BAB 5

164 5 4
                                    

AKu selesai mengemas café tepat-tepat pada jam yang seharusnya aku pulang. Beg digalas,bersedia untuk pulang. Pintu café aku kunci dan tetiba saja aku rasa seperti diperhatikan seseorang. Bau maskulin menerobos masuk ke trakea. Aku toleh belakang. Keras tubuhku seketika melihat Laith berdiri di belakangku.

“Tu… tuan?” Laith kelihatan pasrah. Dia juga sudah membuka blazer kerjanya. Kini hanya tinggal kemeja putih yang tangannya sudah dilipat ke siku dan seluar hitam. Tipikal orang baru pulang kerja.

“Rizz ada hal,jadi dia suruh aku bawak kau pergi beli barang,” kata Laith selepas mendengus sekali. Oh,maksudnya Laith tak rela lah mahu menemaniku membeli barang? Haha apakan daya. Dia tetap perlu bawak aku pergi.

Tanpa membuang masa Laith berjalan terlebih dahulu manakala aku masih terkebil-kebil. Agak lama Laith berjalan sendirian akhirnya dia perasan akan tidak keberadaanku dibelakangnya.

“Bintang… aku tinggal kau nanti,” ugut Laith. Hah?

Aku berjalan dengan terpinga-pinga,Laith panggil aku bintang ke tadi? Atau dia silap orang? Aku yang salah dengar ke? Sambil aku berfikir,sambil aku berjalan.

Pap!

Wajahku bertemu dengan belakang badan Laith. Tanganku dibawa ke gosok ke muka. Sakit weh… Laith tukar belakang badan dia jadi besi ke apa? Keras! Sakit hidung aku.
Laith pusing ke arahku dan tunduk melihatku.

“Kau fikir apa bintang?” soal Laith lembut.

“Kenapa tuan panggil saya bintang?” soalku perlahan sambil tunduk memandang bawah. Tak mampu weh nak pandang muka dia. Meleleh aku nanti. Handsome sangat.

“Nama kau ada perkataan Starla jadi aku pendekkan dan melayukan menjadi bintang. Lagipun nama tu sesuai untuk kau.” Terangnya.

“Kenapa?” tak ada kena-mengena pun bintang dengan hidup aku. Lebih kepada meteor adalah!

“Sebab bercahaya,” kata Laith seperti berbisik.

“Hah?” serious aku tak dengar. Dia ingat aku ni apa nak berbisik macamtu? Memang tak dengarlah jawabnya.

“Nothing,” muka Laith kelihatan agak merah dan dia berkelakuan gelabah seketika. Nak tergelak pula aku melihatnya sebegitu.

Kami turun ke parking dan aku membututi Laith ke keretanya. Pelbagai kereta aku nampak harini. Dapatlah juga cuci mata. Selalunya nampak dari jauh,ini dari dekat weh. Mana tak menggelupur aku.

Apabila Laith berhenti,aku yang sibuk melihat kereta orang juga turut berhenti. Aku pusing menghadap kereta Laith pula. Jatuh rahangku. Kalau kereta yang aku lihat sudah mewah,Laith punya lagi mewah.

Ford Mustang.

Tak hairanlah aku jikalau syarikat gah ini miliknya. Yang dihairankan itu pekerjanya. Berapalah Laith bayar gaji mereka.

Kami bertolak keluar dari bangunan. Aku membuang pandangan melihat luar. Adalah sesekali aku mengusyar mamat handsome sebelahku ini.

Gatal betul engkau ye Es!

Aku toleh mahu merenungnya lagi,kalini aku ditangkap Laith. Malah Laith yang menyambut mataku bertentangan dengannya. Cepat-cepat aku toleh ke tingkap semula. Dapatku rasakan wajahku sudah berubah warna dan suhu.
Kedengaran bunyi ringtone seseorang. Bukan tekefonku,jadi mestilah telefon Laith. Telefon Laith ditekapkan pada telinga.

“Hello ibu? Ibu nak apa-apa ke? Laith on the way nak pergi beli barang,” soal Laith lembut pada ibunya.

“Hah?!” tersentak aku mendengar terkejutan Laith itu. Entah apalah yang mereka bualkan itu.

“Tak ibu,dia ada kat rumah.” Kedengaran seperti Laith membantah ibunya.

“Ugh fine! I will bring her!” Laith berbunyi seolah-olah terpaksa.

Laith toleh seeketika padaku yang dari tadi merenung sambil memasang telinga mendengar percakapan dia dan ibunya.

“Ibu nak aku bawak balik rumah family. Dia nak kau makan malam kat sana.”

“Hah?!” deras aku berkata. Cuak weh,kalau rumah Laith aje tak apa. Ini sampai dibawanya aku ke rumah keluarga. Adakah aku yang dimaksudkan her oleh Laith tadi? Oh shit! Aku tak nak. Sekarang juga aku rasa mahu terjun dari kereta.

Aku raup wajah.

“Hoi bintang. Janganlah gelabah sangat,keluarga aku aje. Tak apa. Dia orang semua friendly,” mudah Laith berkata. Kata-kata Laith tidak laangsung menenangkan hati aku ini.

Akibat aku terlalu gelabah,aku tidak menyedari bahwa kami sudah sampai ke tempat yang ditujui. Pasar raya ini kelihatan agak level up dari pasar raya yang biasa aku pergi.

“Sebelum aku heret kau keluar,baik kau keluar cepat.” Agak ralik aku melihat pasar raya sehingga tidak perasan bahwa Laith sudah mahu mengunci keretanya. Maka,dengan cepatlah aku turun kereta.
Kami berjalan beriringan masuk ke dalam pasaraya. Di hadapan pintu masuk,kami berpisah. Laith berlalu pergi mengambil troli manakala aku pergi melihat barang terlebih dahulu.

Beberapa minit berlalu. Laith datang padaku dengan trolinya. Barang ditangan aku letak ke dalam troli. Lenguh sudah aku membawa kehulur-kehilir.

“Banyak lagi ke?” Laith menyoal semasa menolak troli dari bahagian ini ke bahagian yang lain.

“Ada lagi… enam barang,” kataku sambil melihat pada kertas.

Laith merampas kertas itu lalu melihatnya sepintas lalu,kemudian Laith berjalan entah ke mana hilang dari pandanganku.
Rambut yang jatuh aku bawa ke celah telinga. Apahal mamat ni?

Tetiba aku melihat Laith datang dari celahan rak bersama barang-barang yang tersisa dalam kertas itu.

Laith meletakkan barang yang dibawa ke dalam troli.

“Point of view kau pendek. So kau tak nampak kat mana semua barang ni berada.” Kata Laith. Aku jeling sekali. Geram dikatakannya aku pendek? Ada ke patut walaupun itu kenyataan.

“Yelah,tuan kan tinggi macam tiang lampu,” ejekku perlahan. Seorang Edian Starla tak akan duduk diam bila dirinya diejek oleh seseorang.

Laith mengayunkan kaki ke kaunter pembayaran. Aku turut mengikutinya. Di dalam hati terfikir apalah yang akan jadi masa makan kat rumah Laith nanti.

“Bintang?” seru Laith yang sudah selesai membuat pembayaran. Aku keluar dari situ dan berjalan bersama ke kereta. Enjin dihidupkan lalu kami bertolak ke rumah keluarganya.

Kata Laith,rumah keluarganya agak jauh dari sini. Jadi dia menyuruhku untuk tidur dahulu. Tetapi aku enggan biarkan Laith memandu seorang diri sedangkan aku tidur. Tak manislah nanti.

Beberapa minit perjalanan,kami berhenti di stesen minyak. Bukan untuk mengisi minyak tetapi…

“Bintang,tolong aku beli ais krim oreo kejap,” suruh Laith berwajah selamba.

“Kenapa saya? Kenapa bukan tuan?” bukan tidak mahu tolong,aku hanya mahu tahu sebab.

“Aku? Aku kalau pergi,macam-macam aku beli. So aku tak nak.” Jawab Laith ringkas. Haha,teringin juga aku mahu lihat Laith yang berwajah beku keluar dari kedai sambil memegang seplastik ais krim. Mesti comel!

“Okey,” jawapku sebelum turun kereta. Nasib baik Laith beri duit. Kalau tidak,memang taklah aku nak tolong dia.
Aku kembali ke kereta selepas selesai membeli ais krim oreo buat Laith. Macam-macam mamat ni. Nasib handsome. Setahu aku seseorang yang berwajah beku seperti Laith tidak suka akan kemanisan.

“Nah,” aku sua pada Laith yang dari tadi sibuk bermain dengan telefonnya. Tahulah pakai iPhone.

“Kenapa beli dua?” aku buat muka. Mestilah satu untuk aku. Tak peka betul Laith ni!
Lama kami bertentangan mata. Dan lama jugalah Laith termenung mencari jawapan. Beberapa minit berlalu dan Laith masih senyap.

“Satu untuk tuan,satu untuk saya!” Nada suaraku naik sedikit. Geram weh. Boleh pula dia tanya kenapa beli dua?

Kami bertolak ke rumah keluarga Laith. Hari masih belum lewat jadi mungkin sempat kami sampai sebelum makan malam.

YANG TERINDAH | COMPLETEOnde histórias criam vida. Descubra agora