BAB 6

151 5 0
                                    

SESAMPAINYA kami di rumah keluarganya,Rizz datang menyambut kami tetapi sambutan itu dibalas dengan satu tamparan manja dari Laith.

"Kau yang bagitahu ibukan yang aku ada dengan dia?!" Dia yang dimaksudkan itu adalah aku sebab Laith menuding jatinya ke arahku.

Seorang seperti,singa seorang lagi tersengih seperti baru lepas tengok bidadari. Yang bukan-bukan aje dia orang ni.

"Kamu dah sampai ye Es,mari duduk dulu. Ibu tak habis lagi masak." Ibu datang meluru ke arahku lalu menarik tanganku masuk.

Sebaik saja kaki melangkah masuk,ternganga jugalah aku melihat rumah ini. Dah macam rumah Dato Seri Vida.

Aku disuruh duduk di meja makan. Di atas meja tersedia bermacam lauk. Segala darat dan laut ada.

Oleh sebab tak selesa duduk menunggu,aku pun bangun untuk menolong ibu.

"Ibu buat apa? Biar Es tolong." Aku berdiri di sebelah ibu yang sedang potong bawang.

"Tolong alihkan ikan tu. Hangus nanti," suruh ibu. Aku pun bergegas ke periuk. Sudi aku capai,lalu mengalihkan ikan tersebut. Nasib tak hangus. Ikan ni pun dah keperang-perangan. Api aku slowkan sedikit dan pergi ke arah ibu semula.

Aku rampas pisau ditangan ibu dan memotong bawang.

"Ibu pergi duduk biar Es buat kerja," kataku.

Selesai sebiji bawang aku potong,ibu memberi lagi 3 biji bawang merah. Baru sebiji aku potong,tapi air mata turun macam tengok kdrama! Perjuangan harus diteruskan.

"Tsk... Tsk," hingus yang hampir meleleh aku lap guna tisu. Air mata tidakku seka. Ini kalau seka,mahu menggelupur aku.

"Hach hachu!" ish! Tadi hingus ini bersin pula.

Seseorang memegang bahuku.

"Kejap ibu tak habis lagi," aku fikir ibu,ternyata selepasku toleh kepala...

"Laith?"

"Bintang,pergi buat air. Biar aku settlekan bawang ni." Kata Laith lalu menolakku ke tepi dan sambung memotong bawang.

Aku toleh belakang dan ternampak ibu sedang mengintai kami dari dinding. Merah mukaku. Aku larikan pandangan lalu mengambil jug untuk membuat air.

"Nak air apa?" soalku sambil mata diliran melihat segala botol jus. Oren,sasi,ribena,macam-macam! Kalaulah rumah aku nanti macam ni.

"Ribena," jawap Laith yang fokus potong bawang.

Tangan mengambil botol kaca ribena lalu dituangkan ke dalam jug selepas air panas dituang. Kemudian aku ambil pula gula.

Eh,kejap.

"Mana satu gula? Yang ini ke yang ini?" dihadapan sekarang terdapat dua balang berisi dengan serbuk berwarna putih.

Laith toleh pada dua bekas itu dan tangan Laith naik menggaru kepala. Nampaknya Laith juga ragu-ragu untuk beri jawapan.

"Yang ni kut," jarinya dituding oada bekas sebekah kanan.

Aku buka bekas tersebut lalu masukkan beberapa sudu gula. Air dikacau lalu dirasanya aku air itu.

"Sprtt!" tersembur aku dibuatnya.

"Masin!" Bergegas aku ke singki,meludah.

Aku toleh pada Laith dengan muka tak puas hati. Yang paling aku geram sekali,boleh pula Laith buat muka selamba. Eii! Aku rasa macam nak ketuk dia pakai senduk buat air tadi.

"Eh kenapa ni?" soal ibu yang datang entah dari mana.

Masing-masing senyap tidak membuka mulut.

Aku jeling Laith. Geram!

~~~~

KAMI pulang apabila selesai makan dan mengemas dapur. Aku fikir meja makan akan penuh,rupanya hanya aku,Rizz dan Laith. Adik-adiknya semua sudah tidur.

Kami pulang bukan lagi berdua seperti tadi,kami pulang bertiga. Rizz ikut sama kerana malas mahu pandu kereta.

Rizz duduk di bahagian belakang manakala aku duduk di sebelah pemandu. Dari tadi kami tidak berbual apa pun selepas kejadian air ribena masin tadi.

Bukanlah mahu merajuk. Aku hanya geram pada Laith,sudahlah buat muka selamba. Tak minta maaf pula tu.

"Kau nak pergi mana-mana tak sebelum kita balik ni?" soal Laith memecahkan kesunyian yang melanda.

Aku geleng.

"Marah kat aku lagi ke?" Laith toleh memandangku.

Senyap.

"Sorry," hah?! Baru sekarang nak minta maaf? Nasib reti juga guna perkataan maaf tu.

"Ingatkan dah tak tahu minta maaf tu apa?" sindirku.

"Hahahaha!" tawa seseorang dari belakang pecah. Merah mukaku. Aku lupa weh yang kami tak berdua.

"Sorry,sorry!" kata Rizz bersama tawa yang masih tersisa. Amboi,seronok eh dia gelak kat kami!

"Eh Along,majlis tu... Lusa kan?" tetiba Rizz menanyakan tentang majlis yang langsung aku tak tahu.

"Majlis apa ni?!" gelabahku.

"Ada guest nak datang. Kena pakai baju melayu." Bagitahu Rizz. Kenapa aku tak tahu?

"Habis saya nak pakai baju apa?" aku blur kejap.

"Kalau kau tak nak jantina kau diketahui,pakailah baju melayu," jawab Laith ringkas. Okey baju melayi tapi,

"Mana nak cari baju melayu?!" suaraku ternaik sedikit.

"Kau tiada baju melayu?" soal Rizz terkejut.

Aku geleng.

Aku raya pun pakai baju biasa. Macam mana nak ada baju melayu?

Laith raup wajah. Rizz geleng kepala. Aku? Aku lagi pening. Tak akan nak pergi beli kut? Uish bazir,bazir.

"Nak pinjam baju aku tak?" soal Rizz.

Belum sempat aku buka mulut,laju Laith memotong.

"Hish kau ni,kau tu tinggi! Dia ni pendek!" terasa aku dengan perkataan terakhirnya itu. Nak buat macam mana? Kenyataan pun.

"Belum cuba belum tahu bang," kata Rizz.

Lama kami menati jawapan daripada Laith.

"Okey." Okey,ketua dah approve jawapan.

Sebaik saja sampai di rumah,aku terus ke rumah depan untuk mencari baju melayu. Satu hal pula kena cari baju melayu memalam ni. Nak buat macam mana? Salah Laith tak bagitahu awal-awal.

"Ni?" Rizz suakanku baju melayu berwarna kelabu. Aku ambil lalu ditekapkan pada tubuh.

Aku geleng. Besar.

Laith sua pula baju berwarna hijau tua. Sama seperti tadi,aku tekap pada tubuh dan aku angkat ibu jari sambil tersengih.

"Good,now sampin," kata Laith dan kembali toleh ke belakang mencari sampin untukku.

"Kena ke?" soalku. Tak perlu kut nak bersampin bagai. Terlampau over nanti.

"Dah alang-alang kau nak jadi laki? Pakai ajelah bintang." Sampin yang warna dicampur Laith sua padaku.

Sampin itu aku tenung. Cantik.

"Terima kasih," ucapku.

Kaki dilangkah ke pintu mahu pulang.

"Hoi,sabar. Nah butang baju." Laith memberikanku butang baju berwarna silver.

Aku senyum sekali dan sambung jalan ke rumahku. Hanya beberapa langkah perlu diorak dan...Sampai!

Pintu aku tutup dan terus ke tilam untuk berbaring. Letih weh harini. Habis kerja aku terus beli barang,lepastu pergi rumah ibu. Baru sekarang aku dapat rehat.

Sungguh terasa malas untuk bangun mandi,mataku terlalu berat sehingga aku tertidur dalam keadaan belum mandi.

YANG TERINDAH | COMPLETEWhere stories live. Discover now