Bab 10

150 6 1
                                    

Setelah kian lama kami tidak berjumpa,akhirnya... Kami bertemu semula. Perasaanku menjadi seperti tsunami. Pelbagai perasaan dicampur aduk lalu diminum.

“Kakak sihat?” Soal anak kedua Dato ME. Megat Eiyad. Juga dikenali sebagai anak sulung dan pewaris syarikat ME.

“Sihat...” jawapku perlahan.

“Kakak dah tak nak balik?” Ya! Aku sepatutnya sudah agak akan soalan ini. Soalan ini... Akan buat jiwaku kacau.

“Aku dah tak akan balik. Aku bukan anak diorang,” nadaku agak agresif tetapi masih tenang.

Aku masih teringat-ringat akan soalan yang dituju padaku itu petang tadi. Ia masih segar-bugar.

Aku bangun dan berjalan ke balkoni. Mahu ambil angin.

Angin laut menyapa wajahku. Aku duduk berpeluk lutut di atas kerusi sambil merenung langit.

“Ya Allah,kuatkanlah hati hambamu ini. Kosongkanlah fikiranku ini. Hilangkanlah keresahan hatiku ini Ya Allah. Andai aku kakak yang jahat buat Eiyad,ampunkanlah aku. Aku mohon. Berikanlah aku petunjuk untuk keluar dari situasi ini Ya Allah. Kuatkanlah jiwa dan ragaku Ya Allah.” Teresak-esak aku berdoa kepadaNya. Aku sudah tiada siapa selain Dia dan Ailyn. Hanya merekalah tempatku bersandar.

“Bintang? Kau okey?” suara yang datang dari balkoni bilik 309 itu meengejutkanku. Malah tangisku menjadi lebih deras.

“Kita cakap kat bawah la Laith...” aku tidak mahu orang lain dengar jadi aku ajaknya turun ke bawah.

Kami duduk berdekatan dengan pantai.

“Kau okey?” soal Laith lagi.

“Awak dengar ke? Dari mana awak dengar?” aku pulaukan soalannya dan berinya soalan.

“I hear everything bintang...” ayat Laith buatkanku mengeluh. Benda dah keruh,nak sorokkan pun dah tiada guna.

“Saya... Anak luar nikah...” air mata menitis. Wajah Laith masih tenang. Ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk menyambung ayat...

“Dato ME.” Aku tekup muka. Tak sanggup mahu biarkan Laith melihat wajah hodohku ketika menangis.

Tetiba aku rasakan seperti kepalaku disandarkan pada tubuh seseorang. Lantas aku panggung kepala melihat.

“Aku tahu kau kuat. Sebab itu ujian kau hebat. Allah bagi ujian hebat untuk orang yang hebat imannya. Kan Allah dan janji Allah takkan bagi ujian yang tak mampu hambaNya lalui,” kata Laith yang memberiku tempat sandaran.

“Aku pun ada kisah silam buruk... Tapi tak seburuk kau bintang... Kau kuat.” Makin deras air mataku mengalir. Habislah... Bengkak lagi mataku esok...

Don’t cry over the past,it’s gone. Dont stress about the future,it has’nt arrived. Live in the present and make it beautiful.

***

HARINI aku berpakaian dengan warna cerah akibat dipaksa Ailyn. Ailyn kata dia tidak pernah melihatku berpakaian lain selain hitam. Jadi Ailyn meminjamkan baju abangnya padaku.

Laith mengajakku pergi jalan-jalan melihat Pulau Mutiara. Aku mahu ajak Ailyn ikut sama tetapi Ailyn ada kenduri di sini harini. Jadi hanya kami berdua sajalah. Rizz? Tidur mengalahkan driver.

Aku dan Laith menjadi agak tegang akibat malam semalam.

Di dalam kereta kami masing-masing senyapkan diri. Tidak tahu mahu berbual apa.

“Kita nak pergi mana?” Laith mulakan perbualan.

“Tak tahu,” jawabku. Aku memang tidak tahu sikit pun tentang selok-belok Pulau Pinang.

“Kalau aku bawa kau... Kau kena happy. Okey?” tutur Laith. Entah manalah Laith mahu bawaku pergi.

“Okey...” jawabku ragu-ragu.

“Promise star?” perlukah janji segala?

“Pr... Promise.” Akhirnya aku setuju. Dengan syarat aku kena happy!

Dia kemudian laju memberi signal ke kiri untuk ke jambatan. Laith nak pergi seberang ke?

“Bintang... Aku ada teka-teki.”

“Teka-teki apa?” soalku mahu tahu. Sejak bila Laith yang beku ini pandai bagi teka-teki ni?

“Macam mana,nak bawa masuk beruang...” aku menanti Laith sambung.

“Dalam peti ais?” Laith senyum manis sambil mengerlingku beberapa kali.
MasyaAllah! Maneih melecaih! Merah muka aku dibuatnya. Bukan setakat muka,otak pun blank!

Sungguh dasyat ya senyuman Laith... Silap haribulan haiwan pun tergoda dengan senyuman Laith. Jarang weh nak tengok Laith senyum macam tu! Patutnya aku rakam tadi!

“Tak tahu.” Bukanlah malas berfikir cuma otak aku blank lepas tengok senyuman Laith tu. Macam ni punya cara aku rasa Laith tak berpeluang untuk jadi pengawas peperiksaan. Habis kosong otak dia orang nanti.

“Alah,apa susah. Buka jelah pintu!” kemudian Laith tertawa seorang diri. Aku yang tengok dia gelak pun ikut gelak sekali. Dasar Edian mudah terhibur!

“Jom pergi makan,Ailyn kata nasi kandar Ayam Bawang Rashid sedap,” ajakku. Amboi Edian bukan main engkau sampai siap ajak pergi makan.

“Dekat mana?” Laith menyoal tentang lokasi.

“Seberang Jaya.” Tak silap aku disitulah Ailyn kata. Ailyn memang kerap datang Pulau Pinang kerana kampungnya disini. Jadi tak hairanlah.

***

USAI makan kami terus ke Sunway Carnival. Kata Laith alang-alang dah sampai. Lagipun bangunan Sunway berhadapn dengan mereka saja.

“Nak Baskin Robin atau Lyao lyao?” soal Laith padaku.

“Baskin Robin!” bagi aku,aku lebih Baskin Robin. Aku pun tak tahu kenapa.

“Jom!” kata Laith sambil menarik lengan bajuku ke Baskin Robin.

Selesai makan ice cream,Laith ajakku ke Bath and Body Works. Laith memaksaku beli walau satu botol minyak wangi. Pada mulanya memang aku tolak kerana aku tidak mahu menyusahkan. Sebab aku tahu Laith pasti akan membayarkannya untukku. Namun... Apa boleh buat? Terpaksalah aku aambil satu botol.

Kemudian Laith ajak pula menonton wayang. Tiba-tiba saja ditangannya ada dua tiket wayang. Entah darimanalah dia dapat.

Aku ikutkan saja. Lagipun... Dah lama tak pergi tengok wayang.

Cerita yang kami tonton itu habis petang jadi selepas itu kami bercadang untuk ke Bagan.

Sambil melihat ke arah pulau dan menikmati matahari terbenam,kami melihat disini sungguh ramai anak muda.

“Erm bintang...” seru Laith. Lantas aku kalih kepala melihatnya.

“Nah.” Laith suakan satu beg kertas putih bertulis Pandora. Aku apa lagi? Terkejut biawaklah jadinya.

“Apani?” sudahlah harini keluar Laith belanja kesemuanya. Dibelinya lagi Pandora untukku.

“Hadiah untuk kau temankan aku harini.” Awh... Sawitnya bakal suami orang ni...

“Terima kasih.” tak mampu nak tolak lepas tengok Laith senyum ketika memberi tadi...

“Laith... Apa beza awak dengan garam?” soalku tiba-tiba.

“Garam? Dua-dua masin ke? Tak tahu?” Laith angkat bahu tanda dia mengalah.

“Garam pelengkap rasa macam tulah dengan awak,awak pelengkap hidup saya,” jawabku dengan senyuman lebar.
Laith yang dengar terus kalih padaku. Laith renung aku. Lama!

“Siakap senohong gelama ikan duri.” Aku tunggu Laith sambung pantunnya.

“Lama-lama tenung,huh jatuh hati” Aku rasa seperti mahu jerit! Comel!

Akhirnya kami ketawa sama-sama tanpa sebab. Mungkin kerana masing-masing muka dah merah...

YANG TERINDAH | COMPLETEWhere stories live. Discover now