Bab 28

7.6K 496 35
                                    

"Astaghfirullah hal adzim... mentang-mentang semua orang ada dekat dapur, boleh pulak awak berdua bermesra dekat sini. Ummi punya la tunggu Attar dengan Yara cari ummi." Bebel Puan Madeena sambil bercekak pinggang. 

Tak pasal-pasal dia pula yang kena keluar untuk menyeru anak bertuahnya. Attar sudah tersengih-sengih menahan malu. Padanlah muka. Suka sangat kan nak menyakat, kan dah kena. Nafas lega dihembus.

⠀⠀⠀⠀⠀

"Dear, marah abang lagi ke?" Yara pamer wajah tak beriak. Suka hatinya apabila si suami tidak senang duduk dengan layanannya. Dari tadi lagi jejaka itu merenungnya tidak lepas. 

"Tak. Yara tengah potong timun ni kan? Macam mana nak layan abang." Balasnya dengan nada rata.

"Abang minta maaf." Attar sudah berkira-kira untuk bangun daripada duduk tetapi Puan Madeena lebih pantas menghalang.

"Duduk, Attar. Dah elok dekat luar, nak jugak masuk ke dapur. Sini tempat orang perempuan. Walid, Kaf, dengan Emir kan dekat luar." 

"Attar rindu Yara. Ummi pujuk la Yara kejap. Ummi tak kesian ke dekat anak ummi ni?" Rengek jejaka itu. Langsung tidak ada rasa bersalah dengan bebelan si ibu. 

"Eh, bukan ummi yang usik Yara. Siapa yang suruh awak buat perangai tak semenggah macam tu." 

"Ish ummi ni. Ada ke patut cakap macam tu. Takkan nak usik isteri sendiri pun tak boleh?" 

"Tahu la isteri cantik tapi nak menyakat pun kena ada had. Betul tak Yara?" Elma tersenyum sinis. Jelingan Attar langsung tidak dibelinya. Jujur dia geli hati dengan drama murah yang dilakonkan oleh lelaki itu. ‘Gedik!’

"Sudahlah, Yara. Bawa suami awak ni pergi main jauh-jauh. Makin lama makin pening ummi dibuatnya. Awak berdua nak kena layan tetamu kejap lagi. Lagipun, semua dah siap. 

"Yes! sayang ummi. Dear, ummi dah bagi lampu hijau. Jom kita." Cepat sahaja tubuh si isteri dihampirinya. Elma dan Puan Madeena hanya mampu geleng kepala melihat. Ah, kisah apa. Yang penting, dia dapat pujuk Yara. 

"Kejap, sikit lagi je ni." Senyum ditahan agar tidak pecah. 

"Nak abang dukung ke?" Sepantas kilat pergerakan tangannya terhenti dengan ugutan itu. Nafas dihela penuh rasa pasrah. Wajah Attar ditatap geram. 

"Nak je Yara cubit-cubit isi perut abang." Attar menayang sengih tak bersalah. Hidung Yara dicuit mesra. 

"Cubit la kalau dear nak. Jom abang bawa Yara masuk bilik. Awak tak tengok lagi kan bilik abang?" 

"Hah sudah. Dia nak bawa Yara masuk bilik pulak ummi." Mengadu Elma. Tomato yang berada di tangan dilambung  beberapa kali. 

"Eh, suka hati la. Yara wife aku. Nak buat apa pun dah halal." Bidas Attar tidak berpuas hati. 

"Deena, kawan-kawan awak dah sampai." Kehadiran walid ke dapur menghentikan setiap perbalahan. Yara mengucap syukur dalam hati. Kalau tidak, makin panjang cerita. 

"Eh, kenapa cepat sangat? Baru pukul 12 tengah hari. Abang tolong panggil Kaf dengan Emir angkat makanan kejap. Jom, Yara. Ummi kenalkan dengan kawan-kawan ummi." Tangan Attar dikepit laju. Inilah kemuncak yang paling dia tak suka. 

"Abang ikut ke?" Terbang habis segala rajuknya. Tangan Attar tidak akan sesekali dilepaskan. 

"Ya, sayang. Abang ikut. Takkan la abang nak tinggal Yara." Bahu si isteri dipeluk mesra. 

"Abang jangan tinggal Yara sorang-sorang tau?" Tekannya lagi. 

"Tak, sayang abang yang cantik lagi comel. Jom, ummi tunggu."

⠀⠀

Kebas pipinya kerana terlalu banyak senyum. Badannya ikut sama lenguh. Sedikit pun dia tidak menyangka boleh tahan ramai kawan ummi dan walid yang hadir. 

"Lenguh ke? Nak abang urutkan pinggang?" 

"Tak naklah. Lagipun kita dekat luar. Tak manis orang pandang." Nak sahaja dia baring kalau boleh tapi itu la. 

"Kita masuk dalam kejap. Abang faham Yara penat. Tak perlu nak-" 

"Yara, Attar. Sini." Panggil ummi. Di sisinya ada dua orang wanita. Seorang, nampak sebaya dengan ummi. Seorang lagi, mungkin sebaya dengan dia ataupun Attar. Cantik orangnya. Badan pun ramping dan tinggi seperti seorang model. Lagi Tinggi dari Elma. Perasaan kurang enak yang hadir ditolak Yara jauh-jauh. Manakala Attar, cuma melihat wajah perempuan itu sekilas lalu sebelum pandangan dilarikan. Kurang selesa kerana auratnya yang terdedah. 

"Ini ke menantu kau Deena? Kecil je orangnya. Cantik tu cantik tapi rasanya anak aku lagi cukup pakej. Dah la pramugari. Tinggi, cantik. Ye tak ye, Attar?"

Berdesing telinga Yara dengan perlian daripada wanita separuh abad itu. Adakah apa yang difikirkannya awal tadi akan betul-betul berlaku? Detak jantung mula tak teratur. 

"Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kau ni pun Dayana, nak yang sempurna memang tak akan ada." Jawab ummi bagi meredakan keadaan. Attar di sebelah sudah mengetap rahang. Menahan diri daripada biadap.

"Belajar sampai mana? Kerja apa?" Soalnya lagi.  

" Saya... belajar sampai SPM ja. Diploma tak sempat habis atas faktor kesihatan. Saya sekarang menulis novel." Belakang badan Yara diusap lembut oleh Attar. Seperti dia mengerti apa yang sedang bermain di dalam hati dan fikiran isterinya saat itu. 

"Lah, ingatkan ada degree ke apa. Tulis novel je? Kalau setakat menulis semua orang boleh buat."

"Dayana." Panggil Puan Madeena. Suaranya sedikit keras menahan rasa.

"Sakit tu, sakit apa? Kalau sakit sikit-sikit takkan sampai nak berhenti. Kamu ada masalah men-" 

"Enough!" Attar menjerkah. Tak terlalu kuat sehingga menarik perhatian tetamu yang lain.

Ruang pendengaran Yara pantas sahaja dihadang dengan tapak tangan besar si suami. Terkaku Yara dengan tindakan tak disangka Attar. Jejaka itu sudah tidak mampu menahan marah. Hatinya tersiat dengan herdikan ke atas isterinya. 

"Kalau puan datang sini sekadar nak merendahkan isteri saya, saya mohon puan angkat kaki daripada majlis ni. Majlis ni adalah majlis untuk meraikan saya dan isteri. Jangan sampai rasa hormat saya pada puan sepenuhnya hilang. Puan hina isteri saya, tak ada beza macam puan hina saya. Ingin saya ingatkan yang hormat itu dua arah. Bukan cuma terarah pada satu pihak." 

Terdiam terus Puan Dayana apabila ditegur oleh Attar. Mukanya merah menahan malu atau mungkin juga menahan marah. Anak perempuannya ikut terkulat-kulat di sebelah. Tidak tahu mahu bereaksi seperti apa. Niat dia untuk mendekatkan Attar dengan anaknya langsung tidak berhasil. 

"Setinggi mana pun tahap pelajaran seseorang, tak ada guna kalau adab ditinggal jauh. Siapapun yang saya pilih, Puan tidak ada hak untuk menilai. Allow me to say this for once and for good. Yara Ameena will forever be the only wife I need. Tidak akan ada yang setanding dengannya pada mata saya. Assalamualaikum." 

Tangan si isteri diheret masuk ke dalam rumah. Sepatutnya, Yara berasa sedih dengan situasi itu tetapi tidak, perasaanya agak terbalik. Attar membuatkan dia rasa disayangi dan dihormati. Awalnya ya, dia agak terkejut daripada sedih. Tersentap juga.

"Abang, stop." 

"Ya, sayang. Abang minta maaf kalau dear tak selesa. Abang tak boleh nak kawal marah. I feel so-" Butir bicara suaminya dicantas dengan satu ciuman pada bibir. Terkedu lelaki itu. Terasa waktu seperti terhenti lebih daripada sesaat. 

"Yara sayang abang." Tubuh tegap Attar dipeluk kemas. Masih kelu dengan tindakan luar jangka si isteri. Amarah yang membelit hatinya lesap begitu sahaja. Pelukan Yara dibalas dengan penuh rasa kasih yang menggebu. Ubun-ubun wanita itu dikucup Attar. 

"Abang pun sayang Yara dunia akhirat."Amarahnya berjaya dilunturkan hanya dengan satu ciuman dan pelukan daripada si isteri. 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now