Bab 19

93 4 0
                                    

“Baby! Im so sorry leave you alone-alone!” periuh suasana sudah datang. Datang-datang terus peluk aku tanpa melihat kiri dan kanan.

“Bukan kau pergi ride ke?” soalku apabila teringatkan semasa aku mesejnya itu.

“Untuk kau,aku rela patah balik…” Ailyn membuat nada dramatis.

“Kau exists mana?” soalku. Mesti Ailyn sudah berada jauh.

“Aku baru turun Cameron,” katanya. Aku fikir dia pergi ke sebelah utara. Rupanya naik tanah tinggi…

Pintu dikuak lagi oleh seseorang. Kali ini,ibu dan Rizz pula datang.

“Along kau tahu tak tadi kan,ibu bawa kereta!” cerita Rizz dengan nada yang agak deras. Bukan saja Laith yang terkejut,aku juga terkkejut sama mendengar cerita Laith itu.

“Ibu bawa 140km/h tadi.” Uish… ibu ni entah-entah bekas racer.

“Yang kau bagi ibu bawa tu kenapa? Cari mati? Ibu kau dulu ni… Bekas racer tau! Sebab tu aku tak bagi ibu bawa kereta!” aku pun tak tahu Laith ni mahu cerita ataupun marah kerana dia berkata dengan nada deras.

Semua yang ada dalam ruangan ni terus pandang ibu dengan wajah terkejut. Termasuk Ailyn. Siapa aje yang tak terkejut melihat ibu yang dahulunya racer idaman.

“Alah,saja test power tadi,” kata ibu polos.

“Apanya sampai 140 ibu… Luruh jantung angah tadi,” kata Rizz pada ibu.

“Ibu memang power arh!” puji Ailyn. Kini semua mata tertumpu pada Ailyn. Semua orang Risau tiba-tiba dia seorang aje yang puji. Dasar jiwa racing!

“Apa… Nak puji aje…” kata Ailyn perlahan.

Kami berbual mesra. Lalu,aku terfikir… Aku mungkin tiada keluarga tetapi Tuhan berikan mereka untukku. Dia dengar rintihanku satu persatu. Mungkin Dia mahu kita untuk tidak berputus asa berdoa padaNya. Tetapi… Aku juga tak boleh suka sangat dengan keadaan ini. Mungkin tuhan akan ujiku dengan ujian yang lebih berat dari sebelumnya…

***

AKU perlu bermalam di hospital ini untuk beberapa hari. Memudahkan urusan mereka untuk mengawasiku.

Aku ditemani Ailyn mala mini kerana aku duduk seorang diri dalam ruangan yangdiambil khas untuk aku. Semestinyalah kerja Laith. Katanya untuk privasi.

Malam harinya aku susah untuk tidur. Sudah jam 2:05 minit pagi dan aku masih belum tidur. Manakal Ailyn sudah lenyap dalam dunia sendiri.

Aku pusing ke kanan melihat jendela. Langit malam yang cantik. Hatiku rasa gelisah seperti bakal terjadi sesuatu.

Ya Tuhan,tolonglah berikanku sedikit masa lagi untuk merasai kenikmatanmu YaAllah… Sesungguhnya aku takut pada setiap ujian dan kenikmatan yang Kau berikan padaku YaAllah…

Sampai menitis air mataku berdoa padaNya.

“Es? Kau lapar ke?” soal Ailyn yang terjaga dari tidur. Suaranya juga masih serak.

“Kenapa kau nangis? Jangan nangis eh? Tak apa… Aku tak tinggalkan kau… Janganlah takut…” Ailyn memujukku sambil menepukku seperti bayi hingga tangisan aku kering.

“Weh… Kau lapar tak?” Ailyn tiba-tiba soal tentang kelaparan.

“Tak ada la lapar sangat.” Walaupun sakit,aku masih berselera untuk makan.

“Aku lapar… Bilik kau ada makanan tak?” soalnya.

Aku geleng. Sudah tentulah tiada.

“Kejap aku turun pergi beli,” katanya lalu bangun dari tidur dan terus keluar dari ruangan ini. Ailyn ni jenis yang rajin untuk makanan. Dia akan buat apa sahaja demi makanan. Tapi itulah… Walaupun terlebih makan,beratnya masih tidak menaik.
20 minit kemudian Ailyn kembali bersama satu plastik merah di tangan.

“Tu,air panas. Aku dah masak tadi,” kataku. Semasa Ailyn turun beli tadi,sempatlah aku masak air tadi.

Ailyn buka plastic hot cup lalu dituang airnya ke cawan itu.

“Kita tengok Boboiboy the Movie nak?” soalku semasa kami menunggu Maggie kami masak.

“Yang mana? First ke second?” soal Ailyn.

“First. Alah yang keluar tahun 2016 tu…” kataku. Sedar tak sedar… Lama sudah cerita itu dikeluarkan.

“Kenapa kau nangis tadi?” soal Ailyn membangkitkan semula hal tadi.

“Tak ada apa-apa. Gelisah aje,” jawapku.

“Kau jangan overthink sangat. Nanti seminggu kau menetap kat sini baru tahu,” usik Ailyn.

Kami menikmati makanan dan cerita ini,tiba-tiba kami ternampak seseorang berdiri di hadapan pintu bilik mengikut bawah pintu.

Kami apa lagi? Cuaklah masing-masing.
Kami bersedia bersama senjata di hadapan pintu itu. Mana tahu orang tu buka pintu ke. Ailyn ambil pasu bunga plastik,aku pula mengambil selipar sendiri.

Sebaik saja pintu dikuak,kami terus terkejut. Nasib baik tak pukul lagi orang tu.

“Ibu?!” suara kami berdua agak deras. Iyalah weh… Siapa aje yang tak terkejut tiba-tiba melihat ibu yang datang?

Ibu letakkan jari telunjuk di bibirnya menyuruh kami diam untuk tak mengganggu pesakit lain.

“Ibu buat apa kat sini?!” soal kami serentak. Suara kami masih lagi deras tetapi tidak sederas tadi.

Melihat ibu tersengih seorang diri,aku dan Ailyn memandang sesama sendiri sambil menunggu jawapan dari ibu.

YANG TERINDAH | COMPLETEWhere stories live. Discover now