BAB 2

305 10 1
                                    

Selepas saja solat subuh aku terus naik ke rooftop bangunan untuk melihat sunrise. Bukan selalu aku naik waktu pagi macam ni,ini pun untuk tenangkan diri daripada tak menggelabah masa interview sekejap lagi.

Apabila matahari sudah naik,aku terus turun masuk ke rumah semula. Disebabkan masih awal,bolehlah aku masak sarapan sikit. Alang-alang tu boleh bagi rumah depan merasa sikit air tangan aku.

Aku hanya membuat nasi goreng dan roti bakar disalut mentega. Nasi goreng buat jiran,roti bakar pula untukku. Kerana aku bukanlah seorang yang bersarapan.
Disebabkan aku mahu keluar ke rumah hadapan,jadi aku hanya memakai baju tidurku saja.

Ting Tong!

Loceng mereka aku tekan.
Sebaik saja pintu dikuak,mulutku terus terbuka luas. Bekas aku pegang dengan kuat supaya tidak terjatuh.

Along! Dia berbaju tidur sama jerung sepertiku! Cumanya Along ini punya berwarna merah jambu!

Jerung pink!

“Girl,aku rasa cukup-cukup lah tenung aku tu.” Suara deep baru bangun tidur! Ya Allah aku rasa macam nak pengsan.

“Along siapa yang datang tu?” kedengaran seperti suara Angah menyoal.

“Baby shark.” Along ukir sexy smirk.

“Nah.” Sebaik saja bekas sudah bertukar tangan,aku terus lari masuk rumah. Malu weh! Aku dapat rasa yang mamat tadi sempat tengok muka aku kemerahan.

Aku capai bantal entah datang dari mana. Aku tekup muka menggunakan bantal itu.

“ARGHH!” Aku jerit sekali dengan sekuat yang mungkin untuk melepaskan rasa maluku.

Nafas aku atur.
Sudah Es,sudah Es,sudah Es! Pergi mandi!
Aku melangkah ke bilik mandi selepas mencapai tuala di tepi pintu bilik.

SEORANG gadis menyambutku di kaunter sebaik saja aku sampai. Boleh tahan juga bangunan ni.

“Ya,encik datang untuk temuduga ke?” encik? Aku sudah biasa. Lagipun aku berpakaian begini disebabkan tidak mahu orang tahu jantina sebenarku.

“Ya,” jawapku sepatah.

“Okey,encik boleh naik lift ke aras 37. Kat situ akan ada orang bawa encik masuk jumpa bos.” Terang gadis itu. Tanpa membuaang masa aku ikut arahan yang diberi.

Seperti yang dikata gadis itu,sampai saja aku di aras 37,memang aku dibawa ke satu bilik. Aku anggap ini mungkin bilik bos.
Okey Es,tenang. Jangan panik. Dia tak akan makan kau. Aku hembus nafas perlahan-lahan.

“Sedia encik?”

Aku angguk dengan yakin.

Aku melangkah masuk sebaik saja pintu dikuak.

Aturan bilik ini memang tipikal ruangan bos. Satu kerusi,satu meja dan rak buku. Aku pun tak tahu apa gunanya rak buku tu.

Sebuah kerusi berhadapan meja membelakangiku dan dihadapannya mempunyai sebuah lagi kerusi.

Inikah bos yang tak pernah tunjuk muka tu? Atau… ini dia punya wakil? Firasat wanitaku mengatakan mereka hanya menghantar wakil.

Kerusi dipusingkan dan…
Reaksiku?

Pap!

Segala borang penting yang dibawaku jatuh. Mataku juga membulat luas.

“Neighbour?!” aku dah kata bukan aku seorang aje yang terkejut,dia pun sama jakun macam aku.

“Jemput duduk,jemput duduk.” Wah,aku rasa macam tetamu diundang pula. Padahal datang temuduga aje.

“Jadi kenapa aku kena terima kau?” soalnya. Okay,tenang Es,tenang. Jangan gelabah biawak sangat. Di sini kau kena panggil dia tuan,kat rumah dia jiran kau. Di sini kau kena hormat dia sebagai majikan.

YANG TERINDAH | COMPLETETahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon