BAB 1

729 22 5
                                    

Hari yang melelahkan buatku. Mungkin bukan untukku seorang tetapi untuk Ailyn juga. Ailyn merupakan satu-satunya rakanku dari zaman sekolah menengah. Hari ini Ailyn turut menolongku memindahkan barang ke rumah baharuku.

Aku sudah biasa dengan situasi pindah-randah ini. Aku pindah pun disebabkan aku sendiri. Antaranya seperti,tidak bayar sewa,lewat bayar sewa dan macam-macam lagi tentang wang.
Aku harap ini merupakan rumah terakhirku.

“Esok kau pergi interview kan?” soal Ailyn yang dari tadi duduk di sebelahku memandang pemandangan di bawah.

“Kau pergi mana?” tak sempat aku menjawap Ailyn menyoal lagi.

“Aku pergi EL Holding,” aku menjawap ringkas.

“EL? Bukan kah syarikat tu pemilik dia tak pernah tunjuk muka?” Ailyn kalih memandangku dengan riak terkejut.

“Kisah apa aku dengan muka dia? Asalkan dia bayar gaji.” Dunia sekarang kalau nak hidup kenalah berduit. Lagi-lagi orang macam aku yang hidup tanpa bantuan orang. Hanya berdiri dengan kaki sendiri.

“Nanti kalau kau ternampak owner dia bagitahu aku tau. Kalau handsome boleh la aku try.” Tersengih-sengih Ailyn pandang aku.

“Kalau kau try dia,Aniq tu nak letak mana? Atas bumbung?” sinisku.

“Euw,come on la Es. Aku dengan dia dah berkawan dari tadika kut. Lagipun aku ni high taste.” Eleh padahal dua-dua sama aje gelongnya.

“Benci nanti suka,” ujarku perlahan.
“Hish kau ni. Aku ni nampak aje rempit. Tapi kalau dah bersiap,kalah snow white tau!” bla bla bla…leter Ailyn.

Ting Tong!

Aku bangun dan berjalan ke arah pintu. Siapa pulak yang datang ni? Tak akan jiran kut. Aku baru pindah sini sehari.
Pintu dikuak dan ternyata…

“Hai Es! Kami datang nak kutip adik kami.” Dengan selamba kedua abang Ailyn masuk ke dalam rumahku.

“Arh tak nak aku tak nak balik!” lawan Ailyn.

“Tak ada! Kalau kau tak balik,siapa nak habiskan makanan kat rumah!” mereka bertengkar.

Tangan Ailyn menarik dinding rumahku manakala abangnya menarik kedua kaki Ailyn.

Zap! Tangan Ailyn terlepas dari dinding.

“Waa Es… aku tak nak balik…” rengek Ailyn.

“Bye Es!” kata abang pertamanya sambil menutup pintu utama rumahku.

“Ish tak nak! Lepaskan aku lah!” jerit Ailyn di luar. Lama-lama jeritannya makin menjauh.

Aku menggeleng sendiri. Macam-macam dia orang ni. Kalau tak riuh tak sah.

Aku dongak melihat jam didinding. Sudah pukul 5:40 petang.

Erm… Nak buat apa eh?

“Keluarlah,” utusku. Lagipun masih aku tak tahu nak buat apa.

Aku berjalan ke almari baju dan termenung. Nak pakai baju apa eh? Kebanyakan bajuku semua berwarna hitam kecuali baju tidurku saja yang berwarna-warni.

Aku capai hoodie hitam kosong lalu menyarung ke tubuh. Senang!

Au ke rak sebelah tilam dan capai kunci motor Yamaha R25ku. Berjalan ke pintu rumah dan keluar setelah memakai kasut.
Pintu rumah aku kunci dan turun ke bawah. Sebaik saja sampai di tingkat letak motor,aku terus ke tempat dimana aku parkir motor.

Vrum!

“Wacth out!” pada saat yang sama lenganku ditarik mengundur ke belakang. Lantas aku menoleh ke belakang melihat siapa yang menarikku itu.

Hampir saja mulutku ternganga melihatnya. Nasib aku tahan. Handsome weh! Mata coklat,kulit sawo matang,muka sejuk beku,kening lebat tetapi tersusun. Memang lelaki idaman!

“Sorry,” kata lelaki ini setelah melepaskan genggamannya pada lenganku. Garau gais suara dia.

“Hati-hati girl.” Nasihatnya lalu berjalan masuk ke lift.

Berkerut dahiku. Girl? Tak cukup tomboy ke aku ni? Macam mana dia cam aku? Perempuan pun tak cam aku sebagai perempuan. Lantak lah,asalkan dia tak bagi tahu sesiapa tentang jantinaku.

Aku berjalan ke parkir motorku kembali dan sebaik saja sampai aku terus menghidupkan enjin. Usai memanaskan enjin aku terus berlalu keluar dari bangunan untuk ambil angin.

PULANG saja dari ambil angin aku terus pulang dan mandi. Baju tidur berkonsepkan costume jerunh aku capai dan sarung ke tubuh. Berjalan ke tilam dan junamkan tubuh.

Aku meregangkan tubuh di tilam sambil memeluk anak patung jerungku.
Ting Tong!

“Anak siapa pulak ni!” jeritku. Aku baru nak relax.

Aku bangun semula ke pintu rumah dan dengan aku buka. Mataku membulat. Weh! Kenapa lelaki yang aku jumpa hari ini semua handsome-handsome?! Tapi… aku macam pernah nampak muka ni. Kat mana eh?

“Hai…” mata lelaki ini merenung costumeku.

“Angah cepat la! Ibu nak masak ni! Rumah Along kau ni dah la satu habuk pun tiada!” bebel ibunya dari dalam rumah di hadapanku.

“Nak pinjam garam,” kata lelaki itu. Automatik kakiku bergerak ke dapur mencari garam. Apabila sudah jumpa sepeket garam aku terus memberinya.

Lelaki itu juga dengan laju kakinya dibawa masuk ke dalam rumahnya.

Aku menutup pintu dan ke tilam semula.

Ting Tong!

YaAllah! Apa dosa hambamu ini Ya Allah? Aku bangun semula dan ke pintu dengan pasrah. Ini semua garam punya fasal. Dah kena aku bangun dua tiga kali.

Aku membuka pintu untuk kali kedua dan mataku membulat lagi. Aku fikir lelaki tadi rupanya bukan. Ini ialah lelaki handsome dekat parking tadi.

“Hi girl.” Sapa lelaki ini. Lelaki ini menghulurkan peket garam yang aku beri tadi.

“Along nah ibu suruh bagi.” Oh,ini rupanya Along.

Along rampas bekas berwarna merah jambu dari tangan Angah dan memberinya padaku.

“Terima kasih.” Janggal. Lelaki ini anggukan kepalanya lalu menarik Angah masuk ke dalam rumah mereka. Begitu juga aku.

Peti sejuk dibuka lalu bekas dimasukkan ke dalam peti sejuk. Aku berjalan ke tilam untuk tidur.

YANG TERINDAH | COMPLETEWhere stories live. Discover now