

Gambar Attar yang berada di tangan direnyuk sekuat hati setelah gambar itu direnung puas dengan hati yang bengkak. Lebih bengkak daripada matanya yang seharian menangis. Melissa fikir, dia sudah dapat melupakan perasaanya bilamana mereka dipertemukan semula. kenyataannya, dia salah. Attar malah nampak semakin kacak setelah beberapa tahun mereka tidak bersua muka.

"Mungkin I yang bodoh. It could've ended there for good but no. I yang macam orang gila bayang pergi cari nama dan kursus yang you ambil sampai berhari-hari. Tak cukup dengan itu, I sanggup upah orang untuk cari bila I hampir putus harapan and guess what? Mesti la jumpa. I bayar mahal kot but why? Kenapa kau tolak untuk berkawan dengan aku bila aku dah jumpa kau balik."

"I minta maaf, Melissa. Terus terang I cakap, I tak berkawan dengan perempuan melainkan kawan perempuan sekuliah dengan I. Lebih daripada tu memang tak ada. I tolong you hari tu pun sebab I ada dekat situ. I nampak. Tak mungkinlah I nak pura-pura buta. Kalau tak ada apa-apa, I minta diri dulu. Assalamualaikum." Attar tersenyum nipis sebelum dia berlalu pergi ke arah Isaac yang sedang menunggu beberapa tapak di hadapan.

"Let's go." Bahu Isaac ditepuk lembut.

"Isaac? Stop looking at a woman like that."

Geleng kepala Attar apabila rakannya memandang Melissa tidak lepas. Mata Isaac terus ditutup dengan tapak tangan. Lelaki itu ditariknya untuk bergerak pergi. Tidak selesa Attar nak lama-lama di situ. Wajah sayu Melissa dan renungan mata wanita itu buat dia rasa tak sedap hati.

"Gosh, she's freaking gorgeous. Did you just reject her? What a loss."

Air mata kembali menggugur deras apabila teringat semula saat dia ditolak mudah oleh Attar. Hati yang awalnya bahagia jadi lunyai digilis dengan kata-kata jejaka itu. Pada orang lain, itu mungkin penolakan biasa tetapi tidak pada Melissa. 2 minggu lebih dia menjejaki Attar walhal penamat yang dia dapat cuma hati yang dilumatkan.

"Kalau you terima I waktu tu, Isaac mungkin tak akan mati. Isaac tak akan jadi mangsa I. You yang bunuh Isaac, Attar bukan I. I tak tau pun yang Isaac kemurungan. I pilih Isaac sebab dia kawan baik you. I cuma nak buat you cemburu tapi you langsung tak cemburu. You lagi suka ada la sebab kawan you bahagia tapi I langsung tak bahagia. Kenapa you buat I macam ni Attar?"

Raungan Melissa semakin menjadi. Kalaulah Attar tahu dia yang sebenarnya menyuruh Isaac untuk ikut mereka ke bumbung secara diam waktu itu, pasti Attar akan lagi membencinya. Dia cuma nak Isaac sendiri dengar luahan hatinya kepada Attar tetapi rupa-rupanya, Isaac dah lama sedar yang perasaanya tidak ada pada jejaka itu. Lelaki itu tidak bodoh.

"It's a shame, Mel. I thought if I chose to ignore your feelings towards Attar and treat you well, you will come to love me but no. I was wrong. I am blind for you just the way you are blind for Attar. Both of us are blind when it comes to love. We are so desperate to be loved by the one we choose. Maybe because no one has ever willing to love us out there. Aren't we the same Melissa? Or is it just me." Wajah Melissa yang masih terduduk di lantai dipandang dengan senyuman kelat. Tangan dikepal menjadi buku lima. Menahan diri daripada menumpahkan walau setitis air mata di hadapan wanita itu.

"My bad that things didn't work out but now you know. My heart is reserved only for Attar. I'll go down first. You can follow later." Kain yang berdebu dikibas-kibas sebelum dia mengatur kaki ke pintu keluar. Tak sekali Melissa menoleh semula ke belakang dan tak sedikit dia peduli tentang perasaan Isaac yang terluka.

"This might be our final goodbye, Melissa. Take care." Mata dipejam rapat. Seluruh badan terasa lemah yang teramat. Mungkin dunia bukan tempat yang sesuai untuk dia. Lelahnya tak terkata.

Kerap kali kita ucap yang dunia itu kejam. Padahal, hakikat yang sebenarnya dunia tidak pernah kejam. Yang kejam adalah isi di dalamnya. Isi yang namanya manusia. Makhluk yang sangat hebat dalam mencarikkan antara satu sama lain dan sentiasa ada cara untuk meletakkan kesalahan yang dibuat ke atas bahu lain termasuk dunia yang tak bersalah.

"You nak I bunuh diri macam Isaac dulu ke baru you nak terima I?"

Melissa menghambur kuat tawanya. Otak sudah tidak lagi berfungsi dengan baik. Hanya wajah Attar sahaja yang dia nampak. Sebuta itukah cinta?

Tidak ada yang pernah mengajarnya erti kasih yang sebenar jadi Melissa tidak pernah faham. Sayang yang dia tahu berbentuk materialistik. Itu yang ibu bapanya ajar. Duit yang dia dapat tak pernah tak cukup malah lebih. Namun jiwanya sentiasa kosong? Seperti ada yang tak lengkap.

"Kalau I mati, ada ke yang akan bersedih?"
Air mata yang tak henti meluruh dikesat keras dengan tapak tangan. Sekali lagi tawanya meledak. Idea gila sudah berjaya menyelinap masuk ke dalam kepala. Kali ini, dia mesti akan dapat apa yang dia nak.

"Esok birthday you. Apa kata malam ni I bagi you kejutan. Mesti you suka."

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now