Bab 27

95 5 0
                                    

Lepas lelah menangis tanpa menghiraukan Laith,Laith bersuara.

"Saya rindu awak bintang... Boleh kita jumpa?" suara Laith kelihatan seprti sedang menahan tangis.

"Laith... Apa pun keadaan dan perasaan kita sekarang,kita tak akan berjumpa. Never!" bicaraku lembut.

Aku terus padamkan talian tanpa sempat Laith berbicara apa-apa.

Aku turun ke tingkat bawah dengan membawa kunci motor dan topi keledar. Keluar mahu mencari angin.

Aku sarung topi keledar di kepala walaupun muka masih basah dengan air mata. Mungkin suasana di luar akan meredakan kesedihanku ini

Aku keluar dari kawasan perumahan ini dengan laju. Cuaca tidak begitu panas kerana sudah petang.

Semasa lalu di taman permainan kanak-kanak,air mataku turun dengan laju.

Aku menangis teresak-esak di dalam topi keledar tanpa pengetahuan sesiapa.

***

AKU pergi ke kerja dengan mata yang sembap akibat menangis semalam. Aku harap orang tidak akan mengecamnya. Sudahlah hari ini hari pertama aku berkerja.

Kedai ais krim tidak terlalu ramai pekerja. Yang ada pun hanya lima orang termasuk aku. Iyalah,siapa aje yang nak makan ais krim setiap hari kan? Ramai-ramai nak buat apa? Buat penuh kedai aje.

"Weh Es,Aisya sini. Aku ada cerita hot!" panggil Fahmi. Aku rasa... Kedai ini masa tiada orang ia bukan lagi kedai ais krim. Tetapi ialah tempat berkongsi cerita.

"Hang tau dak kedai tom yam depan jalan tu," soal Fahmi sambil merenung kami.

Aku dan Aisya angguk.

"Ada sorang staff dia masuk dalam. Kes lari dari Thailand," cerita Fahmi dengan bersungguh-sungguh.

"Hoi! Cerita tak ajak," tegur Rayna. Rayna ialah yang paling tua dan yang paling lama kerja di sini.

"Alah... Kan Fahmi dah cerita kat akak pagi tadi." Fahmi buat muka.

"Mana Farid?" soal Aisya. Antara kami berlima di sini,Aisya dan Farid memang rapat anatar satu sama lain. Macam ada sesuatu.

"Kat belakang." Aisya berlalu ke bahagian belakang iaitu dapur. Kini hanya tinggal kami bertiga.

"Hang tau dak anak aku tadi buat hal. Boleh pula dia pergi patahkan cermin mata aku," cerita Akak Rayna. Akak Rayna sudah memounyai keluarga kecil yang terdiri daripada satu pasangan dan seorang kanak-kanak.

Aku dan Fahmi menggelng sendiri mendengar keluhan-keluhan Kak Rayna itu. Ya... Bukan senang untuk menjadi ibu rumah tangga yang bekerja.

"Es,awat hang pindah sini? Kami teringin juga nak tau." Mereka berdua melihatku.

Aduh... Tak teringat pula aku untuk cipta cerita aoabila ditanya sebegini.

"Saya berhenti kerja lepastu pindah sini. Sajalah nak cuba suasana disini pula. Dah bosan nak menghadap bangunan tu," ceritaku serba ringkas.

"Iyaka..." mereka melihatku dengan ragu-ragu. Cuak weh... Hilang darah aku seminit.

"Oh kalau macam tu... Lusa petang ikut kami nak?" ajak Fahmi.

Sebelah keningku terangkat.

"Pergi Pantai Esen." Berkerut dahiku. Kat man tu? Aaku dahlah baru datang ke sini.

"Boleh aje." Aku terima ajakkan itu. Bila lagi nak melawat negeri orangkan? Nanti pandai-pandailah dia orang tunjuk jalan.

"Kak,ada orang," panggil Aisya. Lantas Kak Rayna bangun dan berlalu ke depan untuk melayan pelanggan.

"Awak macam mana boleh tersesat sampai sini?" soalku pada Fahmi. Mungkin kedengaran pelik apabila aku memanggil Fahmi dengan bahasa saya dan awak tetapi aku tak kisah. Lantaklah orang nak fikir apa pun. Memang aku akui,panggilan itu memang pelik.

Fahmi berasal dari Johor. Jadi aku ingin tahu pengalaman masing-masing bagaimana cara hingga Fahmi ke sini.

"Aku? Aku..." agak lama Fahmi mendiamkan diri.

"Kalau tak nak kongsi tak apa. Saya okey aje." Adakah soalanku ini agak pribadi untuk Fahmi? Sungguh aku rasa serba salah. Mana tahu aku telah mengingatkannya tentang kejadian pahitnya.

"Mak ayah aku cerai. Lepastu saya ikut nenek aku sebab parents mak ayah aku curang satu sama lain," cerita Fahmi. Aku rasa sangat bersalah kerana menyoalnya dengan pertanyaan itu.

"Sorry," kataku. Aku rasa macam nak menangis akibat terlalu serba salah.

"Tak apa... Lagipu..."

"Ish hang ni! Ni kedai ais krim macam apa kalau tak sedap macam ni?!" belum sempat Fahmi menghabisi kata-kata,kami terdengar kekeriuhan di depan.

Laju kami bergerak ke hadapan.

"Encik,kalau encik rasa ais krim kat sini tak sedap. Encik boleh pergi kedai lain." Kak Rayna cuba tenangkan kekecohan ini.

Kak Rayna dan pelanggan itu bertengkar. Aku,Asiya,Farid dan Fahmi mengintai di pintu.

"Inilah yang aku tak suka dengan perempuan ni! Dahlah buat kerja lambat! Bagi ais krim tak sedap pula tu." Pelanggan itu menengking Kak Rayna.

Aku bergerak ke hadapan. Ni dah melampau. Sampai menggeletar tangan Kak Rayna lepas kena tengking.

Pang!

Sesampai saja di hadapan pelanggan itu,aku terus melempangnya hingga mukanya beralih ke kiri.

"Apa hak encik nak tengking dia?" soalku kasar tetapi masih dalam keadaan tenang.

"Hak aku? Aku ni customer! Customer is always right!" dia menjeling aku. Customer tak customer. Aku ni dah baran dah ni...

"Huh,ketinggalan zaman..." aku berkata sinis.

"Kau ni siapa? Dahlah tampar aku!" marah pelanggan itu.

"Aku? Edian Starla." Hampir ternganga pekerja lain mendengar nama sebenarku.

"Huh,ini lagi satu jenis betina nak jadi lelaki konon. Dah betina tu betina ajelah!" dia menengkingku pula.

"Kenapa? Kalau aku nak jadi lelaki pun kenapa? Aku ada kacau hidup kau ke? Eh,kau ni tak pernah tahu pasal Thailand ke hah? Cuba kau pergi sana tengok berapa ramai sotong yang ada. Atau... Kau terlalu miskin untuk jejak ke sana?" pada ayat terakhir,suaraku menjadi perlahan seperti mengejek.

"Mungkin... Kau marah-marah pun sebab nak ais krim percuma."

Wajah pelanggan itu menjadi merah. Mungkin kerana menahan geram.

"Kau tunggu eh... Kau tunggu..." katanya dan menunjuk-nunjuk ke arah sambil berlalu pergi.

"Dasar berdendam punya orang," kataku perlahan.

Aku pusing ke belakang dan ternyata mereka semua melihatku dengan wajah terkejut beruk.

"Kenapa?" soalku.

Terkebil-kebil dia orang tengok aku.

"Watashino namae Es sudesu!" aku senyum kepada mereka.

Aku dah agak dah... Mesti dia orang tak percaya kalau aku ni ialah wanita. Tak ramai yang boleh cam. Sepanjang tempoh aku jadi lelaki,hanya tiga orang saja yang mengecamku sebagai wanita.

YANG TERINDAH | COMPLETEWhere stories live. Discover now