Bab 40

7K 411 4
                                    

“I see. Eh, kau jangan pergi tanya dia pasal aku pulak. Dia dengan aku bukannya kawan ke apa.” Tak akan sesekali dia biarkan wanita itu tahu tentang keberadaannya. Kang tak pasal-pasal, isterinya diganggu. Keputusan yang dia buat untuk bertanya perihal Melissa juga merupakan satu risiko ke atas dirinya. Dia tak bodoh. 

“No hallah.” Tipu rasanya kalau Emir cakap sikap pelik Attar tak mengganggunya. Tetapi sekiranya lelaki itu tak ada rasa nak bercerita, dia pun tak akan bertanya. Attar yang dia kenal, kalau nak berkongsi apa-apa cerita, tak perlu disuruh. Cepat sahaja mulutnya meluah. 

Ya, dia mungkin tak tau apa yang Melissa lalui. Dan Attar tahu dia juga tidak layak untuk menghukum. Cuma apa yang dia faham, Melissa tetap bersalah kerana telah menyakiti orang lain demi kepentingan dirinya sendiri. Kenapa wanita itu dapat melepaskan diri begitu sahaja sedangkan dia, tak pernah berhenti dihantui dengan apa yang telah berlaku ke atas Isaac. Hanya atas desakan cinta, manusia jadi bodoh untuk menilai mana yang betul, mana yang tidak.  

Wajah diraup kasar. Selesai berborak dengan Emir petang tadi, dia tidak terus pulang ke rumah. Masjid menjadi tujuannya bagi menunaikan kewajipan fardhu. Selepas solat Isya’ dia memilih untuk memandu tanpa tujuan sehingga lewat malam. Telefon pintar dimatikan lebih awal lagi. Dia perlukan ketenangan. Sesekali, matanya terpejam apabila wajah dihembus angin malam. 

‘Ya Allah, percaturan jenis apa yang telah engkau aturkan ke atas diri ini? Kenapa wanita itu mesti hadir semula ketika aku hampir pulih daripada insiden gelap itu? Apa sebenarnya yang engkau mahukan daripada aku Ya Allah?’ 

Empangan mata dibiar pecah. Hatinya sudah terlalu penat memikul beban yang tidak mampu untuk dikongsi dengan sesiapa. Rahsia itu amat berat untuk dia buka. Bukan tak pernah mencuba tetapi setiap kali dia mencuba, nafas seakan tersekat di kerongkong. Seolah-olah tidak mahu membuka ruang untuk dia bercerita. 

“Maafkan abang, sayang. Abang ingat, abang dah cukup kuat untuk hadap semua ni tapi hakikatnya, abang mungkin tak sekuat awak.” Fikirannya berpindah pula kepada si isteri. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Semakin berjurai air mata bila terbayangkan wajah cantik isterinya.

“Abang nak peluk awak, Yara. Nak pinjam bahu awak dan menangis sepuas-puasnya. Agaknya, awak akan faham tak perasaan abang, sayang?” Luahnya dengan nada suara yang lirih dan penuh dengan getaran halus. 

“Allah…”

Jam yang tergantung di dinding diperhati dengan kepala yang penuh tanda tanya. Dah berapa kali dia menelefon suaminya, semuanya masuk ke dalam peti simpanan suara. Jarum jam dah nak dekat pukul 2 pagi. Ke mana agaknya Attar menghilang. Kerana terlalu lelah menunggu kepulangan lelaki itu, tertutup juga matanya dengan hati yang dibalut gelisah. 

“Allahuakbar!” Tangan naik mengurut dada. 

Terkejut Attar ketika anak matanya jatuh ke arah sekujur tubuh isterinya yang sudah terlelap  di atas sofa ruang tamu mereka. Satu keluhan terlepas di bibir. Dengan langkah yang berhati-hati, dia mendekat lalu dicempungnya badan kerdil si isteri dengan cara bridal carry. Kaki digerakkan ke arah bilik tidur sebelum tubuh Yara diletakkan perlahan-lahan di atas katil. Tidak mahu wanita itu terjaga daripada tidurnya. Namun, tak berhasil. Mata lali itu sudah merenung tepat mukanya.

“Abang dah balik?” 

“Dah, sayang.” Pipi Yara dielusnya lembut. Pasti isterinya risau dengan kehilangannya beberapa jam yang lalu. 

“Yara risau.” Nak membebel, dia terlalu mengantuk. Geram juga hati bila difikirkan balik. Dasar suami. Dah lupa ada isteri dekat rumah agaknya. 

“Abang tau. Lain kali kalau abang balik lambat, tidur dulu ya sayang. Abang tak pergi mana pun, cuma drive ambil angin malam. Tu je.” Dahi Yara dikucup penuh kasih. 

“Yara tidur dulu. Abang nak mandi kejap nanti abang join Yara. Hmm?” Wajah letih suaminya ditatap beberapa detik sebelum dia mengangguk. Mata kembali dipejam. Dalam hati, dia juga bersyukur kerana Attar kini berada di sisinya semula.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now