Bab 4

156 7 1
                                    

SEPERTI yang diminta sebaik saja sampai di EL Holding,aku terus naik ke bilik Rizz. Wanita yang menjaga di tingkat ini pun terkejut melihat aku selamba biawak naik ke lift.

Pintu diketuk 3 kali,aku masuk sebaik saja disuruh.

Rizz berdiri di sebelah Laith yang sedang duduk di kerusi utama bilik.

Terkebil-kebil aku melihat mereka. Kekok. Padahal semalam baru aje aku jumpa.

"Duduk." Arah Rizz.

"Kat sini dia punya peraturan senang saja. Kau ikut arahan,kau selamat. Kau akan duduk di tingkat 16,masa bekerja kau 9 pagi hingga 4 petang. Café itu sebelum ni layan diri jadi buat masa sekarang kau perrlu duduk disitu seorang diri. Lepas ni aku akan cari orang untuk temankan kau. Kau akan dibayar 1700 sebagai gaji bersih tidak dicampur dengan overtime. Kau akan diberi cuti pada hari Ahad dan Isnin. Nak minta cuti atau Mc,datang jumpa Rizz." Terang Laith tenang.

"Kau tahu kan tiada orang tahu tentang pemilik syarikat ni?" soal Laith.

Aku angguk.

"Jadi jangan sesekali pun buka mulut tentang pemiliknya. Bagitahu sekali kawan kau Ailyn."

"Kalau saya buka mulut?" soalku berhati-hati. Bukan mahu mencabar,Cuma mahu tahu. Manalah tahu kalau aku terlepas cakap.

"Hidup kau akan jadi kucar-kacir," anak mata Laith bertembung dengan anak mataku. Bukan sahaja bertembung,ini menusuk.

"Boleh tak kalau tuan kenalkan diri saya sebagai lelaki?" berhati-hati aku menyoal.

"Why?" soalnya dengan sebelah kening diangkat. Walaupun Laith hanya menyoal satu soalan,aku tetap teragak-agak mahu menjawap.

Aku tunduk pandang lantai. Apa aku nak jawap,macam mana aku nak susun ayat?

"Itu cara hidup kau jadi dipersilakan," terus bersinar wajahku seperti kanak-kanak riang dapat coklat.

"Ni kau punya apron. Kau dah boleh mula kerja."

"Terima kasih tuan!" aku tunduk dan terus keluar dari bilik itu dengan riang hati.

AKu naik lift ke tingkat 16. Keluar daripada lift aku terus ke café. Seperti yang dijangka,café ini suram dan kosong. Mungkij kehadiranku akan membawa kepada keceriaan? Atau sebaliknya?
Apron aku sarung dan duduk di belakang kaunter dimana aku perlu buat kerja aku disitu. Dibelakangku dipenuhi dengaan cawan kaca dan kebanyakkannya sudah berhabuk. Aku lihat pula pada rak-rak yang ada. Banyak yang kosong. Aku berlalu ke peti sejuk pula.

Aku menggeleng sendiri.

Aku membuat list segala barang yang perlu dibeli dan hantar pada Laith. Kesian staff dia. Dasar mamat handsome yang kedekut!

"You pekerja baru ke?" aku yang sedang melihat belakang terus toleh ke arah suara itu.

Hampir ternganga aku melihat gadis ini. Tak tahu pula syarikat gah seperti ini memberikan perempuan berpakaian seksi.

"Ya ada apa boleh saya bantu ke?" soalku ramah.

"Can you make me some apple juice handsome?" gadis ini mengenyitkan mata padaku.

Aku terus keluarkan cawan dan buka peti sejuk mencari jus apel.

"Nama I Liana,apa nama you?" Liana mahu berkenalan tetapi caranya lebih kepada mahu mengorat. Aku pula yang takut sekarang ni.

"Es," jawabku acuh tak acuh. Malas mahu layan sebenarnya tetapi nanti dikatakan sombong pula. Sudah lah aku baru masuk.

"Oh can I call you EsSayang?" Euw oh my god aku rasa nak termuntah. Dasar perempuan gatal! Kalau lah dia tahu aku sebenarnya perempuan,mesti dia berhenti kerja.

Aku senyum kecil.

Aku letakkan jus epal di atas meja dan aku fikir Liana akan pergi. Oh tentu tidak! Liana duduk di hadapanku sambil meneguk jusnya.

Aku merenung Liana. Perempuan yang cantik tetapi... solekkannya terlalu tebal. Berapa kilo lah dia solek agaknya.

"Sedap jus you buat. Terima kasih!" Liana menyelit wang kertas dan berlalu pergi. Aik? Cepatnya pergi,aku fikir dia akan ngorat aku lagi.

Semasa cawan diangkat mahu diletakkan ke singki,tetiba bulu roma aku naik dan aku rasa seperti tidak cukup oksigen.

Aku toleh ke pintu kaca lut sinar. Ada penunggu rupanya. Kenapa tak masuk? Dia nak kena aku tolong bukakan dulukah? Aatau dia malu nak masuk?

Akhirnya Rizz masuk selepas aku mengutuknya dalam hati.

"Buatkan aku kopi S," suruh Rizz. Hah? Kopi S?

"Kopi susu?" minta kepastian. Nanti salah buat membazir aje.

"Bukan susu! S tu untuk sejuk. Kopi sejuk!" suaranya agak naik sedikit. Aik? Sejak bila ada S tu jadi sejuk? Setahu aku S tu untuk susu. Bukankah orang selalu panggil kopi ais? Yang pelik-pelik aje orang kat sini.

"Kalau ada apa-apa yang tak cukup kau boleh hantar list barang kat aku." Katanya sambil menunggu kopi S nya siap.

Aku letak kopi sejuknya bersama list barang di atas meja.

Rizz yang melihat mengambil list itu lalu barulah mengambil secawan kopi sejuk itu. List itu sengaja aku lipat menjadi pendek. Mahu dia sedar bahwa café ini kosong sekosong hati aku.

"Kau ada kereta?" soal Rizz. Aku geleng. Ini mesti mahu menyuruh aku membeli barang ini sendirian. Memang tidaklah jawabnya! Aku barang dapur kat rumah pun malas beli apatah lagi barang dekat sini.

"Ahad ni kau free?" aku geleng.

"Isnin?" aku geleng lagi. Hari Ahad aku mahu tidur dan pada hari Isnin pula aku sudah berjanji untuk keluar dengan Ailyn.

"Bila aje kau free?!" Rizz sudah geram.
Aku angkat bahu. Aku pun tak tahu bila aku free. Selalunya masa lapang aku diisikan dengan tidur. Hari cutiku juga diambil sehari untukku tidur seharian.

Rizz sedang berfikir.

"Esok petang kau ikut aku. Kita pergi beli barang," ajaknya. Eh,banyak cantik.

"Aku bayar," tak sempat aku mahu membuka mulut,Rizz sudah berkata terlebih dahulu. Macam tahu-tahu aje Rizz ni.

"Bos nak ice cream oreo. Dia suruh hantar terus ke bilik dia tingkat 47." Okey ais krim oreo siap!

Rizz berlalu pergi sementara aku sedang sibuk mencedok ais krim oreo yang ada di peti sejuk tersembunyi. Aku pun tak tahu kenapa dia disembunyikan. Mungkin peti sejuk ini khas untuk ais krim Laith? Peti sejuk ini juga dipenuhi dengan pelbagai ais krim. Ais krim di dalam peti sejuk ini juga kebanyakkannya mahal-mahal.

YANG TERINDAH | COMPLETEWhere stories live. Discover now