Bab 8

124 6 1
                                    

Bab 8
Sebaik saja aku sampai ke rumah dan tak sempat berbuat apa-apa lagi,loceng rumahku ditekan berkali-kali. Bersama nama diseru berkali-kali.

Aku buka pintu rumah dan terpapar wajah dua lelaki tinggi yang serupa wajahnya. Siapa lagi jikalau bukan jiraku sendiri.
Sebelah keningku naikkan menyoal.

“We need your help,please,” rayu mereka. Wajah mereka kelihatan agak tertekan dan mereka masih berbaju melayu. Aku sudah tamat bekerja 3 jam lepas dan aku baru pulang akibat singgah di rumah Ailyn.

“Masuk dulu. Bincang dalam,” ajakku. Aku tahu mereka pasti penat dan mungkin penat itu akan mereda selepas merasa minuman air tanganku.

Air yang siap dibancuh aku bawa ke hadapan. Kami duduk di lantai beralaskan karpet berbulu. Maklumlah,rumah tak bermeja. Yang ada pun meja study yang kecil tu.

“Kenapa aku kena tolong kau orang? Apa dah jadi?” tanyaku sambil menuang minuman. Aku hanya membancuh air teh kerana itu saja yang ada di rumahku kini. Huh sedih betul hidup Edian ini.

“Tadi Dato ME ada datang,lepastu dia ada buat aktiviti. Aktiviti tu akan berlangsung minggu depan.” Air liur pahit aku telan.

“M…M…ME?!” Dato ME merupakan salah satu syarikat yang digeruni ramai oleh kerana syarikat itu adalah syarikat turun temurun yang berasal dari keturunan orang Dubai. Dikatakan nama keturunan mereka semuanya bermula dari huruf ME.

“Yes,Megat Einas,” tutur Laith.

“And dia suruh bawa 3 orang dari syarikat masing-masing.” Oh,berita inilah yang membuat dua beradik ini tidak tentu arah?

“Lepastu? Kenapa minta tolong dengan saya pula?” Aku masih tak faham apa tujuan sebenar mereka kemari terjah rumahku.
Oh jangan cakap yang…

“No! Big no!”

“No! big no!” bantahku. Aku? Jadi orang ketiga? Oh jangan buat hal.

“Alah tolonglah Es! Kau aje pekerja yang tahu muka Laith selain aku,” rayu Rizz.

“Aktiviti ni… Dato ME yang anjurkan,kan?” tanyaku sambil merenung dua beradik ini.
Mereka angguk.

“Jadi ME mesti ada kat situ nanti! Dan aku masih tiada keberanian untuk jumpa dengan orang hebat macam tu!” aku berkata lancang. Aku masih lagi dengan pendirianku yang aku memang tak mahu pergi!

“Tak! Dia tak ada kat situ. Dia temankan Datin nak bersalin nanti,” tutur Rizz masih lagi meyakinkan aku.

Baru saja aku gelengkan kepala tetiba lantang Laith membuka muut.

“Aku naikkan gaji kau.” Luaran Laith kelihatan tenang tetapi dalamannya tiada siapa yang tahu.

“Ugh… Fine!” dasar kaki ugut.

Mereka tertunggu-tunggu aje jawapanku.

“Saya setuju,” tuturku perlahan. Mereka menghembus nafas lega selepas mendengar jawapanku itu.

“Okay,benda dah settle jadi kau orang boleh keluar,” kataku sambil berjalan menuju pintu membuka buat mereka.

Mereka bangun dan berjalan keluar dengan pasrah dihalau. Bukanlah menghalau cuma aku perlukan masa menyendiri seketika. Aku mahu soal diriku tentang benarkah apa yang aku jawap sebentar tadi.

Aku capai tuala berwarna kelabu. Badanku sudah melekit dek belum membersihkan diri sejak pulang kerja tadi.

Sebenarnya hatiku masih berat mahu ikut aktiviti yang dianjurkan oleh Dato ME itu. Tetapi selepas Laith berkata mahu naikkan gaji maka terpaksalah aku memandangkan komitmenku agak memeritkan sekarang.

~~~~~

USAI bersihkan diri,aku terus sarung baju tidur gajahku dan duduk di atas tilam.
Ditangku kini terdapat sebuah kotak berwarna hitam. Sudah lama aku tidak buka kotak ini jadi,kotak ini agak berhabuk.
Aku menghela nafas panjang.

Aku bangun dan berlalu keluar dari rumah. Aku naik ke atap dan duduk di atas tembok atap. Kakiku juntaikan ke bawah. Jalan yang penuh dengan kereta lalu lalang menjadi pemandangan malam.

Kotak putih itu aku buka dan mengambil beberapa keping gambar. Aku tenung gambar itu.

Sepatutnya haritu aku buang saja kotak ini dan isinya. Gambar-gambar inilah yang menghantuiku dari dulu. Gambar yang kelihatan bahagia,nyatanya? Hanya dia yang tahu.

Makin lama gambar itu kurenung,makin lemah semangatku. Air mataku sudah mulai menitis dan lama kelamaan aku meraung dalam tangis.

Diikutkan hati,mahu saja aku lempar kotak itu jatuh. Tetapi gambar inilah yang membuatku seperti ini. Seorang yang tidak lagi akan bersembunyi.

YANG TERINDAH | COMPLETEOnde histórias criam vida. Descubra agora