Bab 24

86 2 0
                                    

Selepas bangun dari tidur yang panjang,aku terus membuat kerja rumah yang sudah lama tertangguh.

Baju tidur katak masih tersarung ditubuh. Dan ya aku membuat kerja rumah dengan memakai kostum itu.

Sapu lantai,mop rumah dan memandikan oreo. Ailyn pula masih tidur kepenatan menemaniku semalam.

Baju yang berlonggok dan bertimbun aku lipat lalu menyusunnya mengikut warna dan jenis.

Aku berlalu ke dapur untuk masakkan sarapan. Tak silap aku hari ini Ailyn kerja. Rasa kasihan pula dengannya mesti penat.

Aku meletakkan semangkuk nasi goreng ayam untukku. Baru saja ingin menyuakan ke mulut,aku melihat Ailyn sedang merenggangkan badan sambil menggosok mata.

“Bangun dah?” apabila ditegur,barulah Ailyn mencelikkan matanya.

“Arh! Katak ungu tengah makan!” Ailyn terkejut melihatku. Alah macam tak biasa.

“Ish kau ni,buat sakit jantung aku je pagi-pagi ni,” marah Ailyn perlahan.

“Nak makan?” soalku. Aku fikir Ailyn akan angguk. Nyatanya tidak. Jarang weh dia nak geleng.

Dia bangun dan berlalu ke bilik air. Mungkin masih lali.

Beberapa minit kemudian Ailyn keluar dan terus ke dapur untuk makan.

“Kau kerja?” soalku pada Ailyn yang sedang sibuk mengunyah.

“Kerjalah! Nanti aku nak makan apa kalau tak kerja?”  Ailyn menyoalku semula.

Sebaik saja aku selesai makan aku terus bersiap sedia mahu pergi kerja.

“Kerja rumah aku dah settlekan. Nanti sebelum keluar kau letak makanan untuk oreo tau,” pesanku pada Ailyn sebelum keluar rumah.

“Kau nak pergi mana?” soal Ailyn kehairanan. Aku rasa Ailyn akan terkejut kalau aku beritahu dia yang aku mahu pergi...

“Kerja,” kataku dan berlalu keluar dari rumah meninggalkan Ailyn terkejut beruk seorang diri.

Hari ini aku memakai baju tebal kerana cuaca di luar agak sejuk.

Setibanya aku di kafe,aku terus diserbu Liana.

I nak teh bunga,” kata Liana bersuara seperti menyampah.

You look diffrent today,like... Something bad happend?” aku ditegur Liana. Aku cuba menutupi riak wajah terkejut itu.

“Apa yang bezanya?” soalku semula.

You nampak tak okay,” jawap Liana. Minuman yang dipesan aku letak di atas meja.

Dalam pada kami sedang berbual mesra,Rizz tiba-tiba masuk ke ruangan.

“Es,ada orang nak jumpa,” kata Rizz dan berlalu pergi begitu saja.

Terusku minta diri dengan Liana. Aku tahu gerangan yang mahu berjumpa denganku itu.

“Duduk,” arah Laith sebaik saja aku masuk ke dalam ruangannya.

“Bintang... Erm about..”

“Tentang semalam tu tak payahlah nak sembang sekarang eh,benda pribadi jangan datang bawa masuk urusan kerja.” Belum sempat Laith bersuara,aku bersuara terlebih dahulu.

“Tapi... Awak dah baca surat tu?” soalnya. Baru aku perasan,sejak kejadian semalam. Laith memanggilku tidak lagi menggunakan bahasa ‘aku dan kau’ tetapi saya awak. Percakapannya menjadi lebih lembut.

Aku geleng.

Surat tu pun aku tak tahu Ailyn letak di mana. Aku juga tidak mahu tahu keberadaan surat itu.

YANG TERINDAH | COMPLETEWhere stories live. Discover now