Bab 20

106 4 0
                                    

Kami sudah teresak-esak menonton cerita Boboiboy pada babak Ochobot lenyap di tangan Borara. Kini,kami tidak lagi menonton berdua. Tetapi bertiga selepas dicampur ibu. Ya,ibu sertai kami menonton Boboiboy. Comel kan?

Pada babak yang mereka sudah diupgrade oleh Kalngkabot,Ailyn ternampak lagi susuk orang berdiri di pintu bilik ini.

Seperti tadi juga,aku bersama selipar tebal,Ailyn memegang pasu bunga,ibu pula menggunakan kuasa cubitan ketam yang dia ada.

Apabila pintu dikuak,kami terus menyerang tanpa melihat apa-apa. Aku pukul muka dia,Ailyn pukul perutnya manakala ibu mencubit bahunya.

“Auch!” apabila dia bersuara,kami terus berhenti menyerang dalam sekelip mata. Masing-masing tergamam

“Eh anak aku!” ibu yang kerisaun terus tarik tangan Laith masuk dan duduk.
Aku dan Ailyn hanya mampu garu kepala yang tidak gatal.

“Kenapa awak datang?” soalku mahu tahu.

“Tengok mesej aku,” suruh Laith. Lantas aku membuka telefon melihat kontak Laith.

Orang tinggi: Ibu ada kat hospital ke?
Orang tinggi: Ibu tak ada kat rumah.
Orang tinggi: Aku on the way hospital.

Dari mesej yang dihantar aku sudah melihat kecemasan Laith terhadap ibunya yang tiba-tiba hilang.

“Janganlah keluar rumah seorang diri. Bahaya!” pesan Laith pada ibunya. Nampak macam kasar tetapi Laith pesan dengan lembut.

“At least bagitahulah kami dulu… Kami boleh hantar kan?” kata Laith pada ibunya lagi.

Ibu angguk kecil.

“Yang engkau tak balas mesej aku kenapa?!” Laith marah kat aku pula.

“Buzy…” aku hanya jawap itu. Tak akanlah aku nak jawap buzy tengok Boboiboy? Itu cari nahas tu.

“Dah ibu,jom balik.” Laith mengajak ibunya pulang sementara kami perlu menghabisi cerita yang kami tonton ini. Orang kata,kalau dah mula kita mesti habiskan. Jadi kami kenalah tengok cerita ni sampai habus walaupun sudah tahu penamatnya.

Pukul empat pagi barulah kami tidur. Itu pun sempat berbual tentang masa depan masing-masing.

Ailyn kata tahun depan dia mahu beli motor lagi. Aku pula pada tahun hadapan… Entahlah. Tak terfikir pula tentang masa hadapan. Aku harap masa hadapan aku berjalan dengan baik-baik saja.

***

Pada hari aku keluar dari hospital,Laith membawaku jalan-jalan melihat dunia selepas tiga hari terperap dalam hospital.

“Bintang,kalau kau kahwin nanti,kau nak jemput tak keluarga kau?” soal Laith yang sedang membawa kereta.

Aku tersentak. Kenapa Laith ni? Dah tak ada soalan lain ke nak tanya?

“Tak kut,” jawapku lalu membuang pandang ke tingkap kereta semula.

“Kenapa awak tanya?” soalku pula. Random betul Laith ni. Sekarang dia tanya pasal masa depan. Boleh jadi kejap lagi dia soal pasal motor pula.

“Sajalah tanya. Mana tahu kau akan dilamar seseorang lepastu tak jemput aku,” jawap Laith.

Aku rasa seperti ingin ketawa. Buat lawaklah Laith ni.

“Siapalah yang nak pada saya yang tak indah ni,” kataku. Kalau ada pun sudah tentu aku tolak.

Aku kalih melihat reaksi Laith. Laith senyum senget seperti… Sesuatu. Arh lantak dialah nak senyum ke nak marah ke. Janji dia tak ganggu hidup aku.

“Cantik tak motor kau aku buat haritu?” aku macam,eh mamat ni. Betul pula aku teka tadi.

“Cantik. Kenapa awak letak warna purple?” aku tetap jawap walaupun rasa lawak tentang kerandoman Laith ni.

“Kau kan suka warna purple? Ke tak?” Laith dah cuak. Buatnya dia salah teka,kan payah tu.

Aku terkejut.

“Mana awak tahu?” aku tak beritahu Laith tentang benda yang aku suka dan tak suka. Ailyn juga kurang tahu tentang perkara ini.

“Tak akan aku tak perasan kut. Baju tidur,barang,cadar,senduk,botol air kau semua warna ungu.” Detailnya Laith perhatikan aku.

“Stalker!” tuduhku.

“Yes I’am. Handsome stalker.” Sudahlah mengaku dirinya stalker,ditambah pula perkataan handsome tu lagi.

Aku terus buat muka geli. Euw.

“Eh muka tu elok sikit eh!” kata Laith agak deras selepas melihat reaksi wajahku.
Aku ketawa,Laith juga ikut ketawa sama.

“Orang yang handsome tak mengaku diri dia handsome,” balasku.

“Elok sikit eh! Aku ni handsome tau!” perasan betul Laith ni. Tapi memang betul dia memang kacak. Cuma biasalah… Masing-masing tak nak kalah.

“Habis tu? Kenapa tak ada orang lagi?” orang yang dimaksudkanku itu ialah someone speacial. Aku tahu,mesti ada yang suka Laith diam-diam. Dia ada rupa,dia juga berharta. Pada zaman sekarang mereka boleh kahwin kalau ada semua itu walaupun tanpa ada cinta.

Laith gosok batang lehernya sebelum bersuara.

“Tengah tunggu someone,” jawap Laith. Suara Laith seperti shy shy cat. Owh… Nak malu pula dia ni. Siapalah someone yang dimaksudkan tu. Aku harap orang itu mengenal cinta.

“You will know soon.”

Aku senyum. Tak sabar aku mahu melihat orang istimewa buat Laith.

“Saya kenal dia sekarang ke?” aku cuba nasib korek rahsia. Mana tahu Laith akan layan?

Laith angguk.

Aku jadi lagi teruja.

“Kenapa muka kau macam tu?” soal Laith sambil ketawa kecil melihat aku teruja macam kanak-kanak dapat pergi taman tema air.

“Excited!” jawapku deras.

Laith ketawa mendengar jawapnku itu. Aku yang dengar Laith ketawa turut ikut sama dia ketawa. Akhirnya kereta itu dipenuhi dengan suara tawa kami.

***

Aku akan bermalam di rumah Ailyn selama satu minggu disebabkan Laith yang terlampau risau denganku. Macam bukan bermalam aje… Ini dah lebih kepada menetap dah ni.

Laith menyuruh Ailyn untuk melihat keadaanku selama satu minggu.

Oreo pula akan duduk bersama Laith.

“Es… Dah siap ke?” soal Amir. Abang sulung Ailyn.

Aku geleng. Aku membuat kek batik hari ini. Lagipun barang keperluan sentiasa ada.

“Nanti dah siap aku panggil,” kataku kemudian mata menghantar kepergian Amir. Pernah sekali aku panggil mereka abang dan… Ailyn marah aku. Katanya muka mereka sangat tak sesuai untuk dipanggil abang. Aku pun tak faham dengan alasannya itu.

Kek batik sudah siap,hanya tinggal untuk keraskan sebentar. Kalau aku tak tunggu di dapur ni mengawasi peti sejuk… Pasti kek batik tu akan habis licin sebelum keras.

Biasalah,rumah ni kadang macam bela saka dia punya cara pemakanan.

Aku naik ke atas setelah memastikan kek batik itu sudah keras. Tidak lupa juga aku pesan pada mereka. Kini sudah pukul 2:30 pagi. Aku sudah mengantuk.

Mereka semua tiada di rumah. Keluar berjalan-jalan. Aku tidak ikut selepas mengingatkan esok aku kerja.

Laith menyuruhku untuk tidak masuk kerja selama seminggu ini. Tetapi aku paksa dia untuk beri aku kerja. Bosan weh duduk rumah. Walaupun hari-hari ada topik tentang Ailyn,aku tetap bosan juga.

Di rumah ini tiada rooftop. Jadi kadang-kadang aku naik ke bumbung mengikut jendela bilik Ailyn.

Aku tak tahu kenapa tapi katil Ailyn ni sangat mudah untuk buat aku tidur. Mungkin selepas ni aku perlu membeli katil. Sudah lama aku tidur hanya berlapikkan tilam.

Aku tidur terlebih dahulu tanpa menghiraukan mereka yang keluar dan masuk rumah seperti di siang hari. Yang aku tahu esok aku kerja. Kerja for life!

YANG TERINDAH | COMPLETEWhere stories live. Discover now