Bab 15

123 4 0
                                    


Sebaik saja aku pulang ke rumah,aku terus ke bilik mandi lalu aku terus baring di atas katil selepas selesai mandi sambil merenung siling.

Ada terjadi apa-apakah pada Laith? Adakah dia terlalu sibuk atau ada sebab lain hinggakan Rizz yang menghantarku pulang.

Sungguh aku risau. Buatnya terjadi apa-apa dekat anak orang tu. Dah satu hal kena cerita kat ibu.

Aku fikir dengan mandi,kerisauanku akan berkurangan. Ternyata masih sama saja.

Mahu tanya Rizz tadi. Tetapi Rizz juga kelihatan serabut. Jadi demi tidak menambah keserabutan mereka,aku tak soal. Aku hanya mendiamkan diri hingga sampai kerumah.

Kalau aku soal pun,mesti Rizz akan cepat-celat ubah topik.

Dalam pada aku terbang dalam renungan,akhirnya aku tersedar semula apabila ringtone lagu shinunoga e-waku berbunyi.

Terpapar nama Ailyn disitu. Laju saja jari menekan ikon berwarna hijau.

“Helo?” sapaku terlebih dahulu.

“Es! Jom datang rumah aku,” ajak Ailyn. Alamak! Apa aku nak jawap. Aku terlupa untuk ceritakannya tentang kemalangan yang aku hadapi hari itu.

“Er... Boleh. Tapi kau kena datang ambil aku,” tuturku.

“Kenapa?” Laju saja Ailyn menyoal.

“Datang dulu! Nanti aku cerita. Alang-alang tu aku pergi basuh baju rumah kau eh.” Aku beri alasan dahulu. Nanti dah sampai rumah Ailynlah baru cerita. Kalau cerita sekarang tak syok! Tak dramatis.

Beberapa minit kemudian mereka sampai di bawah. Aku keluar dari rumah sambil membawa bakul baju kotor.

Semasa selesai mengunci pintu rumah,aku kalih untuk berjalan dan aku melihat susuk Laith yang kelihatan sangat letih. Pipinya juga ada kesan merah. Seperti ditampar seseorang.

“Laith,” panggilku. Adakah dia akan jawap atau mengabaikanku.

Sebaik saja Laith ternampak aku,cepat-cepat dia menutup kesan merah dengan rambutnya lalu masuk ke dalam rumah sepantas mungkin.

Mungkin belum tiba masanya untuk aku menyoal tentang ini.

***

USAI mengeringkan baju,aku terus naik ke bilik Ailyn.

“Weh Es,aku ada cerita best ni!” kata Ailyn sambil menepuk tempat kosong di sevelahnya.

“Kau tahu tak anak Mak Cik Mariam yang tinggal seberang jalan tu?” soal Ailyn.

Aku angguk. Pernahlah sekali dua bertemu tapi tak pula aku pergi berbual dengan dia.

“Haritu aku ternampak dia jalan dengan Faruq sekolah menengah kita… Lepastu…” aku tunggu Ailyn sambung cerita sambil makan keropok yang ada di dalam biliknya.

“Selang beberapa hati pula… Aku nampak dia jalan dengan orang lain pula,” cerita Ailyn. Agak terkejut jugalah kerana sebelum ini aku tak pernah tengok dia jalan dengan mana-mana lelaki.

“Bukan ke dia yang paling setia dulu?” soalku mahukan kepastian. Risau salah orang.

“Itulah masalahnya… Aku yang tengok pun terkejut,” kata Ailyn.

“Eh Ailyn,” panggilku. Aku mahu cerita sesuatu tentang percutian di Pulau Pinang hari itu. Masalah tentang kemalangan tempoh hari telah aku ceritakan semasa dalam kereta akibat Ailyn tidak sabar mahu dengar.

“Kan aku jumpa Eiyad masa kat pantai tu kan. Lepastu…” tak sempat aku habiskan ayat,bingkas Ailyn potong percakapanku.

“Oh yang esok tu kau keluar jalan-jalan dengan Laith eh? Ha ingat-ingat. Kenapa?” usik Ailyn. Menyesal pula aku pergi cerita pada Ailyn yang aku keluar dengan Laith esoknya.

Aku jeling sekali.

“Malam masa majlis tu… Dia ajak aku sembang luar dewan. Lepastu… Dia minta nombor aku weh…” ceritaku.

“Kau bagi tak?” soal Ailyn tak sabar mahu dengar.

“Never.” Lambat lagi aku nak bagi nombor.
“Hari ni pulakan.” Semestinya cerita ini tak berakhir disini.

“Aku dengar dia datang office Laith.” Wajah Ailyn kelihatan terkejut. Siapa aje yang tak terkejut? Aku pun terkejut tadi apatah lagi Ailyn.

“Dia tengah cari aku.”

“What the… Eish dia tu nak apa? Kalau nak suruh kau balik rumah puaka tu pun,mesti orang tahu yang keluar ME ada anak luar nikah. Anak tu pula dah besar. Mesti kena kecam punya!” komen Ailyn tentang cerita aku itu.

“Dah hidup aman damai nak cari masalah pula,” marah Ailyn.

“Tapi aku tak rasa Einas tu nak aku balik. Eiyad tu aje,kecoh!” kataku. Tak akanlah Einas tu nak aku pulang. Buat tambah beban aje nanti.

“Lepastu tadi masa aku nak kunci rumah. Aku nampak Laith baru balik dari office. Aku nampak pipi Laith merah macam kena pukul,” ceritaku habis disini. Mahu cerita lebih-lebih… Cukuplah dampai sini. Ini pun Ailyn dah sumpah keluarga tu macam-macam.

“Ailyn! Es! Meh turun! Aku ada beli char kuey teow ni!” satu hal yang aku suka bila duduk rumah Ailyn. Makanan tak pernah tak ada.

Laju kami turun ke dapur.

Sambil kami makan,sambil kami berbual. Tup tup sudah pukul 1 pagi. Aku perlu kerja esok,jadi mereka hantar aku pulang.

Dalam perjalanan ke rumah,aku rasa sungguh tak tenang. Seperti ada seseorang mengikutiku.

Semasa sudah dekat dengan pintu rumah,barulah aku berani memandang belakang.

“Meow.”

“Ah!” terkejut aku apabila seekor kucing tiba-tiba datang melompat tepat pada mukaku.

Sakit weh! Mesti luka nanti.
Aku tunduk melayan kucing itu sebentar. Akhirnya aku membawanya pulang ke rumah. Kesian weh tengok. Kurus aje,berkurap pula tu. Entah datang dari manalah kucing ni. Mesti orang buang,ataupun dia lari.

Aku letakkan barang atas rak lalu membuka peti sejuk mencari ikan.

“Kau nak apa kucing? Ikan ke kau nak karipap dua hari lepas?” soalku. Baru aku teringat yang aku simpan karipap ini dalam peti sejuk. Entah boleh makan lagi atau tidak.

Apabila tiada jawapan,aku pun ketakkan kedua-dua makanan itu di hadapannya.

Aku fikir kucing ini akan memilih ikan. Malah dia memakan karipap sejuk itu. Naik hairan aku. Kucing makan karipap? Jarang-jarang berlaku ya. Aku harap kucing ni tak memilih dalam bab makan. Buatnya dia minta royal canin,mati aku.

“Esok aku belikan kau makanan kucing eh,” kataku pada kucing itu. Eh? Nak bawak pergi klinik dulu atau beli makanan dulu? Arh lantaklah. Esok lah fikir lain.

“Meow!” aku tersenyum sendiri melihat keletah kucing berwarna hitam putih ini. Kucing ini kelihatan seperti jantan. Aku harap dia dapat jaga aku. Haha,macamlah kucing ni boyfriend aku sampai kena jaga.

Setelah letih bermain dengan kucing ini,aku pun tidur. Esok kerja. Work for life. No work no money.  Kan best kalau ada hujan duit. Aku harap kucing ni pembawa rezeki buatku. Ataupun dapat menjafi kawan baharuku pun sudah memadai.

YANG TERINDAH | COMPLETEWhere stories live. Discover now