Bab 32

7.5K 465 18
                                    

Wajah Yara ditenungnya tajam. Orang cakap tak nak dengar. Sudah disuruhnya Yara berehat. Biar dia sahaja yang memasak tapi wanita itu degil. Kang tak pasal-pasal sakit kepala semakin teruk.

"Dear, abang boleh buat." Tubuh si isteri didakap daripada belakang. Sengaja dia berbuat seperti itu untuk menghentikan pergerakan Yara. Cara lembut tak jalan, kita guna cara keras sikit. 

"Abang! Yara tengah pegang pisau ni. Nanti-nanti la peluk." 

"Tak nak. Nak peluk jugak. Yara teruskan je la. Apa salahnya?"

Pisau dibaling ke dalam sinki. Lingkaran tangan Attar pada pinggangnya dilerai. Tubuh dipaling menghadap si suami dengan perasaan sebal. 

"Abang ni dah kenapa? Yara tengah masak kan? Susah sangat ke abang nak faham?" Nada suaranya naik seoktaf diluar sedar. Attar terdiam. Itu kali pertama rasanya dia melihat Yara betul-betul marah. Dada wanita itu naik turun naik turun. Wajahnya memerah. Mata ikut sama berair.  

Nafas lemah dihelanya. Bawah lengan Yara disauk lalu diduduknya si gadis atas kaunter dapur. Tangan memerangkap tubuh genit isterinya. Anak mata Yara ditatap tajam sehingga tertunduk wanita itu. Yara tahu dia bersalah. 

"Pandang mata abang, Yara Ameena." Cepat sahaja kepala dipanggung bersama air mata yang menghujat lebat.

"Yara ada buat salah dengan abang, yes or no?" Soal Attar lembut. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia terus dakap si isteri tetapi dia perlu tegas sekiranya mahu mendidik.

"Yes..." Jawabnya lemah. 

"Apa salah Yara? Cuba sebut dekat abang." 

"Yara... Yara dah tinggi suara dengan abang." Ucapnya dengan suara yang bergetar. 

"Itu je ke? Bukan ke ada lagi hmm." 

"Yara... Tak dengar cakap abang bila abang suruh Yara rehat." Hatinya dibalut perasaan hiba dengan ketegasan si suami. Dengan penuh waspada, leher Attar direngkuh. Semakin kuat tangisnya dihambur pada bahu jejaka itu. 

"Yara minta maaf. Abang jangan marah Yara boleh?" Isi dalam bibir diketap Attar. Menahan diri daripada membalas pelukan isterinya. Dia tak boleh kalah. Belum lagi biarpun tubuh menentang keras perbuatannya.

"Lepas ni nak buat lagi tak?" 

"Tak. Tak nak buat lagi." 

"Promise?" 

"Promise. Abang dah benci Yara ke? Kenapa tak peluk Yara?" Kali ini baru pelukan si isteri dibalasnya. Tangan mengusap lembut rangka kepala wanita itu. Dakapan diketatkan lagi sehingga denyutan jantung mereka bercantum. Sama laju, sama kuat. 

"Abang tak marah awak, sayang. Apatah lagi benci. Abang cuma nak Yara tau kesalahan Yara. Abang tegur sebab abang sayang. Itu je. Ada abang tinggi suara dengan dear ke? Tak kan."

"Tapi tadi abang panggil nama penuh Yara. Mesti abang dah tak sayang Yara." Attar tergelak kecil. Itu yang difikirkan oleh wanita kesayangannya. Kepala digeleng. 

"Dear, awak cuti ke?" Perlahan-lahan Yara mengangguk lemah. Terdiam sejenak jejaka itu sebelum wajah diraup kasar. Patutlah rasa macam ada yang tak kena. Sensitif betul hati isterinya dari pagi tadi. Mudah sahaja air mata wanita itu tumpah. 

"So, it's the time of the month huh? Abang minta maaf, sayang. Abang tak tau."

"Kalau abang tau pun, Yara tetap salah." Semakin kemas rangkulannya pada leher si suami. Attar mengemam senyum. Nak cakap lebih-lebih pun tak guna sekarang. Kang tak pasal-pasal menangis lagi. Tubuh Yara diangkat menuju ke bilik lalu diletaknya di atas katil empuk itu. Hampir sahaja Attar hilang pertimbangan apabila lehernya diraih semula oleh si isteri.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now