Bab 14

115 4 0
                                    

Sebaik saja pulang ke rumah,aku terus merebahkan diri. Mungkin ia dapat meredakan emosiku saat ini. Aku bukanlah orang yang kuat untuk hadap semuanya.

Namun setelah tidur beberapa jam. Hatiku masih gelisah. Aku benci perasaan ini. Perasaan ini akan melemahkan diriku.

Aku pandang cermin besar bilik. Mataku sudah bengkak hasil menangis hingga tidur tadi.

Ting Tong!

Laju kaki mengorak langkah ke pintu lalu kubuka.

“Nah,ibu bagi.” Kata Laith sambil hulurkan satu beg kertas.

“Alah,susah-susah aje. Kata kat ibu terima kasih ya.” Laju saja tanganku mahu menutup pintu. Tetapi ditahan pula oleh Laith.

“Kau sebenarnya tak okey kan bintang?” soal Laith agak dingin.

Aku tak terkejut akan soalannya itu. Laith peka akan diriku. Apa yang diteka,selalunya betul. Seperti ada kuasa membaca fikiran.

“Kalau saya tak okey pun,awak boleh buat apa?” suaraku agak dingin. Pandangan kosong diberi.

Laith seperti mahu membuka mulut,namun kupotong.

“Awak tak akan boleh buat apa-apa. Jangan risau Laith,perasaan ini akan hilang juga nanti.” Dari wajahnya sudah dapatku baca air muka kerisauan Laith terhadapku itu.

Aku tarik lagi pintu itu dan masih lagi ditahan Laith.

“Tapi…” tak sempat Laith berbicara.

“Laith! Cukup… Biarkan saya rehat.” Aku hempas pintu itu. Tak larat aku mahu layan Laith dengan emosi sebegini.

Aku duduk bersandar di belakang pintu sambil memeluk lutut.

Setelah beberapa minit aku duduk begitu akhirnya aku memutuskan untuk keluar ambil angin, Lagipun sudah lama aku tak hidupkan enjin motosikalku.

Kunci motor dan helmet kuambil lalu terus berjalan ke parking motosikal selepas selesai mengunci rumah.

Sebelum keluar dari bangunan ini aku menggosok lenganku yang disapa angin. Harini aku hanya keluar dengan mengenakan baju lengan pendek berwarna coklat cerah.

Setelah bersedia,aku keluar dari bangunan ini agak laju dari biasa.Rindu weh nak dengan exhaust motor ni. Jalan raya pun tidak sesak seperti selalu. Aku pulas minyak selaju yang boleh untuk melepaskan rasa dalam hati ini.

“Shit.” Laju aku menarik brek apabila sebuah kereta mekanggar lampu merah untuk memasuki simpang pada jalanku.
Namun takdir berkata lain. Aku tak sempat elak kereta itu.

***

SILING putih menghiasi pandanganku. Kepalaku terasa sakit sekali. Aku cuba untuk bangun melihat sekeliling.

Tak salah lagi. Aku kini berada di hospital.
Aku lihat di sebelahku.

Laith?

Adakah dia sedang menungguku bangun? Dia tertidurkah? Macam mana Laith boleh ada kat sini?

Soalan-soalan ini makin memeningkan kepalaku yang sudah pening.

Tanganku naik memegang kepala sendiri. Nafas sendiri menjadi tercungap-cungap. Peluh merinik di dahi. Penyaman udara yang sejuk sudah tidak berkesan padaku.

“Bintang?!” ya aku dapat dengar pangglan itu tetapi kepalaku teralu serabut untuk menyahut.

Jadi aku hanya memandangnya saja. Tanganku masih lagi berada dikepala.

“Kau okey?” aku angguk perlahan. Entah kenapa selepas mendengar suara lelaki ini,kepalaku yang sakit beransur pulih.

Selepas aku tenang,Laith terus buka mulut bagaimana aku boleh sampai ke sini. Ingatan terakhir yang aku ingat ialah aku kena langgardan aku terus pengsan.

YANG TERINDAH | COMPLETEWhere stories live. Discover now